Tuesday, May 1, 2012

Pak Menteri Nak Mai!

Kecoh benar kat kampung, Pak Menteri dan isteri nak datang melawat!

Banyak benda yang nak dibuat - peruntukan melimpah ruah -  untuk acara sambutan, jamuan, persediaan tapak pameran dan segala persediaan dewan, banners, bunting , bendera kecik besar - kenderaan untuk mengangkut orang kampung - pendek kata geger habih ore kapong!

 Semua yang berkepentingan nak tunjuk muka kat pak menteri!

 Awas, duit peruntukan tu, jangan tak amanah pulak, jangan pulak masuk poket sendiri dan yang selebihnya  ambiklah korang yang ramai-ramai tu, kongsi sikit-sikit sorang, pandai-pandai belanja duit ! Semua petugas nak kena bayar jerih penat mereka, maklumlah berhari-hari buat kerja - akhir-akhirnya dapat 50 ringgit sorang, sebab yang lain dah kena pow!
( ada ke beladi ful yang buat lagu tuh? ) orang kata ada, belanar yang buat lagu tu. Lagi pulak duit tu untuk belanja hangus, not audited! Peduli apa!

 Begitulah halnya, orang bawahan buat kerja bertungkus lumus maklumlah nak sambut pak menteri, orang-orang yang atas-atas dok menebeng diri kat pak menteri.Sibuknya depa tu ke sana ke mari tak bertepi.  Everybody calls everybody - tak renti-renti sampai berasap talipong tuh! Buat kerjanya tak setara mana , yang dok pulun kerja awak-awak tu je!

Siap order tu order ni, cari benda tu, cari benda ni, nak bagi buah tangan kat menteri dan isteri - nak ambik hati, biar nama depa naik. Tunjuk pelbagai keistimewaan kampung tu, kaum ibu ada persatuan , pandai masak, pandai menjahit, buat gubahan, buat pameran untuk acara isteri pak menteri supaya dapat beramah mesra dengan rakyat.

Jangan terpedaya dengan pameran tu dan segala benda yang ditunjukkan - kadang-kadang dia tak menggambarkan realiti sebenar.

Jangan bagi peluang ada kaki yang nak bisik tu bisik ni  kat pak menteri - kalau nak cakap biar terang-terang dan berdepan-depan, barulah takde fitnah memfitnah dan mengadu domba!

KALU DOK CAYE, GI TENGOK SEDIRI  DI KAPONG!

Selamat Hari Pekerja!




No comments:

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...