Friday, June 1, 2012

Hati-Hati Memilih Kawan

Salah seorang  ahli keluarga kami kena madu pada umur 60 tahun. Hancur luluh hatinya, diharap panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari.

Dalam pada tu dia ada beberapa kawan rapat yang sentiasa beri sokongan moral padanya - sekurang-kurangnya terubat juga hati yang terluka. Dalam ramai-ramai kawan tu ada seorang yang sangat rapat dengannya. Kawan ni memberi segala information yang dirasakan perlu untuk mengubat hati sahabatnya. Antaranya ialah.....

Cik Nah nak tau Abang Aji pi kendughi dengan sapa haghi ni?
Kenduri apa? tang mana?
Ni nak habaq mai, kendughi rumah Tok Piah - dia bawak yang nu piii!
Ya ka? terkejut macam nak naik sawan akak tu
 ( akak....janganlah naik sawan pulak, kan hari ni giliran yang sanaaa ! )
Nak tau, yang sana tu menyombong bukan main, tunjuk lagak jadi bini orang kaya!
Isyyy....Bang Aji dah teruk kena perasap dah tu!
( dia memang nak berbini muda, tak payah perasap pun! )
Cik Nah tau? pakai ghantai besaq sama macam hak Cik Nah dok pakai selalu tu...
( ehh..asyik mencucuk je ni, kang laki awak pulak bukak cawangan, baru tau )
Hoii....geram tak terkiralah akak tu....kalau ada sungai dekat rumah rasa nak terjun!
( pada akak terjun baik tolak Abang Aji tu je ke dalam sungai! biar dia melolong )

Begitulah sahabat setianya, hari-hari dok beri racun kat ahli keluarga kami tu sampai tak kering air mata menangis!

Pernah juga kami nasihatkan dia, jangan bagi muka kat kawan dia tu - tapi dia tak tau macam mana nak buat , dah kawan lama.

Lantaklah akak oii , dah nak tau sangat cerita belah sana tu, tanggunglah sendiri!


5 comments:

Deru Ombak said...

Ohooiii.. Laki kawin lagi dah satu Hal.. Yang tukang cucuk ni yang tak tahan...(tolak si pencucuk tu jer masuk sungai)
Haha

Kerabu Jantung said...

hahaha....biar pakat-pakat berenang ramai-ramai!

Kerabu Jantung said...

someone tell me how to get to cik smile blog!

Deru Ombak said...

KJ.. I don't get what you mean. Cik smile blog??

Kerabu Jantung said...

I have a follower - Smile ( her profile is roses in heart shape ) when I click Smile - I can't get to her blog. She has so many followers and I don't know which one is hers.

psst...I'm a bit ketinggalan kereta api!