Friday, June 29, 2012

Syukur Nikmat

Seorang kawan berasa risau sebab dia kata dia tak pandai bersyukur sedangkan Allah kurniakan kesenangan dan kesihatan padanya dan keluarga.  Dia kata dia tak tahu cara yang betul untuk bersyukur ( sedangkan dia memang bersyukur segala nikmat yang diterimanya ). Dia rasa syukurnya sikit sangat berbanding dengan nikmat yang dia ada.

Kami pun tak tahu nak kata apa. Ada di antara kami menceritakan pengalaman  yang menyebabkan kami  bersyukur pada Allah tentang nikmat kesihatan.  Ketika kami sedang dalam keadaan ketidakselesaan dan kesakitan - baru insaf  betapa sedikitnya kita bersyukur.

Ada yang duduk dalam tandas berjam- jam kerana constipated - punyalah siksa, rasa langit rendah di atas kepala- bila dah selesai punyalah bersyukur dan baru faham betapa besarnya makna ghufranak yang harus kita ucapkan setelah keluar dari tandas!

Sebaliknya pulak seorang kawan lain yang kena diarrohea -  betapa tersiksanya duduk dalam tandas tak boleh nak bangun sebab perut terlalu sakit . Bayangkan perut yang sakit dan  mata pula berpinar-pinar dan kaki tangan jadi sejuk - sebab kehilangan banyak air dalam badan!

Suatu hari apabila kena selsema , semasa terjaga dari tidur badan rasa berat dan kena ambil masa lama baru boleh bangun. Masa tu terfikir kalaulah tak boleh bangun terus bagaimana? Takut sungguh kalau Allah ambik balik nikmat kesihatan yang ada pada kita......

Nauzubillah! 




No comments: