Monday, January 28, 2013

Saturday, January 26, 2013

Jadi Macam Santan Kelapa




...jangan jadi daun lalang tak boleh dibuat sayur!



Google Search





Orang tua dulu-dulu selalu kata......kalau jadi orang tua biarlah macam kelapa, lagi tua lagi banyak santan, jangan jadi macam tunggul kayu buruk  -  muka kusam hati  kering.. silap-silap orang ingat hantu. Macam orang penakut, nampak tunggul kayu disangkanya hantu!

Salah seorang sahabat saya pernah kata, kita ni kalau dah jadi orang tua biarlah jadi pakar rujuk pada anak-anak cucu, tak maulah nanti bila anak cucu tanya masalah feqah .....

tok..k..k....kalau tertelan air masa berkumur-kumur batal tak puasa ?
dah telan ke?
dah, tok...
kalau macam tu batallah, bolehlah berbuka puasa... ( cucu pun pucuk dicita ulam mendatang terus pergi selongkar periuk! )

Jangan tergelak, kita ingat perkara begini tak pernah berlaku,  ia memang ada berlaku!

Ada jugak sahabat yang belajar pelbagai ilmu ---feqah, sirah , tilawah, semata-mata buat persediaan untuk anak cucunya . Kalau takde rotan akar pun berguna katanya, kalau tak dapat ustaz/ustazah untuk mengajar mereka, tok boleh ajar buat sementara waktu.

Pendek kata kalau dah tua , janganlah dok buat lagha tak ambik kisah nak perbaiki diri , sekurang-kurangnya bila mati ada jugak tinggal ilmu yang bermanfaat walaupun sedikit.


Tuesday, January 22, 2013

Dah Kurang Belit!






Setelah rimbun  dah dapat dikawal......









 ....tinggal dahan yang tak terlalu panjang dan tak berbelit-belit!







Sunday, January 20, 2013

Mempelajari Qiraat Asyara








Kitab-kitab Qiraat


 1. Riwayat Syu'bah bin 'Ayyasy
 Usul Dan Farsy Qiraat
 Dari Qiraat 'Asim Bin An-Najud Al-Kufi
 Dari Toriq Asy-Syatibi Dan Al-Jazari
 Harga senaskah : RM 35.90



Bagi sesiapa yang mahir dalam bacaan Al Quran Riwayat Hafs, bolehlah menambah ilmu dengan
mempelajari Al Quran Riwayat Syu'bah, sebab kedua-dua Rawi adalah dari Imam 'Asim.
Bacaan Syu'bah ini mudah , pada asasnya sama saja seperti bacaan Hafs ( bacaan yang kita baca hari-hari ), hanya ada khilaf dibeberapa tempat sahaja. Dengan berpandukan kitab ini kita akan dapat mempelajarinya dengan mudah.
       













 2.  Qiraat Sepuluh
 Surah Al-Fatihah Dan Ad-Duha Hingga An-Nas -
 Dari Toriq Asy - Syatibiy Dan Ad-Durrah
 Harga senaskah: RM 35.90


Buku ini sangat sesuai bagi orang yang berminat untuk belajar Qiraat Asyara ( Qiraat 10 ) . Ia mengandungi
senarai  Usul Qiraat dan Farsy Huruf  yang boleh dijadikan panduan bagi memudahkan lagi pelajar-pelajar
baru untuk memahami  dan membaca secara ifrad dan jamak Tajwid Qiraat 10 .






Ke dua-dua buku di atas disusun oleh Ustaz Mohd Rahim Jusoh
Pensyarah Al-Qur'an dan Al-Qiraat
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
 :
Tel: 013-9340027


PERINGATAN :
Belajar Ilmu Qiraat hendaklah mengambilnya dari guru secara bertalaqqi dan musyafahah.









Saturday, January 19, 2013

Kucing Kampung











posing habis cik pot ni....











tengah kena selsema.....







siesta anak beranak!

Thursday, January 17, 2013

Tertelan Mata Pancing




Kena berjaga-jaga sikit kalau ada pembantu yang kerja dari rumah ke  rumah - tuan rumah jangan jadi macam CIA dok suka dengar  cerita yang dijaja oleh pembantu rumah! Kita kena beringat, kalau depa pegi war-warkan cerita orang lain, sudah tentu cerita yang berlaku dalam rumah kita juga akan jadi  berita hangat yang mereka boleh jual!

Pernah berlaku pada seseorang , pembantu rumahnya  menceritakan perkara yang berlaku dalam keluarga tuan rumah pada pembantu rumah jiran .Pembantu jiran itu menceritakan pulak pada majikannya. Nak dijadikan cerita majikan ni  kebetulannya bermulut CNN - dengan tak menyempat- nyempat lagi terus menyiarkan berita panas kepada jiran-jiran yang lain. Akhirnya musibah yang menimpa seseorang ni tersebar kemerata dengan meluasnya.

Orang yang bermulut CNN ni pulak terbahagi pada dua, yang satu  ni memang hardcore punye, habis keaiban orang diceritakan pada orang lain termasuklah keaiban dalam keluarganya. Kumpulan yang satu lagi pulak kalau keaiban orang  disiarkan terus menerus unedited,  tapi keaiban sendiri disimpan rapat-rapat.

Akhir kalam kalau nak bukak mulut janganlah jadi macam ikan , main telan apa yang dicampakkan kedalam air  -  akhirnya tertelan mata pancing!


Tuesday, January 15, 2013

An Option






How would you like to walk along this corridor.....of this wooden house..








...the main house and the annexe







with turkeys in the backyard !















Sunday, January 13, 2013

Buah Kemunting



 Musim hujan pokok kemunting berbunga lebat ,

...berbuah lebat....


 .....buah dah mula nak masak....



 ..petik sikit, kalau lambat burung makan.........burung-burung cari makan di kawasan pokok-pokok dekat  rumah , tak terbang jauh sebab musim tengkujuh ....



tak sempat nak tunggu buah masak ranum  merah kehitaman, sedang-sedang merah dah boleh petik..

Friday, January 11, 2013

Senandong Langkawi KL - Sungai Petani



















 .....that is surrounded by natural pond?




 There are a lot of  small fish in this pond...





..and the enchanting scenery




.... worth the overnight train ride from KL to Sungai Petani to spend a few days here...








Thursday, January 10, 2013

Masalah Template!




Tak tau pi dok tekan gambar mana pulak, tiba-tiba hilang gambar template!

Macam-macam dah buat tapi tak jadi..... kena tunggu anak lagi!

Buat sementara ni gambar senget sebelah , dah tak tau nak buat apa!

Saturday, January 5, 2013

Musim Udang Galah!











Udang galah gred A besar ada sepit dalam 7 - 8 ekor sekilo, yang lagi besar hanya dalam 5 - 6 ekor sekilo.






 Gred B, dapat 20 - 25 ekor  sekilo. Gred C pulak lagi kecil , sepatutnya dibuang semula ke dalam sungai.






 Sepit jangan buang........ ... potong ikut ruas, dan titik dengan belakang pisau bagi mudah nak makan



 



 Yang kecik masak gulai tempoyak - which I'm not good at ( terkantoi sebab orang masak gulai tempoyak tak bubuh santan, I pegi pandai-pandai tambah santan! lepas tu tak berani nak makan ) - masak gulai kuah sekancah - hahaha!







Udang besar belah sikit bahagian belakang, bubuh sikit garam dan lada hitam dan sedikit cornflour - shallow fry , jangan terlalu lama, nanti  jadi liat. Bagi yang tak suka sos, boleh makan begitu saja.






Kemudian tuangkan  pelbagai sos yang kita suka - 3, 4, 5 rasa -  ikut cita rasa sendiri . This one here I mix with tom yam sauce, chilli and tomato sauce with sliced young ginger and  shredded lemon grass and kafffir lime leaves...Bon appetit.....

Beautiful Life dah siang-siang nak pegi detox!



Thursday, January 3, 2013

Punah Ranah Bila......





........google buat alihbahasa  entry kita! ( Awas AlQuran Bukan Rasm Uthmani : Friday May 8 2009 )

Bila  dah dapat tengok traffic source dalam blog , baru sedar orang seluruh dunia dapat akses bahan-bahan yang  ditulis. Paling kelakar bila dialihbahasa dari Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris - habis punah ranah segala cerita / penulisan  kita .

Contoh ayat asal :
Mengajar pada umat Islam cara bacaan Al Quran yang betul ketika Wakaf dan Ibtida' pada kalimah AlQuran .

Translation : Dah jauh dari makna asal :
Mengajar on Muslims Quran reading way right when Waqf and reflection 'on the word Quran.

Bagi orang dapat migraine!

( Para ilmuan jangan pulak ambil serious penulisan dalam blog picisan sebab ia bukan perbincangan ilmiah , tambah lagi kalau dah jadi tonggang terbalik bila dipindah ke dalam bahasa lain ! )




Wednesday, January 2, 2013

Buaya Dalam Jala


Menjala udang galah di Kuala Rompin


Di musim hujan begini, sungai-sungai penuh air, dan masa ni udang galah kecik besar tua muda keluar dari tempat-tempat persembunyian mereka. Balik kampug sekali ni tak susah dah nak beli udang galah, memang ada banyak -  setakat dua tiga kilo tak payah nak berebut-rebut.Udang galah banyak didapati pada bulan Ogos  hingga April . May hingga Julai, musim panas air sungai cetek dan mungkin pada masa tu udang baru menetas ( kena ada orang pegi buat kajian! )
Tapi ada satu cerita yang saya tak pernah tahu, hinggalah pada hari ini - rupanya bila musim udang galah banyak, risiko menjaring udang galah juga adalah tinggi. Pernah satu ketika orang pergi menjaring udang galah tapi beberapa ekor anak buaya kecik berada dalam jaring . Mereka jadi ketakutan dan terus lari meninggalkan jaring di situ - sebab, kalau ada anak buaya sudah tentu mak buaya ada di kawasan tu!

Ramai di antara kita yang tak tahu , Sang Bedal jugak suka makan udang galah ! Tapi tak semua sungai di Rompin yang ada buaya, mungkin hanya di kawasan dekat muara sungai saja yang kadang-kadang ada buaya ..... tapi buaya tu bukanlah jenis Bujang Senang di Batang Lupar dan Sungai Sarawak yang membaham manusia....buaya yang ada di Rompin ( rasa saya - dan belum pernah tengok  ) ialah jenis buaya kecil.

Pendek kata kerjaya menjaring udang galah risiko agak tinggi - hanya orang-orang yang mendiami kawasan situ  yang memahami ada atau takdenya buaya semasa mereka menjaring tuh. Tak pernah pulak orang Rompin gempar dengan cerita ada orang hilang kaki  masa menjaring udang galah.

Jadinya tak hairanlah harga udang galah mahal, bila beli tu janganlah tawar menawar lebih-lebih - nanti datang sekali lagi nak beli depa kata udang takde!

Nak menjala sendiri bukan dia, kena beli insuran nyawa dulu....

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...