Wednesday, February 27, 2013

Anak Dara Terbolah




...... vs anak dara prim and proper....

Sebenarnya tak nak cerita fasal anak dara terbolah @ cemerkap@ loklak atau anak dara prim and proper, takut ada yang kecil hati..cuma nak ceritakan 2 kisah yang benar, lagi benar dan tetap benar yang telah berlaku di sebuah kampung di Malaysia ini.

Ada seseorang tu yang memang prim dan proper, hidupnya dipenuhi dengan undang-undang tak bertulis - the do's and the don'ts yang begitu banyak yang mengongkong dirinya akhirnya  menstresskan dirinya sendiri. Lagu mana tak stress, prim and proper tak ramai, yang terbolah lebih ramai - kalau minum air kena teguk elok-elok, tak boleh gelak kuat-kuat tak boleh tu tak boleh ni, kalau minum air tertumpah dah kira terbolah, that's a no-no for the the prims and proper ( contoh paling kerdil ).

Alkisahnya setelah the prim and proper ni menjalani hidup yang panjang akhirnya terbukalah mata hatinya nak buat relaks macam sesetengah orang lain yang dianggap terbolah tuh! bila dah merasa hidup tak berundang-undang yang dibuat sendiri ( not the civil and the crimanal law! ) dan tiada kongkongan , enjoy habislah akak tuh! Mulalah buat-buat perangai terbolah , buat-buat kelakar ( yang takde orang pun nak gelak )....break some rules....like it is oklah kalau rumah bersepah sikit, air tertumpah...so what? katenye......
Barulah pandai nak bermesra dan bergurau senda...

Pendek kata perkara-perkara yang kecik-kecik dan remeh temeh tu, kira sap sap sui jelah akak oiii, jangan asyik nak tunjuk kad kuning atau kad merah !

to be cont.....

Monday, February 25, 2013

Senang Nak Jaga!














Daun-daun yang hijau senang nak jaga....

Tak payah bubuh baja bunga, serangga pun tak berapa suka nak kacau  ( mungkin rasa daun-daun tu tak sedap!), jadi tuan pokok tak payah nak belek pokok setiap hari.....









Saturday, February 23, 2013

Kisah Isteri Empat





Dalam satu majlis tazkirah seorang pendakwah bebas yang berumur dalam lingkungan 30an - antara lain mengatakan bahawa dia mempunyai 4 orang isteri, dan dia paling sayang isteri pertamanya, apa sahaja kehendak isteri paling mudanya dia akan bagi, nak apa saja dia akan tunaikan, shopping? saya bagi duit sebanyak mana yang dikehendakinya.

Isteri ke duanya dan ketiganya pula mendapat  kurang sikit kasih sayang dan kebendaan jika berbanding dengan isteri ke empatnya. Sementara isteri pertamanya terus tak dipedulikan , sebab dia..........( boleh bagi sebab-sebab sendiri ).

Ramai jemaah wanita menjegil  mata dan mula mereka-reka cerita dalam hati - pendakwah apa macam tu, nampak alim tapi ...pet pot, pet pot ....meluahkan rasa tak puas hati terhadap ustaz yang berkahwin 4 tuh!.

Ustaz meneruskan tazkirah, satu hari saya nak test isteri saya, yang manakah yang lebih sayang pada saya
Mula-mula saya tanya isteri ke 4 , kalau abang mati sanggupkah sayang mati bersama?
No way, I'm still young and I have all the chance to marry again .
Isteri ke 3 pula kata  dia hanya boleh ikut sampai ke kubur sahaja
Isteri ke dua pulak kata dia nak ikut , tapi hanya sampai ke bank saja
Tetapi isteri pertama paling baik, paling ikhlas dan paling sayang pada saya dan sanggup ikut masuk kubur bersama saya.

Salah seorang anak muda yang masih bujang yang mendengar tazkirah dengan penuh kusyuk tiba-tiba bertanya - confused,
Betul ke Ustaz ada 4 isteri?

Ustaz pun dengan senyum lebar memandang tepat ke arah  pemuda itu, lalu memberi huraian..........SEBENARNYA..... ..................


to be cont.... ( yeah, bagi suspense sikit....).

