Thursday, May 30, 2013

Terus Bawak Masuk Ku......




Dengan tiba-tiba saya demam kuat dan sakit urat selama 2 hari berturut-turut - terbaring , tak lalu makan dan minum.

Ustaz, esok akak tak dapat talaqqi sebab kurang sihat
Takpe kak esok saya pun kena pegi hospital , nak kena check darah,  kak sakit apa?
Demam kuat, akak ingat dah nak mati dah....
Betullah tu..
Ye ke? tu tanda dah nak mati ke?
Betullah tu...kalau sakit ingat mati, bila sakit Allah bagi peluang lagi ke kita untuk bertobat. Kalau  bedebuk jatuh terus mati , orang pun terus puk masuk dalam kubur...dok dang nak kata  ape doh! Tu lagi susah!

Mujur jugak teringat nak tanya kalau orang sakit teruk tak boleh bergerak, kena solat hormat waktu saja ke?
Jangan solat hormat waktu, bila sakit lama, teruk nak qada. Kena solat betul dengan berwuduk, suruh sesiapa ambilkan wuduk sehabis ringkas dan solatlah cara orang sakit
Tak boleh tayamum ke?
Kena pakai air, kecuali kalau anggota wuduk tak boleh kena air. 

Tuesday, May 28, 2013

Semuanya Hilang Lenyap Di Mata...2




Bila saya masuk sekolah menengah di Kuantan ( tahun 60an ), setiap cuti hari jadi Tuanku saya akan pegi ke Pekan ke rumah Su Siah. Rumah Su Siah terletak ditepi padang polo. Kebetulan masa tu Nor pun ada di situ. Jadi setiap petang kami akan pegi tengok orang main polo. Ada beberapa pasukan polo yang bertanding, yang saya ingat selain dari pasukan polo Tuanku ada juga team polo dari Pulau Pinang, Manila dan Singapura.

Tiba-tiba Nor yang menghilang entah ke mana tadi datang beritahu saya....
Kak Mah.. orang tu dia kata dia orang Penang ( dah lupa nama dia )dia tanya Nor cucu mak tok ke?, dia kata kirim salam pada Batin Asiah .
Hahaha.....amendelah engkau Nor, ada pulak batin - batin tu Tok penghulu orang Asli! 
Walau pun diterangkan tentang kedudukan Su Siah ,Nor masih dok blur lagi tak tahu nak bezakan antara batin dan datin. - masa tu  Nor baru darjah 4 sedangkan saya sudah berada di tingkatan 5.
.
Selepas arwah Su Siah meninggal dunia , Kak Nyah  berkahwin dan memulakan hidup berkeluarga di Rompin. Rumah banglo papan warna cream di tepi padang polo tu diserahkan semula pada Tuanku . Tak lama kemudian rumah itu dirobohkan dan kawasan rumah dijadikan padang  kuda exercise.

Pada tahun 80an, kak Nyah juga telah meninggal dunia - segala keseronokan dan kemeriahan sambutan hari jadi yang disertai pesta untuk rakyat kini  hanya tinggal kenangan! Kalau pegi ke Pekan pun dah tiada apa lagi yang ada sebagai ingatan, tiada orang yang dikenal dan tiada saudara mara di situ.

Sunday, May 26, 2013

Semuanya Hilang Lenyap Di Mata



Pada tahun 1950 - 1960an dulu Rompin hanya kampung nelayan yang kecil, ramai yang hidup miskin, apabila Rompin Mining Co di Bukit Ibam dibuka barulah ramai yang dapat pekerjaan tetap.

Sebagai Tok Penghulu rumah Pak Andak akan gilang gemilang setahun sekali - sebab masa tu Tuanku akan turun mencemar duli melawat Rompin, Bukit Ibam dan Kampung Aur. Mak Cik Yang pernah bawak saya ke rumah Pak Andak bila Tuanku datang. Saya masih ingat hari itu saya pakai baju kurung sulam warna pink . Selepas Tuanku habis santap Mak Cik Yang ambil leftovers beefsteak bagi saya rasa....

Selepas jalanraya diperelokkan, Tuanku tidak lagi beradu di rumah Pak Andak.

