Wednesday, May 1, 2013

PRU 13!





Semoga Pru 13  menjadi satu permulaan untuk benar-benar Berani Berubah!

Jika BN menang, Umno kena tukar baju, dari baju sutera kepada baju cotton. Orang ramai selama ni kurang gemor  imej elit pemimipin-peminpin parti tak kira pemimpin kecik atau pemimpin besar. Lagi pulak  namanya pemimpin rakyat, buat apa nak tunjuk agah, tunjuk kaya dan tunjuk  gaya kat rakyat  - kan?

Rasuah kena dibanteras betul-betul - full force supaya orang tak boleh melabelkan kerajaan rasuah. Semua jenis rasuah kecik besar jangan dianggap sepi, hatta walaupun seorang kontraktor dengan berbesar hati membiayai pemimpin untuk pegi  buat ibadat dengan pakej yang mahal sekali!

Kalau jadi pembangkang, jadilah pembangkang yang terhormat - bukan pembangkang yang dok asyik berceramah nak menjatuhkan kerajaan. Macam mana nak dapat sokongan semua orang  kalau jadi popular dengan cara begitu!  Kalau setakat menjerit-jerit bawak sepanduk......budak sekolah pun buleh!

Tugas pembangkang ialah untuk check and balance bukan dok kondem kerajaan dari A sampai  Z dengan menanam sikap penuh kebencian dalam hati rakyat . Sedangkan tak nampak apa pun usaha yang dibuat pembangkang  untuk memakmurkan negara.   Kalau nak mendapat sokongan tunjukkan kebolehan dan buat jasa dulu supaya orang ramai lebih yakin pembangkang lebih baik dari kerajaan!





I'm all for blue!


Alohlah Tenaga, bila gak nak bagi comel sikit tiang letrik tuh! Berseranggah dengan wayar  kona sana kona sini!



No comments: