Thursday, May 23, 2013

Tok Chek , The Empress Dowager











Pada tahun 1960an dulu Tok Chek memang hebat orangnya - pakai gelang emas hampir sampai ke siku, tak masuk lagi rantai emas berlapis-lapis dan cincin pelbagai bentuk. Pendek kata dia sentiasa bersiap, gelang tak pernah lucut dari tangan ,baju kebaya kasa rubia dan kain batik yang sewarna dengan baju.

Tok Chek tak pernah buat kerja  kat rumah sebab madu dia ( yang tinggal serumah ) yang menguruskan segala-galanya, dari pergi pasar sampailah memasak dan menghidang makanan. Kalau pergi majlis keramaian atau kenduri kendara dia akan berjalan di depan dengan Tok Haji, madu dia yang masih muda tu mengekor dari belakang. Kalau duduk dalam majlis Tok Haji dok di tepi, Tok Chek dok di tengah dan madu duduk di sebelah Tok Chek. Memang tak kasi chance punya!

Cuma Tok Chek kalah satu je, madu masih  bergetah Tok Chek dah expired .....