Friday, April 19, 2013

Round Satu Dunia !


Tengah-tengah baca  Al Fatihah teringat kain dijemuran, dah angkat ke belum, petir dah berdentum hujan mungkin turun tak lama lagi. Mungkin juga hujan tak turun...sambung baca surah Asy Syamsi , best surah tu.

Teringat kisah masa bersembang dengan seorang kawan, dia kata boss dia pernah sabotage kertas kerja dia hingga menutup peluang dia naik pangkat. Dia pun baca doa dalam surah Asy Syamsi , sekarang ni ex boss dia dapat musibah besar kerana dituduh makan rasuah.

I takut sebab doa tu dia kena musibah..
Musibah tu dia cari sendiri.....apa pulak takut bukan you doa bagi dia kena gelek stemrol!

Dalam pada tu I teringat pulak zaman I sekolah dulu, ingat kawan-kawan masa kecik, pergi cari buah kemunting di belakang rumah. Malam raya main mercun dengan bunga api.

Lepas tu I  teruskan lagi baca Al Fatihah dan ingat lepas ni nak baca surah Al Ikhlas pulak, tengah dok baca teringat fasal padang pasir - susah jugak orang dok di padang pasir, air takde, kedai runcit pun takde...

Subhaana Rabbiala'la wabihamdih, subhana......

Astaghfirullah! Rakaat yang ke berapa dah ni?




2 comments:

ngasobahseliman said...

Kadang-kadang I pun gitu. Semoga Allah mengampuni....

Kerabu Jantung said...


Kena lawan betul-betul sebelum salam akhir . Kalau tidak kita kalah!

Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...