Semasa kesibukan dan kemeriahan di rumah Pak Andak kebanyakan orang kampung tak perasan pun ( sebab rumah jauh dari orang ) mereka tahu Tuanku melawat Rompin, tapi tak tau detail..atau tak kisah.Sepupu-sepupu saya yang lain pun takde peluang nak pegi - tapi kami ada hari kami bermain-main dan makan nasi di rumah Pak Andak.

Kini rumah Pak Andak dah tiada ( setelah kematiannya Makchik Nab pindah ke rumah lain  ) , begitu jugak rumah kayu Mak Cik Yang yang tersergam kini dah tinggal tunggul sahaja. Segala keseronokan, kehebatan dan kemeriahan gesekan biola dan petikan double bass di tahun 60an dulu sudah tiada meninggalkan bekas lagi. Ia hanya tinggal sebagai kenangan dan benar-benar menginsafkan saya bahawa semua yang ada didunia ini tidak kekal, yang kekal hanya Allah SWT!

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ibu saudara saya yang sangat saya kasihi - dialah yang mengajar saya cara-cara bersolat dan mengajar saya supaya beradap dengan orang..

Thursday, May 23, 2013

Tok Chek , The Empress Dowager











Pada tahun 1960an dulu Tok Chek memang hebat orangnya - pakai gelang emas hampir sampai ke siku, tak masuk lagi rantai emas berlapis-lapis dan cincin pelbagai bentuk. Pendek kata dia sentiasa bersiap, gelang tak pernah lucut dari tangan ,baju kebaya kasa rubia dan kain batik yang sewarna dengan baju.

Tok Chek tak pernah buat kerja  kat rumah sebab madu dia ( yang tinggal serumah ) yang menguruskan segala-galanya, dari pergi pasar sampailah memasak dan menghidang makanan. Kalau pergi majlis keramaian atau kenduri kendara dia akan berjalan di depan dengan Tok Haji, madu dia yang masih muda tu mengekor dari belakang. Kalau duduk dalam majlis Tok Haji dok di tepi, Tok Chek dok di tengah dan madu duduk di sebelah Tok Chek. Memang tak kasi chance punya!

Cuma Tok Chek kalah satu je, madu masih  bergetah Tok Chek dah expired .....






Tuesday, May 21, 2013

Cats All Over The World!








Identical twins?


These kittens reside in Tanah Kanggaroo









Meowing in Aussie Twang eh?...






Friday, May 17, 2013

Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi



Benteras rasuah hingga ke ajar umbi!

......dengan apa cara sekali pun kalau nak rakyat menaruh kepercayaan pada kerajaan.

Sanggupkah seseorang yang melakukan kesalahan memakan riba' atau pun makan rasuah  apabila mereka sedar  dan insaf  di atas segala kesalahan yang telah dilakukan mereka pun memulangkan balik harta / wang yang diambil  dengan  jalan yang salah itu?

Kalau seseorang makan harta dengan cara yang salah atau  makan rasuah tapi terlepas dari hukuman ( sebab tak cukup bukti ), diambil  jadi  pemimpin sudah tentulah akan membawa fitnah dan bencana pada orang yang dipimpinnya. Tambahan pulak kalau depa buat selamba derk je,  tak mengaku dan tak rasa bersalah - tidaklah layak mereka digelar pemimpin ( tak kira pemimpin kecik atau besar )

Kalau lembik dan penakut tak boleh jadi!



Wednesday, May 15, 2013

Ewah.......










Apabila bersembang ramai-ramai macam-macam cerita keluar, antaranya.......

I tak macam you, pagi-pagi dah baca surat kabar dan tengok tv...I tak bolehlah nak tengok tv awal-awal, I mesti buat gardening, kalau tidak badan ni sakit-sakit dan jadi lemah...

Ustazah  kata  dari kita sibuk membelek pokok bunga, lebih baik kita berzikir , lagi banyak dapat pahala..

I pagi-pagi suka dengar rancangan  Tanyalah Ustaz , banyak yang kita dapat maklumat dari situ. You tak tengok ke?

Errr..ttak...

Rugilah you tak tengok, I tak pernah miss..

