Thursday, August 30, 2012

Antara Dua Darjat




Rupa-rupanya orang kita ni ramai yang memandang darjat........

Ramai yang memilih kawan - pilih yang boleh menaikkan imej dan yang dapat beri keuntungan sosio ekonomi. Ada yang memilih menantu, nak menantu yang hebat-hebat sedangkan anak sendiri tak tara mana....

Pada tahun 1970 - 1980an, banyak benar berlaku perkahwinan yang tidak direstui. Anak pegawai tinggi kerajaan berkahwin dengan anak orang kampung biasa , dah tentu mendapat tentangan dan celaan. R berjumpa dengan suaminya ketika sama-sama belajar di universiti ( masa tu tak ramai orang masuk u ) - sepatutnya dari segi pendidikan dah sama taraf, tapi oleh kerana ayah mertua seorang  pegawai tinggi, mak mertua tak boleh terima R dalam keluarganya .

Macam-macamlah mak mertua buat untuk menunjukkan kebenciannya pada menantu, tak suka menantu dengan cucu sekali tak boleh nak terima . Dia sayangkan anaknya saja dan kalau boleh nak anak dia balik duduk dengan dia  - tinggalkan anak dan isterinya yang tak direstuinya tuh!.

Takdirnya anak lelakinya mati ditimpa kemalangan - mak mertua pun tak buang masa,   terus ke rumah menantu, angkut semua barang yang disangkanya semua dibeli oleh anaknya - kerusi meja dan pinggan mangkuk pyrex ( status simbol di tahun 70an ) bawak masuk lori . Bila R balik dari ofis tengok rumah kosong - nasib baik anaknya masih ada - bersyukur bukan main dia , biarlah semua barang habis takpe.....

Mak mertua tak sedar- dia bukan saja kehilangan anak, tapi kehilangan zuriat anaknya jugak.  Kerusi kedai Ah Hong dengan pinggan mangkuk Pyrex tu dah outdated sejak tahun 1990an lagi .

Sekarang cucu sudah jadi orang muda yang berjaya hasil didikan ibunya!

Mudah-mudahan atok dan nenek tak menyimpan kebencian hingga ke liang lahad!



Tuesday, August 28, 2012

About Trees





I stopped reading more than 25 years ago  out of laziness or maybe cluelessness.
Lately I started to do a little reading books that is left by my children . The husband and the sons read heavy books - daughters read light books. Mum don't read at all! What a shame!


However there are few old books ( I took from the store room ) that I tried to finish ( more that 6 month already ) and I found some quotable quotes that is worth  jotting down.


" But there were times when you needed trees, and the shame of it, Jaime thought, was that his children were growing up thinking of trees as firewood and his grandchildren would think of trees as history "

Good Omen by Neil Gaiman and Terry Pratchett  - pg 209 - 210 , published in 1990




Baobab Tree 






Baobab Tree

 ( Google Search )

Sunday, August 26, 2012

Berlumba-Lumba Untuk Kebaikan

I was pleasantly surprised when Sis Inspirasi Mawaddah called me all the way from Kedah to say hello  and wished me Happy Hari Raya - thank you Sis!


I still remember when my Ustaz narrated this story about Saidina Umar Alkhattab ( ra ) who always wanted to be the first  to convey his Salam to Rasulullah SAW, but tried as he might Rasul SAW will always be the first to say his Salam upon all his Sahabah.

And he went on, never hesitate to do good deeds , be the first to sedekah , to help others in any which way we can and  to forgive,  for when we ask for forgiveness from Allah we want Allah to forgive us!

Sis, hope to see you soon!




Thursday, August 23, 2012

Kuih Tradisional











 Masih ada lagi dodol yang dibungkus secara tradisional, iaitu dalam upih




Teringat masa kecik dulu , dodol begitu istimewa sebab hanya pada hari raya atau kenduri kahwin sahaja orang akan membuat dodol. Di kampung saya tidak semua orang pandai buat dodol, hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran membuatnya ! Nak buat dodol mesti ada kawah besar, beberapa sudip kayu yang panjang dan ahli rumah kena ramai dan gagah perkasa nak mengacau dodol.


Arwah bapa saudara saya berkahwin dengan orang Sungai Dua Negeri Sembilan , setiap kali Raya ( di tahun 1960an ) mereka datang ke rumah mak dengan membawa dodol yang dibungkus dalam upih atau dalam daun kelapa (? ) yang dianyam rapi. Saya masih ingat dodol itu digantung dan boleh tahan berbulan lamanya . Pada masa itu orang Rompin  menyimpan dodol dalam bekas biasa sahaja - jadi bila tengok dodol dalam upih/anyaman , saya sungguh teruja dan merasakan ia sungguh istimewa!

Sekarang ni tak payah tunggu raya , hari-hari boleh makan dodol!

Tuesday, August 21, 2012

My Worst Nightmare









My worst nightmare is not these Raya cookies - I can refrain myself from eating  - or rather, overeating them. I can very much control my sugar intake for fear of  high sugar level in my blood.











But this bottle of mix nuts is my  worst nightmare. Its fried and sprinkled with a lot of salt and my blood test ( yearly test ) is around the corner. 




 Believe me, I can finish this whole bottle of nuts ( about 1kg ) in a few sittings!


This innocent looking nuts can land you into a lot of trouble -  it can worsen your hypertension condition and shoot up cholesterol counts as well as weight gain.







Sunday, August 19, 2012

Daging Dendeng





Jangan buat menyombong dengan orang - mungkin tukang gosok baju kita lebih pandai memasak dari kita. Resepi daging dendeng ni I got  from Yus.

Bahan-bahan:

250gm  daging  lembu batang pinang ( atau lain-lain bahagian pilihan sendiri )

1 batang serai, sedikit halia , lengkuas dan bawang putih di rebus dengan daging.
Setelah itu tos hingga kering, potong nipis - dan ditumbuk kemudian diperap dengan lada hitam, sedikit garam atau kicap  kalau suka ( improvise sendiri )






Goring sampai garing





Goring sampai garing ( crispy )






Bahan-bahan untuk bumbunya:

 10  biji cili merah  dan cili hijau ( atau yang merah saja )

 10 ulas bawang merah atau 1 biji bawang besar ( ikut suka )

 1/4  atau 1/2  biji asam limau

Blend ( tanpa air ) atau tumbuk kasar cili dan bawang merah , tumis dengan sedikit minyak hingga masak - atau kalau suka masak layu sahaja

Perah asam limau kacau rata dan tutup api.

( Cili dan bawang boleh dibanyakkan dan disikitkan ikut suka sendiri )





Bila nak makan baru gaulkan daging goring dengan bumbu kalau tidak daging akan jadi lembik , tak garing!







Daging dendeng!





Bon appetit , enjoy your daging dendeng!

Friday, August 17, 2012

Malam Tujuh Likur


 Imam telah katam membaca 30 juzu' AlQuran dalam solat Tarawih  dan pada malam 27 Ramadhan telah membaca doa katam dalam rakaat ke 20. Oleh kerana doa katam AlQuran ini dibawa dalam solat, Imam pun menerangkan pada jemaah, bahawa doa katam  jarang dilakukan di Malaysia tetapi  lazim dilakukan di negara-negara Arab terutamanya di Masjidil Haram di Mekah ( kita dapat menyaksikan dalam siaran langsung Solat Tarawih dari Mekah ).

Imam menerangkan lagi bahawa doa katam dibaca  dalam solat Tarawih yang ke 20. ( rakaat akhir ) Doa katam tidak sama dengan doa Qunut yang dibaca dalam solat Witir dan tak sama dengan bacaan Qunut dalam solat Subuh. Doa Qunut dibaca setelah iktidal ( bangkit dari ruku' ) rakaat akhir solat Subuh atau solat Witir - sedangkan doa katam AlQuran dibaca sebelum ruku' pada  rakaat 20 solat Tarawih. Setelah tamat doa barulah ruku' kemudian iktidal dan sujud akhir.

Pada malam 27 Ramadan ini  Imam membaca surah Addhuha dalam solat Tarawih dan seperti mana  cara mengkatam Al Quran ianya diakhiri dengan 5 ayat pertama dalam surah Al Baqarah pada rakaat 20 - sambung terus doa katam kemudian barulah ruku' dan diakhiri dengan sujud dan tahiyyat akhir.

