Sunday, July 8, 2012

Alam Kanak-Kanak .....2



 Di tahun 1960an dan 70an dulu......

Dalam pada kanak-kanak main beramai-ramai, adalah jugak timbul masalah -  pergaduhan dan tak puas hati berlaku, ejek mengejek , kata mengata  dan lain-lain...Kanak-kanak bermacam ragam, ada yang cengenge, ada yang born leader, ada yang jadi ekor je ( pengikut setia yang sanggup terjun parit kalau disuruh . Walhalnya siketua tu tak terjun pun, tukang arah je! )  Ada yang dari kecik tunjuk gedebe, tak boleh salah sikit...

Yang tak tahannya bila anak-anak bermain mak- mak masuk campur. Bila anak balik mengadu, mak pulak yang naik loktang, terus pergi terjah anak orang - marah-marah. Yang kena marah tadi balik pulak mengadu pada maknya, maknya pun pergi serang mak kawan tu. Akhirnya tak bertegur sapalah kedua-dua mak tadi!

Yang bestnya masing-masing mak beritahu anak-anak mereka, jangan berkawan dengan sianu tu - dia jahat, mak dia pun jahat. Dia nampak anak orang lepuk anak dia, masa anak dia lepuk anak orang dia takde kat situ! Selepas dua hari kemudian anak-anak berbaik semula tapi mak tetap bermasam muka!

Bila anak-anak  perempuan lawan netbal, mak dengan mak bergaduh di tepi padang. Anak yang kalah bertanding, mak yang jadi sore loser........kata orang main mengelat, dan yang bestnya tuduh pengadil berat sebelah.....

Dari kecik lagi mak dah ajar anak cara tak betul macam tu, bila anak dah besar takut jugak perangai huduh mak bapak menurun kat anak-anak !

Pendek kata rosak fikiran kanak-kanak kalau orang tua masuk campur bila mereka bermain sesama mereka...

3 comments:

Mama Amirul said...

betul3x...
anak-anak ain pun sama gak... bila main memang tak ingat dunia... bila gaduh berlari masuk rumah mengadu... tapi tak sampai dua minit dah main balik.. huhuhu..

Kerabu Jantung said...

Apa kabar Ain, baby dah besar ke?

Biarlah bebudak menikmati zaman kanak-kanak mereka, orang tua toksahlah masuk campur

Mama Amirul said...

Baik cikgu...
Baby Ain dah nak masuk 3 bulan...

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...