Friday, May 18, 2012

Orang Pencen.......2

Banyak cerita menarik yang kita dengar tentang orang pencen.

Semasa kami di Alor Setar pada tahun 1990an dulu, ada trend orang pencen berkahwin perempuan muda. Saya dapat cerita @ gossip ni dari orang yang buat langsir rumah saya -

Macam mana bisnes langsir ni, makin maju ke

Bolehlah kak , dah lepas raya ni slow sikit. Tapi la ni ramai orang pencen, pi pasang langsir rumah depa

Oh? bila pencen buat langsir baru?

Pasang langsir rumah baru!

Beli rumah baru lagi?

Ramai orang baru pencen kawin orang muda, pi pasang langsir rumah bini muda depa la ni!

Macam tak percayakan? tapi ianya memang berlaku ( takkan dia kenen kat I kot? laki I masa tu lambat lagi nak pencen! )

Ada juga yang nak jadi bisnesman bila pencen. Dulu koje kerajaan , tiba-tiba nak masuk bisnes impot expot - konon kata bisnes tu begitu lucrative , duit berlambak tak habis makan anak cucu. Maka terliurlah kawan tu, mulalah buat investment sikit-sikit sampai habis duit gratituity atau duit EPF.  Akhirnya gigit jari! ( rupa-rupanya nak buat bisnes ni kenalah dari mula bukan macam sesetengah orang politik  main terjun parachute! )

Ada juga bila pencen jadi kedekut hingga kena sumpah dek anak bini berbakul-bakul, sebab terlalu berkira. Mereka ni  dari golongan yang takut duit cepat habis! Bila depa mati, balu enjoy duit dia cukup-cukup sebab anak-anak semua tolak bahagian pesaka pada mak depa! ( dah tak boleh kata apa lagi, he's no more in this world! )








2 comments:

Deru Ombak said...

Dear KJ..

Nak gelak Ada jugak baca N3 you ni...

Dah pencen pasang lagi satu. Dah pasang angan2 sejak dulu la tu...

Dah pencen tak payah dah nak buat bisnes. Bisnes ni kalau nak jadi darah daging, kena bermula dari muda2 lagi. Kalau dah lewat sgt, tak kaya.. Sah kayap. Hehehe

Dan pencen kedekut eh? Ramai. Takut tak cukup mkn nak menyampaikan hari mati.. Hahah Adeh!

Kerabu Jantung said...

Dear Deru Ombak,

Cerita benar tu, bukan reka-reka.

yang tak tahan tu, bila pencen pasang lagi satu, maknanya dia nak enjoy duit dia dengan orang lain yang lebih muda ,bukan dengan isterinya yang setia selama ini!

bila duit habis dan diri dah jatuh sakit, barulah ingat...

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...