Tapi Ustaz I kata, kalau nak belajar ilmu paling baik pegi majlis ilmu - di surau atau masjid atau lain-lain.  Di masjid kat kawasan rumah I tu tiap-tiap hari ada majlis ilmu. I ni baru balik dari kelas Ustaz M, nanti pukul 3 nak pegi kelas harfiah pulak!

I bukan apa  - malas dah nak pegi masjid atau surau, dulu-dulu I dah pegi belajar tapi yang diajar yang itu,itu jugak pusing balik-pusinga balik !

 La ni I pegi talaqqi kitab Ihya Ulumuddin.....

Oii...tingginya you mengaji....
































Monday, May 13, 2013

Abe Leh Jatuh Tergolek!






Kak Senah terperanjat besar bila mendapat tahu Abe Leh  dapat penyakit darah tinggi dan kencing manis yang dah melambung tinggi, kolesterol toksah cakaplah, tiap-tiap hari makan masak lemak sehabis-habis lemak.  Mulalah dia buat pembetulan pemakanan Abe Leh - kurang garam, kurang gula, kurang lemak!

Oleh kerana semua makanan tak berperisa, Abe Leh berjalan terhuyung hayang - makan nasi dengan sup dan ikan bakar , makanan orang sakit tu, rungut Abe Leh. Air teh kosong, gula secubit je? Kak Senah kontrol habis, Pak Leh tak boleh curi-curi makan atau pegi minum di kedai kopi sebab setelah pencen kad ATM dia Kak Senah yang pegang!

Lain pulak dengan Peah, oleh kerana dia sakit hati tok laki dia nikoh lain, setiap kali tiba gilirannya dia akan masak lauk sedap-sedap - ayam percik, kerutuk daging, biar tok laki dia makan banyak ( pada hal tok laki dia ada penyakit jantung ). Lepas tu tambah lagi dengat dessert yang manis-manis. Akhirnya tok laki dia tanya....
Peah nak suruh Abe cepat mati ko?.......










Saturday, May 11, 2013

Kenduri Kendara



Ramai yang kata kalau kita buat kenduri besar, walau macam mana kita buat bagi elok mesti ada cacat celanya. Hidang makanan yang sesedap mana pun mesti ada yang tak menyukainya. Sebab tu ramai yang kata, bagi makan pada kanak-kanak dan orang miskin lagi baik, mereka akan makan apa yang dihidangkan dan tidak akan komplen!

Untuk menjamu kanak-kanak kena pilih makan kesukaan mereka. Beri mereka makan yang elok-elok. Walau pun mereka kanak-kanak tapi mereka peka pada makanan yang sedap dan yang tak sedap. Jangan terperanjat kalau bila kanak-kanak makan tiba-tiba mereka meluahkan makanan itu, atau buang terus atau terus kata, tak sedaplah!

Dalam sebuah majlis walimatul urus seorang tetamu mengatakan bahawa melalui pengalamannya,  tetamu yang datang  memang looking forward nak makan nasi kenduri  - jadi makanan yang disediakan kena sedap. Ramai juga yang mementingkan aspek hiasan tapi tidak mengambil berat tentang mutu makanan.

Mungkin makanan yang dihidangkan itu tidak memenuhi citarasanya - atau mungkin jugak ada kebenaran dalam apa yang dikatakan tu!



Monday, May 6, 2013

Coffee Addicts




Pegi Kemamang , singgah di Hai Peng, pekena kopi kaw






The kopitiam type of coffee cup - made in China






Kopi O with some toasted bread- is a must!








Buy some coffee beans to take home.


Kalau ada orang kita boleh maintain kedai kopi macam ni kan elok! Jual macam-macam jenis air kopi dan juga teh, buat roti bakar, ada nasi lemak bungkus kecil dan sedikit kuih-kuih manis . teh kopi pulak sama standad macam coffee house.......wah...best tu!



Saturday, May 4, 2013

Pakat Turun Ramai-Ramai.....













Jangan pilih orang yang tak amanah!



5hb Mei.....pegi awal pagi, kalau petang takut hujan ribut. Gombak ni very notorious petir dan guruh bila hujan nak turun!









Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...