Wednesday, February 13, 2013

Dah Tak Kuasa


Saya bertemu dengan rakan-rakan lama di sebuah majlis perkahwinan - kami bertanya kabar ,  semua ingin tahu apa aktiviti masing-masing selepas pencen.

Seperti biasa ramai yang pergi ke kelas-kelas pengajian di masjid dan surau, ada yang meneruskan bisness mereka, ada juga yang menjaga cucu. Bila ditanya fasal cucu, mereka begitu gembira kerana dah menimang cucu dan berpeluang menjaga cucu! Ada jugak yang naik jeles sebab cucu tidak tinggal bersama, ada juga masih belum bercucu walau pun dah ada menantu!

Bila kami berjumpa lagi dua tahun kemudian, cerita lain pulak yang timbul......
Cucu dah besar?
Dah besar, I dah tak jaga cucu dah..
Ye ke?
Oi, tak larat dah nak jaga cucu, dah dua dah.. ...bukan apa, masa solat pun dah tak tentu kalu,  kadang-kadang  dah nak masuk pukul 4 baru dapat solat zohor!
Kenapa macam tu pulak?
Yelah bukan senang jaga budak kecik. Kita ni tertengok-tengok jam  tunggu mak ayah balik ambik anak-anak mereka. Takde rihat langsung dari pagi sampai ke petang.....
Anak-anak  pulak take their own time, jalan-jalan dan makan kat luar dulu , malam baru balik
Lama-lama I suruh dorang bela sendiri anak depa!
Hah pandai pulak cari nursery, cari  tukang jaga, cari maid nak bela anak!

Oooo......begitu pulak.....


No comments: