Saturday, May 26, 2012

Keluhan Seorang Ibu.....

Bila dah tua begini, keadaan dah jadi terbalik - keluh seorang ibu yang sudah kematian suami. Ada anak-anak bukannya nak menolong ibu, tapi bila datang jenguk ibu selalu cerita fasal tak cukup duit. Sebagai ibu tak sampai hati tengok anak susah, duit  peninggalan suami digunakan untuk menyara anak-anak yang susah pulak.

Memanglah kalau orang dengar mereka  kata anak tak berperikemaknusiaan, tapi kalau difikr-fikirkan kembali, anak-anak yang susah tu ada hak ke atas harta peninggalan bapa mereka. Selalu terjadi  anak-anak  yang berduit terus buat keputusan -  kita bagi je duit ayah kat emak, kita tak payah ambik! Betul kata mereka tu, tapi depa tak ingat adik beradik yang tak berduit tu, mereka sangat memerlukannya. Dengan kata lain hak mereka sebagai waris terabai . Itulah sebabnya dok pegi mengendeng duit dengan emak.

Ada juga satu kejadian, bila suami mati isteri tinggal kesaorangan di rumah  Anak-anak lain semua dah ada rumah sendiri melainkan seorang yang masih dok menyewa . Orang keliling pakat  kesian kat si ibu tadi dan bertanya kenapa tak ajak anak yang takde rumah tadi tinggal bersama. Ada yang mulut cerobeh mengata anak tu tak bertanggungjawab tak nak jaga ibunya.

Pada halnya dia dengan mak dia dah buat MOU sejak mula dia kawin lagi -  engkau tak boleh duduk dengan mak - mak tak mampu nak sara korang nanti. Dia tahu anaknya akan melepaskan tanggung jawab  dan bergantung padanya macam masa dia belum kawin dulu. Alangkan duduk berjauhan pun asyik pinjam duit ( yang tak pernah bayar ), tambah kalau duduk sekali dah tentu dia  lepuk segala perbelanjaan atas emaknya!

Hanya jauhari mengenal maknikam.
Hanya ibu yang tahu  putar belit anak-anaknya ...

2 comments:

Deru Ombak said...

Dear KJ..

...kerana banyak melihat anak2 yang beginilah.. I went thru all the hardship and painstaking to make sure it's not happen to me now (my old days)...

Life is not all the time "bed of roses", but they must be able to tackle their problems wisely instead dok kacau ibu. However ibu sentiasa boleh beri pandangan dan nasihat supaya anak2 boleh hidup selesa dengan keupayaan yang mereka Ada.

Kerabu Jantung said...

Dear Deru Ombak,

Kena ajar anak-anak supaya sentiasa hidup berdikari.

Anak-anak pula kena menghargai nasihat dan pandangan ibu.

Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...