Tuesday, June 26, 2012

Pergi Melawat Orthodontist





Setelah gerudi gigi, tampal gigi, buat crown , buat bridging akhir sekali buat implant pulak. Mahal weh nak maintain gigi untuk seumur hidup nih. Ada kawan kata takkanlah nak biarkan gigi senget benget , buatnya umur panjang hingga 80 tahun tak patut pulak nak biarkan gigi berseranggah dan terlopong walau pun di bahagian yang orang tak nampak ( di geraham )!

Seram jugak bila pakar gigi kata  titanium akan ditanam dalam gusi sebagai base pada gigi baru. Titanium ?   macam nak buat peluru berpandu je?( that's uranium, right?) .

Okaaay....tanam besi titanium  dalam gusi kemudian biarkan 3 bulan .  Lepas 3 bulan belah pulak gusi  , masukkan skrew pada titanium tu   - biarkan 2 minggu sampai gusi sembuh dari torehan , kemudian baru bubuh gigi palsu yang dibuat dari zircon  . Setelah itu simen pulak kelilingnya supaya tak tanggal (supaya tak tertelan! haha!). Maka dapatlah gigi baru yang palsu adanya....

( Mohon rujuk wikipedia untuk dapat fakta yang tepat - yang di atas tu fakta orang pencen )

Bila tiba masa nak jumpa doktor - stress tak terkira, kalau pegi check blood pressure tu mungkin dah naik macam roket! Tapi doktor pandai main saikoloji- proses ni sekejap je, tak sakit pun , jangan risau you are in good hands.

Memanglah tak sakit sebab dah kena bius kan? masa jab bius tu keluar jugak air mata.

Doktor cakap tu semuanya betul, tapi part yang stress dok nganga 1/2 jam lebih  tu dia tak cerita...

Kata doktor dalam  20 orang yang buat implant, hanya ada dua failures, iaitu seorang chain smoker dan seorang lagi  paras gula dalam darahnya maintain 10 - 15 dan dia in denial, tak mahu terima hakikat dan tak mahu makan ubat diabetes ( keras kepala pulak dia tuh! )

4 comments:

ngasobahseliman said...

Salam Dear KJ. Orang Diabetik tak boleh buatlah ya?

Kerabu Jantung said...

Wassalam Sis,



Sebelum buat dr akan tanya samada patient diabetik ke tidak , kalau ya, dia akan suruh makan ubat betul-betul ikut prescription - I suppose ubat boleh menolong atau melindung ..

Deru Ombak said...

Dear KJ...

How much they charge u? Mahal ya rabbi.. Boleh Pegi mekah naik business class.. Huh!!!

Kerabu Jantung said...

Dear D Ombak,

Apa nak dikatakan,gigi nak pakai lama...kena tutup mata!

Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...