Friday, August 17, 2012

Malam Tujuh Likur


 Imam telah katam membaca 30 juzu' AlQuran dalam solat Tarawih  dan pada malam 27 Ramadhan telah membaca doa katam dalam rakaat ke 20. Oleh kerana doa katam AlQuran ini dibawa dalam solat, Imam pun menerangkan pada jemaah, bahawa doa katam  jarang dilakukan di Malaysia tetapi  lazim dilakukan di negara-negara Arab terutamanya di Masjidil Haram di Mekah ( kita dapat menyaksikan dalam siaran langsung Solat Tarawih dari Mekah ).

Imam menerangkan lagi bahawa doa katam dibaca  dalam solat Tarawih yang ke 20. ( rakaat akhir ) Doa katam tidak sama dengan doa Qunut yang dibaca dalam solat Witir dan tak sama dengan bacaan Qunut dalam solat Subuh. Doa Qunut dibaca setelah iktidal ( bangkit dari ruku' ) rakaat akhir solat Subuh atau solat Witir - sedangkan doa katam AlQuran dibaca sebelum ruku' pada  rakaat 20 solat Tarawih. Setelah tamat doa barulah ruku' kemudian iktidal dan sujud akhir.

Pada malam 27 Ramadan ini  Imam membaca surah Addhuha dalam solat Tarawih dan seperti mana  cara mengkatam Al Quran ianya diakhiri dengan 5 ayat pertama dalam surah Al Baqarah pada rakaat 20 - sambung terus doa katam kemudian barulah ruku' dan diakhiri dengan sujud dan tahiyyat akhir.

Oleh kerana doa katam panjang dan ramai di antara makmun mungkin tak faham/ tak familiar dengan doa, kita boleh juga membaca doa / hajat sendiri dengan syarat tidak menuturkan dengan jahr doa kita . Doa yang dibaca kuat dalam solat yang bukan dalam bahasa Arab, akan membatalkan solat .

Imam telah mewar-warkan pada jemaah supaya membawa ahli keluarga dan sahabat handai menyertai solat Tarawih dan katam AlQuran ini kerana  katam AlQuran dan doa katam dalam solat adalah masa yang paling baik untuk berdoa.

Semoga makbul Insyaallah!

No comments:

Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...