Saturday, October 27, 2012

Sanad Syu'bah





Sumber:

Riwayat Syu'bah bin 'Ayyasy
Usul dan Farsy Qiraat
'Asim bin Abi An-Najud Al- Kufi
Dari Tariq Asy-syatibi dan Al-Jazari

Disusun oleh
Ustaz Mohd Rahim Jusoh
Guru AlQuran dan AlQiraat
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


Thursday, October 25, 2012

Qurban Di Satun.........1





Azadekazza  mengajak Beautiful Life pi menyaksikan upacara qurban yang akan dijalankan oleh ahli keluarganya di Satun, dekat dengan Hat Yai . Satun atau pun orang Kedah panggil Setoi ( Setul )terletak di Selatan Siam dan menghadap  ke Laut Andaman - terdapat ramai  penduduk keturunan Melayu Islam di sana dan mengikut sejarahnya memang mereka tu asal orang Kedah ( Setul/Setoi asalnya ialah wilayah Kedah ), tapi oleh kerana kalah perang dengan Siam ia telah diambil menjadi jajahan Siam.

Bila cakap fasal Setoi adik beradik di Yan selalu kata, mungkin  ada adik beradik depa kut belah Setoi . My sister in law dan suaminya pernah ke sana dan selalu mengajak kami pegi tengok kehidupan mereka yang begitu jauh ketinggalan berbanding dengan kita di Malaysia..

Bila Beautiful Life mencadangkan kami ikut serta ( terutama kerana bagi peluang pada ayahnya yang teringin nak  trace keturunan Ku di Setoi ), kami pun rasa begitu senang hati nak menyertainya. Apabila saya beritahu kawan-kawan rapat rancangan melakukan qurban di Satun, ramai juga yang  masuk share. Mungkin tahun depan boleh buat program ibadah qurban di Satun!

Nuwal prepared the itinery of our trip to Satun and Hat Yai  dengan  menaiki keretapi dari KL Central ke Padang Besar. Dari Padang Besar ( Perlis ) kami terus dibawa ke Satun ( Siam ) yang memakan masa tak sampai sejam.

Boleh pilih cara perjalanan iaitu:

Keretapi KL - Hat Yai
Keretapi KL - Padang Besar ( which is nearer to Satun )
Bas ekspress KL - Hat Yai
Air Asia - KL - Hat Yai
atau boleh drive sendiri ( jangan lupa bawak grant kereta ).







Tuesday, October 23, 2012

Tunjuklah Bakal-Bakal Calon Tu!



Ada yang dah maleh nak cakap fasal pilihanraya, semua tekaan fasal pilihanraya tak betul, ada kata bulan April ... Jun.....  November 2011, lepas tu pulak ada kata Febuari 2012.... April.... June... Ogos .......ahh...goreng pisang dah sejuk!

Saya menanya-nanya kaum kerabat yang muda-muda  nak pilih siapa - kerajaan atau pembangkang?

Ada yang membangkang habis-habisan, kerajaan tak betul , tak itu, tak ini, semuanya tak. Pendek kata takde satu pun yang betul ....

Ada yang kata depa okay dengan kerajaan yang ada tapi tengoklah sapa calon yang diletak, kalau tak kenal dan tak pernah tengok muka - entah sapa-sapa dok tersengih di kain rentang waktu dekat-dekat nak mengundi - ah nasiblah...... buat apa nak gi pakoh oghe yang dok kenal , baik  pangkah orang yang dah kenal yang dok pi  berceramah di merata ceruk , sekurang-kurangnya depa tu pandai berceramah...

Pendek kata, depa dah tak kira sapa la ni, depa pilih calon yang boleh diharap - yang boleh buat kerja!


Sunday, October 21, 2012

What Do You Hate Most?

I really hate the sound of grass cutting machine, the grrrrrrrr of the machine is really disturbing and bugs my ears. How I wish me and my neighbours use artificial turf so I don't get agitated by the non stop grrrrrring for about  half  to 1 hour  every other month.

