Saturday, February 9, 2013

Amanat Yang Menikam Qalbu



Ada dua amanat yang diberi dalam dua majlis meraikan pengantin di dua tempat yang berlainan -

Ingat noo....bila dah berumahtangga ni, jangan lagi dok pi makan kat kedai - rajin-rajinlah masak kat rumah , orang lelaki / suami makan apa saja yang isteri masak, nasi dengan telur goreng pun rasa sedap bukan main.

( Kalau laki tak cerewet bolehlah masak apa-apa saja, kena yang cerewet, dah lah balik kerja lewat petang dok demand masakan macam yang mak dia dok masak masa dulu-dulu - kari ikan, masak lemak cili api,  ayam goreng berempah , daging bakar  atau lain-lain yang bukan-bukan. Kalau bini cuba masakan tu -  bila tak serupa macam masakan mak dia , mulalah komplen! )

 Sooooooo......the smart wife pretended ada koje banyak kat ofis tak boleh keluar awal - Makan kat luar lah bang kita hari ni!?
Makan kat kedai mamak pandai pulak tak komplen pun......

The doting wife pulak bukan main pulun lagi masak sampai jadi macam masakan mak mertua - just to please the husben! biarlah penat melepek.....masak 2 jam, makan 15 - 20 minit dah selesai.....

Amanat yang lain pulak ialah, bila dah dapat anak tu, janganlah dok pegi tinggai kat rumah mak ( tak kiralah mak suami atau mak isteri ) ...jangan buat lagu tu nooo....kesianlah kat mak ayah - depa dah tua, depa pun dah tak larat dan perlu berihat! hangpa pandai-pandai lah bela anak hangpa sendiri

( Kalau terdesak tu ok , sekali sekala takpe , tapi kalau mak dah jadi macam orang beranak kecik........ bo patut maaa...... )
Kalau mak bapak memang volunteer nak jaga cucu , itu lain cerita !


2 comments:

whm6840 said...

Saya sangat setuju amanat no 2. Tunggang terbalik pun, jagalah sendiri.
Amanat no 1.. mohon sangat sokongan suami dan flexibility. Janganlah 'over-do' mintak gulai ketam pukul 9 malam bila sampai rumah lepas kerja. I'll just say :"Ketam your head!"

Kerabu Jantung said...


no 2 - belajar susah senang hidup berkeluarga, kan?

no 1 - hahaha...!