Thursday, August 30, 2012

Antara Dua Darjat




Rupa-rupanya orang kita ni ramai yang memandang darjat........

Ramai yang memilih kawan - pilih yang boleh menaikkan imej dan yang dapat beri keuntungan sosio ekonomi. Ada yang memilih menantu, nak menantu yang hebat-hebat sedangkan anak sendiri tak tara mana....

Pada tahun 1970 - 1980an, banyak benar berlaku perkahwinan yang tidak direstui. Anak pegawai tinggi kerajaan berkahwin dengan anak orang kampung biasa , dah tentu mendapat tentangan dan celaan. R berjumpa dengan suaminya ketika sama-sama belajar di universiti ( masa tu tak ramai orang masuk u ) - sepatutnya dari segi pendidikan dah sama taraf, tapi oleh kerana ayah mertua seorang  pegawai tinggi, mak mertua tak boleh terima R dalam keluarganya .

Macam-macamlah mak mertua buat untuk menunjukkan kebenciannya pada menantu, tak suka menantu dengan cucu sekali tak boleh nak terima . Dia sayangkan anaknya saja dan kalau boleh nak anak dia balik duduk dengan dia  - tinggalkan anak dan isterinya yang tak direstuinya tuh!.

Takdirnya anak lelakinya mati ditimpa kemalangan - mak mertua pun tak buang masa,   terus ke rumah menantu, angkut semua barang yang disangkanya semua dibeli oleh anaknya - kerusi meja dan pinggan mangkuk pyrex ( status simbol di tahun 70an ) bawak masuk lori . Bila R balik dari ofis tengok rumah kosong - nasib baik anaknya masih ada - bersyukur bukan main dia , biarlah semua barang habis takpe.....

Mak mertua tak sedar- dia bukan saja kehilangan anak, tapi kehilangan zuriat anaknya jugak.  Kerusi kedai Ah Hong dengan pinggan mangkuk Pyrex tu dah outdated sejak tahun 1990an lagi .

Sekarang cucu sudah jadi orang muda yang berjaya hasil didikan ibunya!

Mudah-mudahan atok dan nenek tak menyimpan kebencian hingga ke liang lahad!



2 comments:

Mama Amirul said...

ada lagi golongan yg macam tu ek... singkatnya pemekiran mereka

Kerabu Jantung said...

manusia macam-macam ragam!

Dalca Yang Paling Berdalca

 Masa anak-anak kecik kami kerap berpindah randah - dari satu negeri ke satu negeri. Setiap sebuah negeri kami tinggal selama 3 tahun - pali...