Tuesday, April 9, 2013

BR1M




Pada 2007 dulu ramai orang tak puas hati sebab tak dapat bonus yang mereka nikmati tiap-tiap tahun. Sedara mara yang susah merungut-rungut sebab apa takde bonus , depa kata bonus rm500 yang kerajaan  bagi jadi tali penyelamat yang terakhir yang depa boleh bergantung, sebab akhir tahun banyak nak belanja, anak-anak sekolah kena siap uniform, duit buku , yuran itu ini dan segala kelengkapan lain . Walau pun 500 tu tak cukup nak cover semua, tapi sekurang-kurangnya ada duit dalam tangan nak pegi kedai beli baju dan kasut sekolah serta alat tulis.

Memang betul, kalau nak tolong orang susah , duit cash yang paling ideal - sebab ia dapat menyelesaikan sedikit sebanyak masalah mereka.

Dulu-dulu saya belajar dengan kawan-kawan yang lebih senior, kalau hadir majlis nikah kahwin tak bawak hadiah dalam kotak besar-besar pun takpe, bagi hadiah duit je , mereka boleh gunakan mengikut keperluan . Kalau bagi hadiah lain , mungkin mereka tak perlu sangat, bayangkan kalau dapat 5 biji periuk nasi, 10 blender , 10 dozen gelas nak buat apa?

kalau kita ada anak perempuan janganlah letak harga yang begitu tinggi sebagai hantaran. Naya bakal menantu nak mencukupkan permintaan bakal mertua ( nak  memenuhi keegoan bakal mertua ). Pendek kata kenalah sedar, kalau menantu lelaki susah anak perempuan kita pun turut sama menerima padahnya!

1 comment:

Kerabu Jantung said...

Pemberian brim sekarang dah dipolitikkan - dah jadi macam najib berbudi pada rakyat...