Sunday, August 25, 2013

Baca Hati...






Masa saya kecik, Tok Chek selalu ambik saya bawak balik ke rumah dia. Emak pun tak kesah, katanya biarlah saya tidur rumah Tok Chek sebab boleh buat teman Kak Ya  ( yang 10 tahun lebih tua dari saya ). Lagi pulak sekolah lebih dekat dari rumah Tok Chek dalam 5 minit perjalanan. Saya sungguh rasa tak gembira, walaupun makan minum cukup, dapat pakaian cantik - cantik.  Masa umur 9 tahun dapat  silk scarf dan baju Swiss cotton . Masa kecik tak faham ape ke benda silk dan cotton tu, lagi pulak hati tak suka tinggal di situ , dapat macam-macam pemberian pun tak bermakna.

I was so miserable and so missed my parents , kadang-kadang curi-curi balik ke rumah ( rumah tak berapa jauh, jalan kaki dalam 15 minit je ) . Mujurlah tak lama  kemudian Kak Ya berkahwin dan mengikut suaminya  pindah ke tempat lain - dan membawa bersama-sama Tok Chek pergi.

Dalam satu situasi lain pulak seorang kanak-kanak yang disayangi neneknya lebih dari adik beradiknya yang lain , diambil tinggal bersama neneknya. Suatu hari  dia bertanya neneknya, bila papa nak balik ( masa tu papa dia ke luar negara buat keja  ).  Kata dia kalau papa  balik dia nak main badminton dengan papa ( pada hal tak pernah pun main badminton, raket pun takde ). Oleh kerana saya telah mengalami keadaan yang serupa, saya tahu perasaan kanak-kanak tu yang sangat  rindukan keluarga  nak balik ke rumahnya.

Saya cuba bayangkan pada nenek itu, mungkin cucunya dah rindukan keluarganya @ hantarlah dia balik jumpa mak dan adik-adik dia sekali sekala ....

Nenek dia buat blurr je, buat-buat tak faham. Agaknya sebab tak nak berpisah dengan cucu!




No comments:

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...