Saturday, April 13, 2013

Iboh Plente-Plente!




Sekarang ni banyak benar x-rated video ditayangkan - pelaku utamanya ialah politicians!

Expose mengekspos ini akan membawa dendam yang berpanjangan  dan akan menjadi mainan bila dekat pilihanraya. Mangsanya pulak tak kira siapa...( yang terlibat dalam politik ). Iboh plente-plente -  pelanduk boleh lupakan jerat tapi jerat takkan lupakan pelanduk!

Orang- orang yang bergelar pemimpin atau berhajat nak jadi pemimpin - kena pandai jaga diri,anak dan isteri supaya tidak menjadi bahan fitnah dalam masyarakat. Anak isteri pulak usahlah  melobih -lobih - mata orang dok terbuka, telinga mendengar - tambah pulak ada mulut celupar yang tukang pukul canang....


Sekarang ini maklumat baik atau buruk cepat tersebar di alam maya. Kalau dah jadi pemimpin, kena kerja sungguh-sungguh, jangan dok mengeram memanaskan kerusi Parlimen atau DUN. Kalau dah lama sangat dok atas kerusi , bagilah peluang orang lain pulak.....

 Pendek cerita pemimpin mesti jujur dan amanah dan mendahulukan kepentingan negara dari diri dan keluarga sendiri. Panjang cerita, buat tak betul kalu....sendiri mau ingat!

Ada yang bersungguh-sungguh melobi nak jadi pemimpin ( kalau tak bagi naik loktang ). Bila dah dapat jadi pemimpin, janganlah pulak dicampakkan kepimpinan ke dalam longkang !

Kesian mokcik-mokcik teruk-teruk gi pakoh puok demo , bilo menae gi buat kok se!


No comments: