Thursday, May 30, 2013

Terus Bawak Masuk Ku......




Dengan tiba-tiba saya demam kuat dan sakit urat selama 2 hari berturut-turut - terbaring , tak lalu makan dan minum.

Ustaz, esok akak tak dapat talaqqi sebab kurang sihat
Takpe kak esok saya pun kena pegi hospital , nak kena check darah,  kak sakit apa?
Demam kuat, akak ingat dah nak mati dah....
Betullah tu..
Ye ke? tu tanda dah nak mati ke?
Betullah tu...kalau sakit ingat mati, bila sakit Allah bagi peluang lagi ke kita untuk bertobat. Kalau  bedebuk jatuh terus mati , orang pun terus puk masuk dalam kubur...dok dang nak kata  ape doh! Tu lagi susah!

Mujur jugak teringat nak tanya kalau orang sakit teruk tak boleh bergerak, kena solat hormat waktu saja ke?
Jangan solat hormat waktu, bila sakit lama, teruk nak qada. Kena solat betul dengan berwuduk, suruh sesiapa ambilkan wuduk sehabis ringkas dan solatlah cara orang sakit
Tak boleh tayamum ke?
Kena pakai air, kecuali kalau anggota wuduk tak boleh kena air. 

No comments: