Monday, August 6, 2012

Bonggol Unta


Pada hujung minggu ramai ibubapa bawa anak-anak ke masjid dan surau untuk melatih mereka bersolat Tarawih. Tapi ramai juga yang bawa anak bawah dari 4 tahun atau yang lebih kecil dari itu.

Alkisahnya  ada ibu-ibu yang membawa anak-anak mereka yang belum  mumayyiz ke dalam sof solat, menyebabkan sof terputus. Seeloknya mereka duduk di sof belakang atau ditepi sekali supaya tak mengganggu jemaah lain. Lebih teruk kalau kanak-kanak itu lelaki dimasukkan bersama ibu ke dalam sof perempuan -  encik bapa tak boleh ke tolong bawak anak lelaki bersamanya ?

Kadang-kadang  keaadaan jadi tak terkawal, bising hingga mengganggu imam yang sedang membaca surah. Ibu bapa kanak-kanak buat tak tahu perlakuan anak-anak mereka ( mungkin mereka sangka anak orang yang buat bising, bukan anak dia! )- punyalah berlari, melompat bergurau ,menjerit di tempat solat, tak boleh dilarang. Sekali larang sekali diam, lepas tu mula balik.

Seorang imam yang masih  muda berumur 25 tahun , seorang Hafiz ( alQori ) mengimamkan solat Tarawih - beliau telah memberi tazkirah pendek selepas Isya di setiap malam dan kemudian akan memberi intisari surah-surah yang akan dibaca dalam solat Tarawih .

Dalam salah satu tazkirah , beliau memberitahu salah satu tanda-tanda kecil kiamat - iaitu di akhir zaman, ramai wanita bertudung seperti bonggol unta dan beliau mendetailkan lagi tentang tudung berbonggol unta itu dengan cara yang berhikmah agar makmum tak berkecil hati.

Kemudian beliau memberi nasihat pada kanak-kanak yang dibelakang tu ( ibubapa kanak-kanak? ) bahawa surau atau masjid adalah Rumah Allah, bukan rumah sendiri, jadi kena jaga adab rumah Allah . Hurmatilah Rumah Allah dengan sepatutnya - agar kita dapat melakukan ibadat dengan penuh kusyuk  dan diterima Allah !

ps. Masa  dulu, bila ikut mak pegi masjid, bertukar simpuh lebih dari sekali terus kena sepit ketam -  bakpe gak dok gelenyar, cuba dok molek-molek sikit!




No comments:

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...