Monday, July 2, 2012

Yang Menggelikan Hati


.........sampai hari ni pun kalau keluar cerita  Ipoh , kami akan tergelak....



Habibti telah dijemput untuk memberi tazkirah pada jemaah haji di Ipoh Perak beberapa tahun yang lalu. Saya pun menemani beliau ke Ipoh dan tidur di sana 1 malam. Pada masa tu saya mengalami sakit kaki  dan beliau pun ada  sakit belakang   ( Alhamdulillah sekarang  dua-dua dah ok )

Dari KL kami dibawa terus oleh penganjur ke rumah ibunya ke luar sikit dari bandar Ipoh  ( memandangkan ceramah akan bermula pada pagi esoknya di sebuah masjid ) - rupa-rupanya ada majlis kecil untuk menyambut Habibti .

Bila sampai di depan rumah, ramai yang menyambut Habibti - tunggu punya tunggu Habibti tak keluar keluar.......( mungkin depa dok heran awat tak keluaq lagi dari kereta tu! )

Ghope-ghopenya pengiring tok guru tu ada masalah besar, kaki jadi berat sebelah dan kejang ( sebab duduk lama ) dan  tak boleh nak gerak serta merta, tak boleh angkat pun.

Jemaah yang ramai itu pun keluar datang menjenguk  dalam kereta...depa  pun menunggu dengan sabar sehingga lah Habibti minta  sedikit masa untuk keluar kereta.....ada masalah sikit nak keluar tak boleh.....

I suruh Habibti jalan dulu sebab I kena tunggu lama sikit nak luruskan kaki sedangkan beliau  adalah guest of honour, tapi beliau insisted nak tunggu jugak (  dia risau sebab I tak boleh bergerak ).

Ahirnya  I berjalan terdengkot-dengkot mengekor Habibti dari belakang! Kedua-dua kami nak tergelak, tapi control macho! Takut orang kata dah lah keluar kereta lambat, dok gelak-gelak plak!






1 comment:

ngasobahseliman said...

Salam dear KJ. Agaknya tuan rumah ini tak pernah jadi tetamu. Sebab itu dia tak pandai layan tetamu. Atau pun ia memang "dungu". Maaf cakap. Tidak tahu adab. Tidak peka Adab. Atau tak cuckup Ilmu di dada. Atau....+ + + Eluk ia ditegur terus terang.