Oleh kerana doa katam panjang dan ramai di antara makmun mungkin tak faham/ tak familiar dengan doa, kita boleh juga membaca doa / hajat sendiri dengan syarat tidak menuturkan dengan jahr doa kita . Doa yang dibaca kuat dalam solat yang bukan dalam bahasa Arab, akan membatalkan solat .

Imam telah mewar-warkan pada jemaah supaya membawa ahli keluarga dan sahabat handai menyertai solat Tarawih dan katam AlQuran ini kerana  katam AlQuran dan doa katam dalam solat adalah masa yang paling baik untuk berdoa.

Semoga makbul Insyaallah!

Wednesday, August 15, 2012

Leftovers!

















Ada serba sedikit nasi goreng, bubur lambok, mihun goring, sup daging,ikan goring, asam pedas ( dalam plastik ) - dah lama tergolek kat situ, roti canai dalam bungkus kertas, roti pita, tepung pelita, popia  Nak makan tak termakan dah, nak buang - sayang!

Biarlah depa dok berkampung lama-lama kat situ......


Masak untuk 2 orang rupanya boleh makan  untuk 3 orang! Atau bulan puasa makan kurang sikit?







Setiap beberapa hari, peti ais akan penuh dengan lebihan makanan










Kongsi mangkuk

Kalau dah tinggal serba sikit, kenalah letak sekali dalam satu bekas - butir nangka ( hijau ), asam gumpal ( hitam ) dan cream caramel . Kuih-kuih tu jarang jumpa pada hari-hari biasa.


Tunggu hingga sampai hati, barulah nak dilupuskan


Kalau anak ramai, makanan tak akan berlebih.....sebab ada je yang kaki makan berulang kali!











Monday, August 13, 2012

Nak Raya Dah!





Sibuk dah sekarang ni mengorder kuih Raya! Dah jarang orang buat sendiri kueh raya, sebab macam-macam kuih dah ada di pasaran - pilih nak apa, semua ada, kueh moden, kuih tradisional.
Ketupat rendang pun semua dah ready made. Jadi orang- orang yang berkerjaya taklah kalut nak menghembus-hembus sawang dalam oven ( yang digunakan setahun sekali tuh! )


Walaupun  dah tak ada anak-anak yang nak makan kuih raya ( depa dah ada kuih raya sendiri! ), saya tetap mengorder kuih kegemaran iaitu semperit.


The first to arrive - semperit



Kuih makmur
 Jangan tergelak dengan kuih raya saya - kedua-duanya kueh zaman Jepun! Orang muda tak berapa gemar dengan kuih lama macam ni!








Jangan pandang sebelah mata kat kerepek dan kacang tu, bila orang datang raya depa makan kerepek, kacang dan maruku lebih dari yang lain!


ps.      Alhamdulillah anak-anak masih ingat masa depa kecik dulu, mak buat kuih raya  dan mereka dok tunggu keliling . Bila dah besar dan macam-macam kuih yang comel-comel ada dalam pasaran, mak depa pun perosok oven dalam store, never to be found again!

Saturday, August 11, 2012

Tazkirah Pendek Yang Panjaaang!



Carian Google: Blue Mosque di Turki



Makmum suka kalau tazkirah 5 minit  itu dijalankan selama 5 minit atau selebih-lebihnya 15 minit, kalau lebih pada tu, makmum akan jadi gelisah . Kalau tazkirah terlalu panjang  makmun akan lari ke tempat lain . Ada jugak masjid yang buat macam-macam pengumuman dan ceramah / tazkirah - yang meleret-leret setiap malam sebelum Tarawih .

Pendek kata nak solat Tarawih tu juga merupakan satu jihad , maklumlah lepas buka puasa, perut berat mata pun berat. Ramai pasangan muda yang terpaksa angkut anak-anak kecil ke masjid dan surau semata-mata kerana nak bersolat Tarawih. Ada yang bijak , depa solat 2 rakaat lepas tu berhenti, pegi dodoi anak atau layan anak yang tengah nakal. Bila anak dah settle, masuk sof dan solat . Lepas tu berhenti lagi.

