Thursday, June 14, 2012

Terima Seadanya?


Sifat kedekut tiada ubatnya dalam dunia ni melainkan bila hilang segala harta barulah menyesal .

Semah  dah masak benar dengan perangai  Mek Wok. Pernah satu ketika Mek Wok buat kenduri untuk ahli keluarganya sahaja dan tak jemput orang lain. Pada esok harinya dia datang bawak sedikit nasi dagang lebihan kenduri semalam untuk sahabat baiknya tu. Bila  Semah nak  makan rupanya lauk nasi dagang tu dah terhangit ( akibat beberapa kali dipanaskan sebab takut basi ).

Kebetulan pada hari yang sama suami Semah bawak balik nasi dagang .  Kebetulan seorang kawan  datang  ke rumah,  Semah pun hidangkan nasi dagang yang suaminya bawak balik tadi ( memanjangkan rezeki ). Rupa-rupanya cerita dah sampai ke telinga Mek Wok - mengatakan nasi dagang yang kawan tu makan di rumah Semah sungguh sedap. Mek Wok pun teruja bukan main , dia ingat  nasi dagang berlauk hangit yang dia bagi tu  yang sedap !

Apabila Mek Wok bertemu Semah pada hari yang lain dia pun berkata, hari tu saya beri lauk nasi dagang kat awak terhangit sikit , sebenarnya ada  seperiuk lagi lauk yang elok.....
( Bagi apa kat orang  lauk yang dah hangus tu kalau ada seperiuk lagi yang elok! Aloh lah Mek Wok weh... )

Semah kata  sifat bakhil Mek Wok tu dah kronik, tapi dia tak ambil hati, jangan ingat buruk dia ingatkan baik dia........sebab  pada ketika yang lain semasa Semah katam alQuran, Mek Wok hadiahkan dia sebiji puding yang sedap dan cantik - semua orang terkejut dengan kemurahan hati Mek Wok tu! ( depa ingat Mek Wok dah buang tebiat )

Kata Semah  - kena terima kawan  seadanya!

( Baiknya engkau Semah.....kalau orang lain dah lama right off nama Mek Wok tu! )


4 comments:

ngasobahseliman said...

Salam. Kalau ikut Mat Salleh: Takes all kinds of people to make this world. Kalau kita: Biarlah bukan rezeki kita. Sebab itu orang berlapang dada dan "Terima seadanya". Kita belajar menyucikan jiwa.Malang nya penyakit kedekut memang ada. Ada disebut dalam alQuranan pun. Tak dapat sebut. Kita doa semoga Allah perkuat hati kita untuk jadi pemurah. Orang kata: Erti Hidup pada Memberi.

Deru Ombak said...

Salam dear..
Tiap Kali I masuk sini Dan baca.. I really xtau cemana nak komen.

Kalau lah terjadi pada diri I kan KJ, bab makanan ni, lupakan jer laa tabiat kedekut manusia.

Kerabu Jantung said...

Salam Dear Sis,

Orang kedekut ni sebenarnya sangat selfish, tak fikir tentang orang lain, melainkan diri sendiri aje!

Kerabu Jantung said...

Salam Dear D'Ombak,

orang kedekut ni dia akan bagi yang dia dah tak nak kat orang,yang masih elok dia tak akan bagi punya, sebab sayang - kadangkala rela benda tu disimpan berbulan-bulan dalan fridge, kemudian dah tak boleh makan @ dah tak lalu makan rela dibuang!

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...