Sunday, March 3, 2013

Anak Dara Terbolah.....2



Hidup dengan orang prim and proper ni  susah jugak dan boleh membawa stress dan boleh menjauhkan orang dan mengurangkan kasih sayang dan kemesraan..

Jadi alkisah yang ke-2 ni pulak berkenaan dengan keluarga yang prim and proper . Bila papa nak makan, anak tak boleh duduk semeja, nanti budak-budak makan bersepah dan buat hingar bingar. Jadi bagi anak-anak makan dulu, kemudian buat hidangan lain untuk the master of the house. Anak-anak tak pernah bermanja dan bermain dengan bapa, akhirnya bila tua - doklah dia tercokoh sorang-sorang anak-anak takde yang  datang dekat dan  bertanya kabar.

Ghoyak doh ke? orang lagu tu akhirnya hidup miserable bersendirian.

Alceriteranya lagi, keluarga ni ada tanah wakaf untuk perkuburan bagi semua ahli keluarga dan sanak saudaranya ( yang bersebelahan pulak dengan kubur orang yang ramai-ramai lainnya ). Depa menggali sebuah telaga untuk kegunaan bila menziarah kubur. Telaga tu pulak dibuat pagar dan dikunci, takut orang yang ramai-ramai lain tu mari ceroboh dan mengotorkan kawasan dan mengurangkan air telaga depa!
 
Almelepatlah pulaknya, maka pada suatu hari, ramai-ramai depa datang nak menziarah kubur, tiba-tiba si  pemegang kunci perigi tadi buat loklak terlupa nak bawak anak kunci, bila nak siram kubur, tak dapatlah nak ambil air. Habis loktang master and madam! nak balik ambik kunci, rumah pulak jauh dari kubur.....

Semoga mereka rasa sebagaimana orang lain rasa, ada perigi tapi tak boleh ambil air........adenye!

No comments: