Tuesday, October 23, 2012

Tunjuklah Bakal-Bakal Calon Tu!



Ada yang dah maleh nak cakap fasal pilihanraya, semua tekaan fasal pilihanraya tak betul, ada kata bulan April ... Jun.....  November 2011, lepas tu pulak ada kata Febuari 2012.... April.... June... Ogos .......ahh...goreng pisang dah sejuk!

Saya menanya-nanya kaum kerabat yang muda-muda  nak pilih siapa - kerajaan atau pembangkang?

Ada yang membangkang habis-habisan, kerajaan tak betul , tak itu, tak ini, semuanya tak. Pendek kata takde satu pun yang betul ....

Ada yang kata depa okay dengan kerajaan yang ada tapi tengoklah sapa calon yang diletak, kalau tak kenal dan tak pernah tengok muka - entah sapa-sapa dok tersengih di kain rentang waktu dekat-dekat nak mengundi - ah nasiblah...... buat apa nak gi pakoh oghe yang dok kenal , baik  pangkah orang yang dah kenal yang dok pi  berceramah di merata ceruk , sekurang-kurangnya depa tu pandai berceramah...

Pendek kata, depa dah tak kira sapa la ni, depa pilih calon yang boleh diharap - yang boleh buat kerja!


3 comments:

AtieYusof said...

Nak undi memang kena tgk yg boleh buat kerja kan kak...
Kadang2 masa pilihan raya je nampak muka...lepas tu tak tau ke mana..:)
salam kenal... dah follow akak,
klu sudi follow sy juga ye :)
TQ.

Kerabu Jantung said...


Terima kasih aTie,

yb yang dok tenggelam timbul tu dah berpeluh sejuk la ni!

Deru Ombak said...

Dear KJ..

You rasa kalau pembangkang yang ambil alih, keadaan Akan lebih baik ke?

Setiap negara atau negeri yang mundur itu kerana mereka hari2 fikir macamana nak konker hinggakan kemajuan negara/negeri Dan rakyat terabai.

Apabila dah dapat, sama Ada fikir macamana nak jadi lebih kaya ataupun tak tahu nak proceed mentadbir macamana.

Pada I kan KJ, matlamat untuk menjadikan Malaysia itu negara maju sangat penting.. Bukan untuk kita, tapi untuk anak cucu kita nanti.

Erkk. Baik I stop menaip, tidak nanti menjela2 pulak jadinya.

Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...