Thursday, February 21, 2013

Tuesday, February 19, 2013

Cantik Di Mata







 Ceribon batik depicting sea creatures : Wiki search.


Beauty is in the eye of the beholder - semua benda dalam dunia adalah cantik , mengikut pandangan masing-masing!

Manusia semuanya dilahirkan elok - masing-masing ada kecantikan sendiri - kalau tak takkanlah laku kain di kedai ( kata orang dulu-dulu ) .  Ada kain yang kita nampak tak elok, tapi orang lain kata elok , ada pulak yang warna kepam, bila dah jadi baju bukan main cantik.

 Saya ada seorang dua kawan yang menjual kain dan barang-barang kemas , setiap apa yang mereka pakai semuanya nampak cantik ......

Tak acilah macam ni , yang tokey  pakai  semuanya cantik , bestlah  dapat pilih dulu yang elok-elok.

I pakai ni semuanya yang orang tak pilih.

Bila dah pakai dan nampak cantik, semua orang celik mata!






Friday, February 15, 2013

Realiti Kehidupan!





Jiran saya sentiasa memberitahu - kita dan jiran-jiran dah kira sebagai keluarga sebab apa-apa hal berlaku  anak-anak dan keluarga jauh belum tiba, jiran - jiranlah  yang datang menjenguk dulu.

Ramai orang kata, kita kena ada anak ramai supaya anak boleh menjaga kita di hari tua nanti, sedangkan  pada hakikatnya anak yang ramai tidak menjamin kebahagiaan kita di hari tua. Bagaimana pula perasaan mereka yang tidak mempunyai anak, sudah tentu rasa takut dan gerun, membayangkan bila tua nanti mereka akan terlantar bersendirian.

Ada ibu yang mati keseorangan dalam bilik tidur sebab anak yang tinggal bersamanya tak pernah menjengah ke bilik ibunya - pagi-pagi bangun pegi kerja, malam baru balik, penat terus masuk bilik sendiri. Alasannya dia sibuk dan penat. Tak pernah terlintas di hatinya bahawa ibunya akan jatuh sakit, pengsan, akan dapat stroke tak boleh bergerak atau sedang nazak atau dah mati.......


Anak ramai, anak seorang atau tiada anak -  sebenarnya kita semua tak tahu apakah kesudahan yang akan kita lalui . Kita kena berbaik sangka dengan Allah dan sentiasa memohon untuk mendapat husnul khatimah...





Wednesday, February 13, 2013

Dah Tak Kuasa


Saya bertemu dengan rakan-rakan lama di sebuah majlis perkahwinan - kami bertanya kabar ,  semua ingin tahu apa aktiviti masing-masing selepas pencen.

Seperti biasa ramai yang pergi ke kelas-kelas pengajian di masjid dan surau, ada yang meneruskan bisness mereka, ada juga yang menjaga cucu. Bila ditanya fasal cucu, mereka begitu gembira kerana dah menimang cucu dan berpeluang menjaga cucu! Ada jugak yang naik jeles sebab cucu tidak tinggal bersama, ada juga masih belum bercucu walau pun dah ada menantu!

Bila kami berjumpa lagi dua tahun kemudian, cerita lain pulak yang timbul......
Cucu dah besar?
Dah besar, I dah tak jaga cucu dah..
Ye ke?
Oi, tak larat dah nak jaga cucu, dah dua dah.. ...bukan apa, masa solat pun dah tak tentu kalu,  kadang-kadang  dah nak masuk pukul 4 baru dapat solat zohor!
Kenapa macam tu pulak?
Yelah bukan senang jaga budak kecik. Kita ni tertengok-tengok jam  tunggu mak ayah balik ambik anak-anak mereka. Takde rihat langsung dari pagi sampai ke petang.....
Anak-anak  pulak take their own time, jalan-jalan dan makan kat luar dulu , malam baru balik
Lama-lama I suruh dorang bela sendiri anak depa!
Hah pandai pulak cari nursery, cari  tukang jaga, cari maid nak bela anak!

Oooo......begitu pulak.....


