Friday, March 15, 2013

Dah Tak Boleh Kata Apa!



Suatu hari seorang kawan menjemput saya ke majlis kesyukuran anaknya, tetapi saya tak dapat hadir. Apabila bertemu semula dengan kawan ni, saya bertanya kabar tentang majlis anaknya tu. Dia kata anaknya mengadu penat kerana macam-macam benda kena buat sendiri, pilih caterer, pilih menu, food tasting, cari ustaz nak buat tahlil, beli cendera hati dan sebagainya. Dia tergelak aja , biarlah anaknya belajar , selama ni dia yang menguruskan semuanya, sekarang baru  anak dia tau tak semudah itu nak mengadakan majlis tak kira kecik atau besar!

Setelah selesai kenduri, anaknya mengadu lagi, mak maaflah tak sempat nak simpan lauk untuk mak! Walau pun dia dah order lebih untuk mak dan neneknya makan  malam, tapi bila kenduri habis, nasi dan lauk pauk telah habis di tapau tanpa disedari olehnya. Bila nak pergi ambik tinggal periuk kosong!

Bukanlah nak kata, tapau menapau ni memang dah jadi lumrah, pendek kata, bila habis makan je, masing-masing ( dengan memandai-mandainya ) sibuk pula membungkus untuk dibawa balik ke rumah . Walau pun majlis orang, tapi buat macam hak sendiri , dah makan kenyang nak bawak balik pulak kat anak cucu dan tok nenek yang di rumah ( tak mintak dah, main ambik je! ) -  walau pun makanan banyak but that's not for us to take home suka-suka hati !  Mungkin ada lagi kawan-kawan atau sedara mara tuan rumah yang belum sampai.

Orang tua-tua dulu sangat peka dengan hal jemputan ni, kalau jemputan untuk lelaki , isteri tak pergi, kalau jemput suami isteri , anak-anak tak bawak ( melainkan jemputan untuk sekeluarga ), bawak balik makanan pun kalau tuan rumah bagi.

Ramai juga kawan-kawan sedar akan hal ni, tapi masing-masing tak berani bukak mulut. Ada juga depa rancang nak suruh ustaz ustazah buat satu tazkirah khas tentang adat bertamu - tapi hingga kini tak kesampaian lagi!


2 comments:

L said...

nice share kak! boleh bagi and tegur2 tuk kwn2 or org lain.

Kerabu Jantung said...

tq L!

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...