Thursday, August 9, 2012

Sujud Tilawah Atau Sujud Sajdah




Selepas 15 Ramadhan masa berjalan begitu pantas , macam turun bukit. Ada yang risau baca Al Quran belun katam lagi, ada yang dah masuk gear 6 dah round yang ke 2 . Masing-masing berusaha sebaik mungkin untuk meningkatkan ibadat di bulan yang mulia ini .

Malam ini Imam Muda di tempat kami seperti biasa menyampaikan tazkirah pendek ( 5 minit ) dan menghuraikan intisari surah yang akan dibaca dalan solat Tarawih pada malam itu, iaitu Surah Yasin, Surah AsSoffat dan Surah Sad.

 Dalam Surah Sad terdapat  ayat sajdah, tetapi tidak ada Sujud Tilawah pada ayat itu sebab ianya  ayat sujud syukur ( sujud syukur  dilakukan di luar solat ). Dalam AlQuran ada 15 tempat ayat sajdah tapi hanya 14 dilakukan Sujud Tilawah dalam solat ( tidak hanya dalam Surah Sajdah sahaja )

Ayat yang satu lagi ialah  dalam Surah Sad ( ayat 24 ) -  tiada Sujud Tilawah dalam solat.







Seterusnya beliau menerangkan bahawa sajdah itu bermakna sujud , jadi kalau kita kata Sujud Sajdah ia bermaksud sujud - sujud. Istilah yang betul ialah Sujud Tilawah. Bila Imam habis baca ayat sajdah, imam dan makmum  disunatkan Sujud Tilawah.



 WaLlahu A'lam.









No comments:

Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...