Saturday, February 9, 2013

Amanat Yang Menikam Qalbu



Ada dua amanat yang diberi dalam dua majlis meraikan pengantin di dua tempat yang berlainan -

Ingat noo....bila dah berumahtangga ni, jangan lagi dok pi makan kat kedai - rajin-rajinlah masak kat rumah , orang lelaki / suami makan apa saja yang isteri masak, nasi dengan telur goreng pun rasa sedap bukan main.

( Kalau laki tak cerewet bolehlah masak apa-apa saja, kena yang cerewet, dah lah balik kerja lewat petang dok demand masakan macam yang mak dia dok masak masa dulu-dulu - kari ikan, masak lemak cili api,  ayam goreng berempah , daging bakar  atau lain-lain yang bukan-bukan. Kalau bini cuba masakan tu -  bila tak serupa macam masakan mak dia , mulalah komplen! )

 Sooooooo......the smart wife pretended ada koje banyak kat ofis tak boleh keluar awal - Makan kat luar lah bang kita hari ni!?
Makan kat kedai mamak pandai pulak tak komplen pun......

The doting wife pulak bukan main pulun lagi masak sampai jadi macam masakan mak mertua - just to please the husben! biarlah penat melepek.....masak 2 jam, makan 15 - 20 minit dah selesai.....

Amanat yang lain pulak ialah, bila dah dapat anak tu, janganlah dok pegi tinggai kat rumah mak ( tak kiralah mak suami atau mak isteri ) ...jangan buat lagu tu nooo....kesianlah kat mak ayah - depa dah tua, depa pun dah tak larat dan perlu berihat! hangpa pandai-pandai lah bela anak hangpa sendiri

( Kalau terdesak tu ok , sekali sekala takpe , tapi kalau mak dah jadi macam orang beranak kecik........ bo patut maaa...... )
Kalau mak bapak memang volunteer nak jaga cucu , itu lain cerita !


Thursday, February 7, 2013

One For The Album











Just found this photos in and old folder - preparations for Miss Indicisiveness's aka the now - defunct Miss kerabukakiayam.com's engagement ceremony in 2010.

Tuesday, February 5, 2013

Baca Hati!



Ramai di antara kita , bila tengok kanak-kanak yang comel suka memuji .

Comelnya adik, kulit putih melepak , rambut kemerah-merahan! Tapi kakaknya lain pulak, kulit hitam sikit...

Kakak pun tersentap mendengar perbandingan tu.....

Bila bercakap dengan kanak-kanak kecil , kena beralas sikit kata-kata tu akak oii , walau pun depa kecil tapi depa ada perasaan .
Makcik yang bermulut capoi tu pun berlalu tanpa menyedari bahana kata-katanya setelah membukak mulutnya  yang luas tuh.......

Maka mama dan papa pun buat sekian kalinya  kena mententeramkan gadis kecil yang terluka hatinya......

Friday, February 1, 2013

Nak Sama Macam Orang Lain



Adik Manis aka Miss Goldilocks baru darjah satu, dia mintak dengan mama dia nak pakai tudung pegi sekolah , mama dengan papa couldn't be happier anak pompuan kecik-kecik lagi dah nak bertudung. Mama faham benar Miss Goldilocks tak suka rambutnya  yang ikal mayang tu sebab tak sama dengan adik dan kakaknya dan kawan-kawan lain di sekolah. Walau pun  rambutnya cantik, tapi dia tak faham  fasal cantik tu, dia nak sama macam kakak dan adiknya! Lagi pulak setiap pagi dia ada masalah nak menyikat rambutnya dengan cepat.

Comel bukan main pakai tudung pegi sekolah, tapi bila balik sekolah waktu tengah hari, cuaca panas terik muka pun naik merah padam dan badan berpeluh-peluh....

...Mama....esok tak nak dah pakai tudung pegi sekolah!
Mama tersenyum melihat keletah gadis kecilnya.



Amazon.com ; Books  -   google search




Come tomorrow dia sendiri nak pakai tudung bila nak ke sekolah...sekarang dah hampir sebulan bertudung dan tak komplen dah! .....

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...