Din, our tukang potong rumput started cutting grass since he was a young boy. When he got married and had children he took his young boys to help him. When the boys left school after form 5, they form a team to cut grass all over Gombak and some parts of KL. We cannot simply call him to cut our grass, we have got to wait our turn. Now Din anak beranak make good money in grass cutting business.

Sapa kata takde koje kat Malaysia nih? berlambak dok ada ! Atas usaha masing-masing nak cari pendapatan untuk anak isteri - ikut kepandaian masing-masing. Janganlah pulak baru keluar pusat pengajian tinggi dah nak jadi managing direktor  ( macam dalam sesetengah cerita drama tv tuh ) .

Atau nama belum dicalonkan lagi dah bernekad nak jadi PM, kalau nama tak lekat mulalah buat macam-macam onar nak menjatuhkan kerajaan. Kalau marahkan nyamuk janganlah bakar rumah ( tu kerja orang pendek akal ! ) .

Atau duduk dalam kabinet atau pegang sesuatu jawatan penting / tinggi sampai berlubang kerusi, tak nak bangun-bangun....

Nak tunggu orang tendang kerusi sampai jatuh tergolek ke?








Friday, October 19, 2012

Pilih Menantu

Ada satu cerita kelakar, bagaimana orang-orang tahun 195oan dulu memilih menantu. Masa tu tak ramai orang yang berpendidikan tinggi dan paling dihurmati ialah orang yang warak dan ustaz. Ustaz yang paling dicari ialah yang balik dari Mekah atau Madinah atau Mesir yang pandai kallim lughatul Arabiah!

Ada seorang pemuda yang sangat berkenan dengan seorang gadis jelita, anak orang kampung seberang. Tapi dia risau sikit nak masuk meminang, sebab syarat yang dikenakan oleh bapa sigadis begitu tinggi, bagaikan tak tercapai tangan. Syaratnya ialah bakal menantu mesti pandai cakap Arab!

Dia pun berpakat dengan kawannya pergi memancing kat tepi sungai belakang rumah sigadis. Sambil memancing buat-buat bersembang kuat-kuat bagi orang tua tu dengar sembang dia

Ma anta kenali albapaknye tu ?

Walmunakitahu (  saya tak tahu / tak kenal! )

Ana alsama gaklah ( saya pun sama jugak lah! )

( dialog  dicipta oleh orang yang menceritakan kisah ini pada saya )

And so on and so forth - segala macam perkataan dan vocab yang depa rekacipta yang berbunyi ala-ala Arab sampai depa letih dan habis modal. Banyak hari jugaklah memancingnya sampai pakcik tu kenal dia. Gedebuk gedebak akhir kalam dapatlah dia menikahi anak dara pakcik tu! Tapi apa jadi selepas tu jangan soal, pendek cerita they live happy ever after macam cerita Cinderella. Panjang cerita mesti kena pelangkung dek pak mertua sebab menipu!

Masa kini lain pulak jenis penipuannya -  misalnya rombongan pengantin lelaki bawak cek tendang, atau bawak duit palsu atau tunjuk degree palsu atau bawak hantaran satu set emas intan berlian palsu dan lain-lain lagi yang kesemuanya adalah falsu belaka. Mugo kok alek anak daro mitok yang bukan-bukan, jadi dapatlah yang bukan-bukan jugak!

Beberapa tahun dulu pernah keluar dalam akhbar tentang lelaki palsu yang telah menikahi seorang gadis, lepas nikah baru tahu, suami gadis tu ialah oghe tino jugok! Alkelam walkalibut habis pegawai-pegawai di pejabat kadi.

Guano sapa jadi lagu tuh tok kodi?!
Nampak gayanya kena ambil kursus mengenal jantina....











Wednesday, October 17, 2012

Mencuba Ilmu



Pada tahun 60an - 80an dulu banyak berlaku perkara pelik - konon kata ada orang yang sedang mencuba ilmu , iaitu sedang mempraktikkan ilmu  yang sedang dipelajari ke atas orang-orang tertentu, kerana sakit hati atau dengki (agaknya.....).

Seingat saya seawal tahun 1960an lagi  telah berlaku kejadian ganjil ke atas anak jiran  yang sedang bersanding di atas pelamin dengan  tiba-tiba menjerit-jerit dan menggelupur- lalu terpaksa diusung masuk ke dalam bilik. Saya yang tengah melenggak memerhati betapa cantiknya pengantin perempuan yang bergaun putih, siap dengan mahkota dan veil yang panjang, terus lari balik ke rumah sebab takut.


Beberapa tahun kemudian ( tahun 1970an ) anak teruna yang sedang bersanding di atas pelamin tiba-tiba melentok dan menangis di atas pelamin. Katanya ada orang pegi letak air batu sebongkah di bawah rumah , betul-betul di bawah pelamin. Pengantin lelaki akan menangis tak henti-henti sehinggalah air batu itu habis cair. Saya tak ingat samada pengantin dibawa masuk ke dalam atau dibiarkan air matanya mengalir beberapa lama di atas pelamin tuh! Yang saya tahu, setelah berkahwin mereka berpindah ke Kuala Lumpur dan tak balik-balik hingga kini.


Ada jugak kes lain , semasa akad nikah - tak lepas-lepas walau pun dah 10 kali aqad - sehingga juru nikah bangun berdiri dan mengibas-ngibas sampin dan duduk balik, dan pengantin lelaki pula disuruh minum air dan pegi ambik wudhu' semula kemudian aqad nikah diteruskan until in the wee hours of the morning baru selesai!( masa dulu akad nikah dijalankan pada waktu malam, lepas waktu Isya' )



Monday, October 15, 2012

Qiraat 'Asim Bin Abi An-Najjud Al Kufi





Excerpts of my supposedly   kertaskerja ( yang telah lenyap di alam maya sebab pc crash ) on :



 Qiraat 'Asim: Perbezaan Di Antara Hafs dan Syu'bah Pada Usul Qiraat.

3. Usul Qiraat 'Asim Toriq As-Syatibi :  Khilaf Usul Qiraat Antara Dua Rawi.

Ilmu qiraat yang ditulis oleh para Mutaakhirin adalah dengan memisahkan Usul dengan Farsy Huruf, berbanding dengan para Qurra' yang terdahulu ( Mutaqaddimun ) iaitu menyusun mengikut surah demi surah dengan memasukkan sekali Usul dan Farsy Huruf.

Dengan yang demikian saya menyusun kertas kerja ini hanya pada pada aspek Usul Qiraat ( tajwid )  dan tidak akan menyentuh tentang Farsy Huruf kecuali pada perkara-perkara yag diperlukan sahaja.

Saya akan memulakan kertaskerja ini dengan perbincangan Usul Tajwid pada khilaf kedua-dua Rawi iaitu Hafs dan Syu'bah, seperti berikut:

Bab 1.  Fatah dan Imalah
Bab 2.  Idgham
Bab 3.  Tashil
Bab 4.  Saktah
Bab 5.  Ya Idhofah


                                                             8.

Saturday, October 13, 2012

Take Five









One day one of my sons asked me whether  he can change his name.

What name do you want it to be?
Wan Muhammad Afendi bin Wan Mutalib - I really like that name. ( it was his good friend's name )
So, what will happen to your own name?
I don't like it
I had to explain to him how important it is to stick to his own name.
If you change your name the whole family couldn't recognize you! 
He was confused for a while - quite scared I might not recognised him......haha!


When my sister was about 7 years old ( I was 13 at that time ) I caught her talking in front of the mirror with  her tounge touching the upper lip.
Why do you talk like that?
Oo, I want to follow Tok Ngah , I like the way Tok Ngah talk.......
Yes, she had to talk like that because she had protuding teeth.
But, I like it...... ( carry on talking in front of the mirror until she got tired )

I fell in love with the nose of one of our distant relative. She had a flat nose and the tip of her nose pointing downwards. I used to hate my nose and everyday I will pull the tip of my nose downwards so it will look like hers! I thought if I had that kind of nose I will look prettier.