Mummy yang lain-lain kontrol siket anak hangpa tuh! Kalu anak bueh semacam, jaga anak tu lebih afdal. Kalau nampak anak dah makin tak makan saman rasanya eloklah ibu itu permisi - kena buatTarawih sendiri di rumah je nampak gayanya!


Selamat beribadat di malam-malam 10 Terakhir Ramadhan!


Masjid Xian Zaman Dinasti Tang   ( 685 - 762 )
( Carian Google: Gambar hitam putih yang sungguh klasik! )

Thursday, August 9, 2012

Sujud Tilawah Atau Sujud Sajdah




Selepas 15 Ramadhan masa berjalan begitu pantas , macam turun bukit. Ada yang risau baca Al Quran belun katam lagi, ada yang dah masuk gear 6 dah round yang ke 2 . Masing-masing berusaha sebaik mungkin untuk meningkatkan ibadat di bulan yang mulia ini .

Malam ini Imam Muda di tempat kami seperti biasa menyampaikan tazkirah pendek ( 5 minit ) dan menghuraikan intisari surah yang akan dibaca dalan solat Tarawih pada malam itu, iaitu Surah Yasin, Surah AsSoffat dan Surah Sad.

 Dalam Surah Sad terdapat  ayat sajdah, tetapi tidak ada Sujud Tilawah pada ayat itu sebab ianya  ayat sujud syukur ( sujud syukur  dilakukan di luar solat ). Dalam AlQuran ada 15 tempat ayat sajdah tapi hanya 14 dilakukan Sujud Tilawah dalam solat ( tidak hanya dalam Surah Sajdah sahaja )

Ayat yang satu lagi ialah  dalam Surah Sad ( ayat 24 ) -  tiada Sujud Tilawah dalam solat.







Seterusnya beliau menerangkan bahawa sajdah itu bermakna sujud , jadi kalau kita kata Sujud Sajdah ia bermaksud sujud - sujud. Istilah yang betul ialah Sujud Tilawah. Bila Imam habis baca ayat sajdah, imam dan makmum  disunatkan Sujud Tilawah.



 WaLlahu A'lam.









Monday, August 6, 2012

Bonggol Unta


Pada hujung minggu ramai ibubapa bawa anak-anak ke masjid dan surau untuk melatih mereka bersolat Tarawih. Tapi ramai juga yang bawa anak bawah dari 4 tahun atau yang lebih kecil dari itu.

Alkisahnya  ada ibu-ibu yang membawa anak-anak mereka yang belum  mumayyiz ke dalam sof solat, menyebabkan sof terputus. Seeloknya mereka duduk di sof belakang atau ditepi sekali supaya tak mengganggu jemaah lain. Lebih teruk kalau kanak-kanak itu lelaki dimasukkan bersama ibu ke dalam sof perempuan -  encik bapa tak boleh ke tolong bawak anak lelaki bersamanya ?

Kadang-kadang  keaadaan jadi tak terkawal, bising hingga mengganggu imam yang sedang membaca surah. Ibu bapa kanak-kanak buat tak tahu perlakuan anak-anak mereka ( mungkin mereka sangka anak orang yang buat bising, bukan anak dia! )- punyalah berlari, melompat bergurau ,menjerit di tempat solat, tak boleh dilarang. Sekali larang sekali diam, lepas tu mula balik.

Seorang imam yang masih  muda berumur 25 tahun , seorang Hafiz ( alQori ) mengimamkan solat Tarawih - beliau telah memberi tazkirah pendek selepas Isya di setiap malam dan kemudian akan memberi intisari surah-surah yang akan dibaca dalam solat Tarawih .

Dalam salah satu tazkirah , beliau memberitahu salah satu tanda-tanda kecil kiamat - iaitu di akhir zaman, ramai wanita bertudung seperti bonggol unta dan beliau mendetailkan lagi tentang tudung berbonggol unta itu dengan cara yang berhikmah agar makmum tak berkecil hati.

