Tuesday, May 29, 2012

Memanjangkan Jangka Hayat

Bila doktor diagnosed  ada tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi - I kena makan ubat - kata doktor ubat-ubatan yang berjadual itu untuk memanjangkan jangka hayat. I ingat memanjangkan jangka hayat tu ialah lambat mati, rupanya ia bermaksud kita akan hidup sejahtera walaupun mempunyai penyakit yang kronik.

Saya bertemu dengan seorang wanita yang berumur 67 tahun, yang nampak sihat tapi bila berbual-bual dengannya rupa-rupanya baru saya tahu dia mengidap pelbagai penyakit kronik . Mula-mula dia didiagnos mengidap kencing manis pada umur semuda 41 tahun - katanya dia tak percaya cakap doktor dan mengabaikan ubat yang sepatutnya dia makan.

Apabila berumur 50 tahun dia mendapat mild strok dan dibubuh stent di saluran jantungnya. Apabila berumur 60 tahun pelbagai penyakit lain datang timpa menimpa - mula-mula bubuh kanta pada mata kerana kencing manis terlalu tinggi menyebabkan pemandangannya menjadi rabun, diikuti dengan memakai pacer pada jantungnya kerana stent sudah tidak mencukupi untuk bernafas. Kemudian diikuti dengan kerosakan buah pinggang menyebabkan dia kena buat dialisis setiap malam ( buat sendiri di rumah ) , selama 10 jam setiap 1 sesi. Akhir sekali barah payu dara - dan kini dalam perbincangan dengan doktor samada boleh ke tidak dibuang payu daranya kerana keadaan badannya yang agak lemah - buah pinggang rosak, jantung ada pacer, kencing manis sky high!

Tapi kehidupan sehariannya biasa saja, tak berada dalan kesakitan, tak pulak mengeluh sana mengeluh sini , boleh je pegi shopping dan memasak. Boleh enjoy tengok tv dan melayan anak cucu. Cuma katanya dia taklah secergas dulu!

Bayangkan kalau semua penyakit tu terbiar tanpa rawatan dan tak makan ubat-ubatan secara berterusan.......... 


5 comments:

Deru Ombak said...

Dear KJ..

Reading this N3,, make me trembling.. Hehe..

2 months ago bacaan kolestrol I 6.1 and doctor kata the reading shud be 5.2.. Eheh.. Mkn obat.. Esok times up ambil darah Dan tengok status kolestrol. Dan bermakna esok I tak boleh nak pose..

Another problem darah tinggi, sekali mkn ubat, sampai mati kena mkn ubat. Reading stable.

Ada tak word lain selain dari memanjangkan hayat. :)

Kamsiah yusoff said...

ramai antara kita tak tau ada penyakit sbb takut jumpa doc...tak mau terima kenyataan...bila dah teruk baru gelabah..
btw salam kenal dan saya follow sini..

Kerabu Jantung said...

Dear D'Ombak,

I tanya classmate, Dr Omar - Dr, kolesterol akak 6.1 la ni , mcm mana tu?

akak...tahu tak - akak sekarang duduk atas pucuk kelapa . You've got to control your food and so on and so on ( kena lecture! )

memanjangkan jangka hayat = untuk hidup sejahtera @ penyakit under control

yes, makan ubat for life for hypertension, tapi kolestrol kalau turun jadi 2 - boleh berhenti makan ubat!( makan ubat lagi senang dari turunkan kolestrol tahap 2! ..haha! )

we are in the same boat - kena jaga diri kita, makan ubat betul-betul, kena ikut nasihat pakar!

Kerabu Jantung said...

Assalam Kamsiah,

Terima kasih.

Memang ramai di antara kita takut nak terima kenyataan. Ada yang kata lebih selamat kalau kita tak tau ada penyakit, kalau tau jadi risau dan takut....

Kalau dah teruk lagi menakutkan, kan?

Deru Ombak said...

Hi KJ..
Hari ni I tak jadi gi ambik darah. I lupa.. Ekeke.. Dah Kul 2.30 petang doctor I called pot pet pot pet... I told him dah lewat, sayang nak batalkan puasa. Hehe..

Esok I pergi.. Lepas subuh I terus minum kopi, tak terasa sgt tak puasa...

Kena turun sampai 2.. ? Mak aii ! Makan ubat jerk laaa..

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...