Saturday, June 9, 2012

Rumah Kosong








Sebuah keluarga yang mempunyai 6 orang anak yang masih kecil datang berziarah . Saya pun menyediakan sedikit makanan yang disukai kanak-kanak dan membuka semua pintu rumah - depan belakang dan pintu dapur supaya kanak-kanak dapat berlari dan bermain dengan bebasnya keluar masuk rumah. Maklumlah dalam rumah takda permainan budak kecik ( kalau ada pun satu dua yang lama-lama dulu ), tv pun takde channel kartun.








Semasa dalam kereta nak balik, anak-anak itu bertanya pada ibu mereka  - mama kenapa rumah nena tu kosong je takde orang?

Rupanya budak-budak pun perasan rumah dah jadi empty nest!

Mengingatkan saya semasa tinggal di Kuching pada tahun 1994-1996 , masa tu anak yang bongsu berada dalam darjah tiga. Oleh kerana laman rumah kami agak luas,  anak-anak jiran datang bermain bola, main kejar-kejar dan sebagainya setiap petang. Riuh rendah kanak-kanak bermain - kami tumpang gembira!

Ada salah seorang anak jiran  bertanya ibunya....
Ma, pelik sungguh  makcik tu, orang lain sema ada baby dia sorang je yang takde baby!

Begitulah kanak-kanak , mereka cakap apa yang mereka perhati - mereka tak pandai membohong!




2 comments:

Deru Ombak said...

...Dan kanak2 juga adalah saksi yang paling telus.

Kerabu Jantung said...

Yes Dear, mereka tak pandai lagi nak berbelok-belok , tak macam orang dewasa yang suka memutar belitkan fakta....