Tuesday, March 5, 2013

Jom Kuching!



Beautiful Life kata kalau mak nak jumpa kawan lama jomlah ikut pegi Kuching . Jadi pegilah kita ni ke Kuching naik AA the Everyone Can Fry flight  mengekori dari belakang.....



 Beautiful Life sibuk buat koje....







Dah lama tak jumpa Neni., sembang panjang , bukak cerita lama dan cerita baru...

Dalam pada tu ada jugaklah  melepat sesikit  tentang AA .( kalau orang kaki panjang tak boleh naik AA lebih dari 2 jam sebab ruang kaki yang begitu sempit ) . Semoga TF naik AA dok ekonomi kelas yang  memakan masa 3 atau 4 jam - bagi cramp kaki dia ,biar dia tahu siksanya orang naik kapalterbang dia tu!

TF ada naik AA bawak member-member dia pegi tengok tennis tournament di Melbourne tak lama dulu. Depa  duduk seat merah, tak lah tersiksa sangat dia . Bagi orang-orang yang berkaki panjang dan orang yang pakai baju saiz xxl ke atas dok pulak di seat yang takde cover merah, akan mendapat penderaan fizikal sepanjang perjalanan tuh!

Untung dah banyak , apa kata diluaskan sikit ruang kaki tu........  penumpang pakat-pakat naik kapal terbang ramai-ramai  ( la ni pun meriah bukan main terminal tambang murah tu )-  AA bertambah maju dan TF masuk dalam Forbes Lists......win-win maaa....

No comments: