Monday, May 13, 2013

Abe Leh Jatuh Tergolek!






Kak Senah terperanjat besar bila mendapat tahu Abe Leh  dapat penyakit darah tinggi dan kencing manis yang dah melambung tinggi, kolesterol toksah cakaplah, tiap-tiap hari makan masak lemak sehabis-habis lemak.  Mulalah dia buat pembetulan pemakanan Abe Leh - kurang garam, kurang gula, kurang lemak!

Oleh kerana semua makanan tak berperisa, Abe Leh berjalan terhuyung hayang - makan nasi dengan sup dan ikan bakar , makanan orang sakit tu, rungut Abe Leh. Air teh kosong, gula secubit je? Kak Senah kontrol habis, Pak Leh tak boleh curi-curi makan atau pegi minum di kedai kopi sebab setelah pencen kad ATM dia Kak Senah yang pegang!

Lain pulak dengan Peah, oleh kerana dia sakit hati tok laki dia nikoh lain, setiap kali tiba gilirannya dia akan masak lauk sedap-sedap - ayam percik, kerutuk daging, biar tok laki dia makan banyak ( pada hal tok laki dia ada penyakit jantung ). Lepas tu tambah lagi dengat dessert yang manis-manis. Akhirnya tok laki dia tanya....
Peah nak suruh Abe cepat mati ko?.......










No comments:

Dalca Yang Paling Berdalca

 Masa anak-anak kecik kami kerap berpindah randah - dari satu negeri ke satu negeri. Setiap sebuah negeri kami tinggal selama 3 tahun - pali...