A friend of mine was  alarmed when her two daughters were playing maid and madame. Her eldest daughter ( madam ) scolded the maid fiercely with her two hands on her hip  . The manner  the madam scolded the maid made my friend cringed ............I don't know where my daughter learned such behaviour! Even she dared not scold her maid for fear she might run away ....



Thursday, October 11, 2012

Tak Boleh Paksa......



........hati  kita untuk mengasihi seseorang atau paksa seseorang untuk mengasihi kita. Perasaan hati seseorang adalah rahsia diri , hanya yang empunya hati je yang tahu ( dan Allah Maha Mengetahui ).....

S seorang bujang trang tang tang yang mungkin telah menaruh hati pada seseorang, tapi takde sapa yang tahu. Masa tu dia baru kerja dan gaji pun sikit, mungkin dia belum berani nak meluahkan perasaannya sebab pitih takdok sekepeng!

Beberapa lama kemudian , tiba-tiba dia bawak datang isterinya ke bandar tempat dia kerja. Kecoh habis kawan-kawannya dan mengutuk dia cukup-cukup sebab makan kenduri senyap-senyap. Dia buat selambe derk je, malas nak layan kawan-kawan yang dok asyik menyakat tuh.

Lama-lama kawan-kawan pun tertanya-tanya, sebab apa dia tak introduce isterinya dan bila berjalan, dia meninggalkan isterinya jauh ke belakang.  Dia tak bercakap dengan isterinya dan selalu meninggalkan isterinya kesaorangan di rumah.  Pendek kata , he ignored his wife totally!

Risik punya risik, baru tau rupanya dia kena paksa kahwin dengan gadis pilihan ibunya. Gadis yang dikahwini itu memang tergila-gilakan dia dan telah berjaya mempengaruhi ibubapanya untuk mengahwinkan dia dengan S. Walaupun dia dapat berkahwin dengan S tapi  kedua-dua mereka tersiksa jiwa raga sebab S tak cintakan dia dan tak cuba nak mencintainya, dan isterinya pulak sentiasa dalam kesedihan kerana dipinggirkan oleh suaminya setelah beberapa lama berkahwin .

20 tahun kemudian kami bertemu semula dengan S dan dia sudah beristeri lain dan hidup bahagia di samping beberapa orang anak.

Isteri pertama telah lama diceraikan - sebagai janda berhias!


Monday, October 8, 2012

Gila Talak



Anda tahu tak tentang gila talak?

Masa saya kecik dulu selalu dengar cerita tentang orang yang gila talak - hidup mereka tak keruan, rambut kusut masai dan suka cakap sorang-sorang. Alkisahnya orang yang gila talak ni sebenarnya ialah yang dah terlanjur mencerai isteri 3 kali ( ni mesti kes orang panas baran! ) - bila naik marah je,terus nak cerai isteri.


Alceritanya ada seorang lelaki yang dah terlanjur mencerai isteri sebanyak 3 kali tu, setiap hari dia pergi tunggu depan rumah jandanya, sampai ahli keluarga bekas isteri terpaksa berkeras dan menghalaunya dari situ. Ia juga mengganggu ketenteraman axed-wife yang  dah tak nak tengok muka dia . Lagi pulak mungkin menutup peluang orang lain yang ada keinginan nak menikahi wanita itu.

Bagi ahli keluarga lelaki pulak menuduh pihak isteri dah ahli keluarganya telah menganiaya dan sengaja nak memalukan silelaki tu. Ada juga yang kata pihak perempuan telah membomohkan x husben tu biar jadi sasau gila talaq sebab nak membalas dendam adanya....

Memang dah jadi kebiasaan orang kita,bila dilanda musibah jarang nak muhasabah diri, sebaliknya pula menuduh orang sakit hati kat depa dan ' buat ilmu ' biar sampai dia jadi gila atau jatuh sakit yang teruk yang takde harapan baik.

Tak semuanya betul kan?