Sunday, June 24, 2012

Durian Runtuh







Orang kata durian runtuh ialah dapat rezeki terpijak...


Semasa di Alor Setar 20 tahun dulu  ada orang bukak gerai depan rumah bila tiba musim buah . Masa tu musim buah durian dan cempedak tengah menjadi - punya banyak durian berlonggok macam bukit kecil . Terlampau banyak durian harganya pun jadi sangat murah.

Pada masa yang sama kebun buah-buahan di Yan pun sama naik menjadinya. Tiba-tiba kami dapat seguni durian kiriman dari orang Yan. Kelam kabut habis satu keluarga....sapa nak makan durian banyak-banyak ni, semua anak-anak tak makan durian, mak bapak  pun makan ala kadar je -  sebiji dua pun dah cukup ( bapak makan 2-3 ulas , mak dok perabis yang selebihnya ).

Bila balik Yan me husben bising...awat hantaq deghiyan banyak sangat?

Yang tu bahagian hangpa..

Banyak sampai seguni.... sapa nak makan?

Kami pun melambak dok ada, nak juai tak dak ghega....

Masa durian tengah menjadi semua dah tak larat nak pandang.

Sekarang  durian dah tak berapa ada dah - kebun lama turun temurun, kalau tak ditanam semula atau  tak dibaja bersungguh-sungguh - lama-lama kurus dan keringlah dia. Pokok buah-buahan pun menopause jugak!


No comments: