Friday, June 22, 2012

Orang Rajin v Orang Malas

 Semasa kami tinggal di Jalan Sultanah , Alor Setar pada tahun 1990an dulu, ada sebuah gerai yang menjual pelbagai kuih muih pada waktu petang. Kuih- kuih tu semuanya sedap-sedap belaka dan yang menjadi kesukaan anak-anak ialah kuih cara. Saya pun relax bukan main, tak payah nak fikir fasal minum petang ( it is already taken care of  ).

Seorang ahli keluarga komen, katanya.....alahai.. kalau setakat nak makan sikit tu buat sendirilah, tak payah beli.

Err.... ( cari excuse ).. kalau nak makan sikit , untung lagi kita beli!

Mana pulak untung beli, buat lagi untung, boleh makan lebih!

Bagi Kak S yang rajin tu kalau buat kenduri kurang dari 100 orang , masak sendiri je - bukannya payah sangat!

I pun tergagap terus tak boleh nak jawab!

 Semasa di Kelantan dulu ( tahun1986 ) ada beli periuk besar - trend dulu beli periuk besar-besar simpan untuk buat kenduri. Tapi periuk tu tak pernah guna sampai sekarang sebab katerer pun boleh masak walaupun untuk 10 orang!

Periuk besar tersadai lebih dari 25 tahun dah!

2 comments:

Unknown said...

Salam kenal KJ....betul la, setakat mkn 2/3 org....beli je. Mmbazir dan penat je, tak abis terbuang pula.

Kerabu Jantung said...

Wassalam dan terima kasih kerana menjenguk blog kj, semoga berpanjangan.

Memang betul tu, masak banyak selalunya makanan terbuang kecuali kalau anak ramai lebih baik masak sendiri sebab ramai yang tukang makan!

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...