Kemudian beliau memberi nasihat pada kanak-kanak yang dibelakang tu ( ibubapa kanak-kanak? ) bahawa surau atau masjid adalah Rumah Allah, bukan rumah sendiri, jadi kena jaga adab rumah Allah . Hurmatilah Rumah Allah dengan sepatutnya - agar kita dapat melakukan ibadat dengan penuh kusyuk  dan diterima Allah !

ps. Masa  dulu, bila ikut mak pegi masjid, bertukar simpuh lebih dari sekali terus kena sepit ketam -  bakpe gak dok gelenyar, cuba dok molek-molek sikit!




Sunday, August 5, 2012

Buka Puasa !






 ....yang paling sederhana dan tidak membebankan perut......ialah.....
Bubur lambok ....
Rebus ayam atau tulang atau udang, buat stock kemudian masukkan sedikit beras jerang hingga jadi bubur . Masukkan sekali bawang  putih dan sedikit halia yang diketuk atau dihiris halus, rempah kasar seperti kulit manis, buah pelaga dan bunga cengkih ( untuk bau ). Masukkan daging atau udang sebagai perencah. Akhir sekali tabur bawang goring dan daun sup. Kalau takde air rebusan, beli je kiub pati ayam, pati daging atau kiub ikan bilis.
Sedikit santan untuk menambah lemak dan meninggikan kolestrol. Takde santan lagi baik.
Ha? tak sedap takde santan?
Cuba dulu.....















Dapatlah Solat Tarawih dengan aman....tak mengantuk, tak semput dan tak letih!
 InsyaAllah!


Friday, August 3, 2012

The Customer Is Always Right?


Or the customer is unreasonable?

Modem kena panah lagi!
Dah dapat modem baru tapi  internet sekejap timbul sekejap tenggelam -  sekejap SERVER NOT FOUND sekejap ok. Sampai beberapa hari dan beberapa kali buat report since 20th July .

 MADAM PENCEN DAH NAIK ANGIN!


Masa report tu macam macam soalan ditanya dan ada benda-benda yang kita kena buat - setiap kali soalan yang sama, buat benda yang sama :

Apa nama modem,
Boleh beritahu model modem tu
Boleh tutup moden 15 saat kemudian bukak balik,
Lampu nyala tak?
Boleh tarik wayar dari kotak kecil tu masukkan kat dinding (I pun tak tau dinding mana pulak yang boleh masukkan wayar . Bila I tanya masuk kat dinding ? dinding tak ada lubang selain plug -  dengar suara orang TM tu macam control marah/geram/sakit hati )
Boleh sambungkan wayar kuning dari modem tu ke komputer ( bukan ke wayar kuning tu dah tak pakai sebab modem dah WIRELESS!? )

 2 hari lepas, internet dah langsung tak berfungsi.

Buat report  kali ke 4,
Dah over ni!

Apa nama modem ?
I DON'T GIVE A DAMN ABOUT NAMA MODEM TU, TAPI  MEMANG ADA CHOP TM TERSENGKANG KAT ATAS TU.
Boleh tak tutupkan modem tu selama 15 ......
I DAH BUAT BANYAK KALI
Ada tak.....
WHATEVER YOUR QUESTION IS JAWAPANNYA TAKDE, SERVER NOT FOUND
Jadi puan tak nak buat test lagi?
JANGAN CAKAP FASAL TEST , I WANT THAT WRETCHED MODEM TO BE REPLACED RIGHT NOW!

Buat macam tak sekolah, bagi hilang sakit hati 

Rupa-rupanya  bila kontraktor yang supply modem kat TM tu datang dia kata kena tekan punat  reset tu beberapa kali dan beberapa lama, barulah internet berjalan seperti sedia kala .
Yes yer right! lepas tu tenggelam timbul lagi
Guess what? I've been pressing that tiny reset button every other hour...... ( bertambah sakit hati lagi )
Bo patut maa.....









Wednesday, August 1, 2012

Bunga Tanjung













Pagi tadi pegi kutip bunga tanjung yang berguguran di tepi pagar.....ihsan dari pokok jiran yang dahannya melampai ke dalam pagar saya.....



Pokok bunga tanjung - adakah ia semakin pupus?



Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...