Saturday, February 23, 2013

Kisah Isteri Empat





Dalam satu majlis tazkirah seorang pendakwah bebas yang berumur dalam lingkungan 30an - antara lain mengatakan bahawa dia mempunyai 4 orang isteri, dan dia paling sayang isteri pertamanya, apa sahaja kehendak isteri paling mudanya dia akan bagi, nak apa saja dia akan tunaikan, shopping? saya bagi duit sebanyak mana yang dikehendakinya.

Isteri ke duanya dan ketiganya pula mendapat  kurang sikit kasih sayang dan kebendaan jika berbanding dengan isteri ke empatnya. Sementara isteri pertamanya terus tak dipedulikan , sebab dia..........( boleh bagi sebab-sebab sendiri ).

Ramai jemaah wanita menjegil  mata dan mula mereka-reka cerita dalam hati - pendakwah apa macam tu, nampak alim tapi ...pet pot, pet pot ....meluahkan rasa tak puas hati terhadap ustaz yang berkahwin 4 tuh!.

Ustaz meneruskan tazkirah, satu hari saya nak test isteri saya, yang manakah yang lebih sayang pada saya
Mula-mula saya tanya isteri ke 4 , kalau abang mati sanggupkah sayang mati bersama?
No way, I'm still young and I have all the chance to marry again .
Isteri ke 3 pula kata  dia hanya boleh ikut sampai ke kubur sahaja
Isteri ke dua pulak kata dia nak ikut , tapi hanya sampai ke bank saja
Tetapi isteri pertama paling baik, paling ikhlas dan paling sayang pada saya dan sanggup ikut masuk kubur bersama saya.

Salah seorang anak muda yang masih bujang yang mendengar tazkirah dengan penuh kusyuk tiba-tiba bertanya - confused,
Betul ke Ustaz ada 4 isteri?

Ustaz pun dengan senyum lebar memandang tepat ke arah  pemuda itu, lalu memberi huraian..........SEBENARNYA..... ..................


to be cont.... ( yeah, bagi suspense sikit....).

No comments:

Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...