Tuesday, December 31, 2013

Selamat Atau Tak Selamat Tahun Baru ?




Hari ini 31 December 2013.....

Ramai yang gelisah menunggu detik 12 malam......

Khabar angin mengatakan akan diadakan satu himpunan menjatuhkan kerajaan .

Ramai yang risau ...penjaja-penjaja kecil mungkin kehilangan pendapatan, tidak ada peluang nak menambah pendapatan seperti di tahun-tahun yang lalu..
Peniaga-peniaga besar pula akan kerugian besar kalau kedai ditutup . Kalau lama tak boleh berniaga, pekerja-pekerja kedai mungkin akan dipotong gaji , sebab taukey sulah lugi manyak....
Ibubapa yang nak bawa anak-anak keluar tengok bunga api dan lain-lain perayaan sempena malam tahun baru berasa bimbang nak keluar...
Pemandu teksi hilang pendapatan kalau orang ramai pakat-pakat tak nak keluar..
Orang-orang  macam saya yang tak taksub pada mana-mana pihak rasa geram....apa ke benda nak merusuh nak menjatuhkan kerajaan. Ada banyak lagi cara yang lebih bermaruah yang boleh dibuat jika tak puas hati terhadap pemerintah.

Sementara itu kumpulan yang nak menjatuhkan kerajaan tu pulak tengah berkobar-kobar  semangat - terutamanya golongan muda ...THIS IS IT....mari kita serang, hancurkan , musnahkan segalanya . Bawak semua orang kita , kita mesti..........yeah suka je nak menjahanamkan harta awam dan sebagainya demi perjuangan?

Jangan kita-kita aje yang sedap nak merusuh sedang 'orang lain' dok gelak tengok adegan merusuh kat ruang tamu mereka di depan tv sambil tweet mentweet sesama depa dengan gembiranya....THIS IS IT!

Orang Siam yang dok kat tengah jalan berbulan-bulan tu syok aje menunjuk perasaan nak menjatuhkan kerajaan mereka. Ada pasukan merah, ada pasukan kuning. Bila merah jatuh, kuning naik. Bila kuning naik merah pulak dijatuhkan and it will go on forever. Pendek kata para pendemo yang tidur dijalanan tu makan tanggung berak cangkung - dok melepak kat atas jalan, apa depa peduli.anak bini, tok nenek yang dok kat rumah tu pandai-pandailah nak makan. Atau lebih baik lagi -  bawak semua pegi  berdemo...






Sunday, December 29, 2013

Mulut Cerobeh!





Teringat wayang klasik cerita Hang Tuah bila mulut Mak Inang kena sental dengan tempurung berbulu....

Ada orang bermulut cerobeh, bila cakap ikut sedap mulut , tak takut dosa pahala ( maklumlah dosa pahala tu tak nampak ) - dok cakap  apa yang suka bagi puas hati....

Dalam satu majlis pertunangan yang diadakan secara besar-besaran , ada tetamu yang tak boleh tahan mulutnya dari berkata nista kat tuan rumah....

Heh.... buat majlis besar-besar buat apa , kalau tujuan nak menunjuk buat dosa je, tak berkat...
( Akak oii, dok mencerca orang pun dosa besar jugak )

Rupanya tuan kenduri tu ada 14 orang adik beradik , kalau nak dicampur anak cucu mereka , mak sedara, pak sedara dan anak-anak cucu mak sedara pak sedara lagi, dah 3/4 dari jumlah tetamu yang dijemput. Tambah dengan kawan-kawan dan jiran-jiran semuanya lebih kurang 350 orang tetamu ( termasuk rombongan meminang seramai 40-50 orang ), kira macam mana, nak menunjuk ke?

Ada pulak yang kata kenapa nak jemput semua, jemput sesikit dah lah.....buat kecik-kecik apa salahnya?

Kalau kita dengar cerita tuan rumah pulak.....kita orang adik beradik ramai ni bukan boleh buat kenduri kecik-kecik, keluarga besar mana boleh jemput kak long, kak ngah tak jemput. Dah jemput semua adik beradik, anak cucu pun nak ikut sama....Kak Nor nak bertunang kita orang pun nak tengok jugak!

Kalau jadi tetamu, biarlah berbudi bahasa sikit, kan? jangan nak main terjah dok pegi mengumpat tuan rumah....




Friday, December 27, 2013

Plain Jane



















Bagi orang yang sibuk takde masa nak dok lama-lama kat dapur...
Atau nak maintain berat badan
Atau kolesterol atau gula dalam darah dah naik
Atau yang memang malas nak masak......

...pegi je kedai mamak, beli  dalca (  selalunya  kosong , hanya kuah dal saja )
kemudian, tambah sayur-sayur ikut suka hati, tambah telur ( atau lain-lain kalau suka ).....
pling! dah jadi full fledged dish
boleh makan dengan roti atau biskut atau roti canai....
ikut sukatan badan sendiri!

Cepat ,  murah  dan  mudah!








Wednesday, December 25, 2013

Masakan Orang Rompin








 Ikan bawal belah belakang.....





Di tahun 60an - 80an dulu  ikan bawal hitam sangat murah di Rompin , jadi mak selalu goreng ikan bawal yang dibelah belakang .

Orang dulu kalau masak macam-macam rencah yang dibubuh - cili kering + cili hidup, bawang putih, bawang merah, serai , belacan , buah keras semuanya ditumbuk halus dan ditumis. Masukkan pula asam jawa pekat, garam dan sedikit gula. Awas-awas yang ditumis itu dimasukkan ke dalam ikan yang dibelah belakang  dan digoreng shallow fry -  kalau goring minyak banyak habis terkeluar awas-awas ).

Bila saya masak untuk anak-anak saya, resepi yang begitu complicated saya  dah  slash tinggal separuh iaitu
cili, bawang putih, bawang besar ( senang kupas ) + asam jawa pekat atau perah asam limau , dan garam. Ikan yang dibelah belakng disapukan dengan garam dan kunyit di luar dan di dalam  dan masukkan awas-awas ke dalam ikan . Lepas tu terus goreng. ( ikan kembung dan lain-lain ikan pun boleh juga )

Cepat dan mudah......

Monday, December 23, 2013

Eh, Dah Kena Mandram Ke?






Masa dulu-dulu kawan-kawan saya banyak yang menaruh curiga pada pembantu rumah mereka. Mereka selalu menasihati saya, kalau pergi kerja kunci pintu bilik tidur  supaya pembantu rumah tak boleh masuk bilik kita, takut nanti mereka kenakan kita.

Masa tu saya risau jugak, sebab saya tak pernah kunci bilik tidur saya. Anak-anak saya  suka bermain-main dalam bilik tidur dan mandi dalam bilik air saya bila saya tak ada di rumah. Bagi saya  sebab mereka buat begitu kerana mereka nak rasa dekat dengan saya walaupun saya tak ada di rumah. Saya tak sampai hati kalau anak-anak tak boleh nak masuk bilik saya , seolah-olah macam ada satu dinding memisahkan mereka dengan saya ,  like...oh, bilik mak dan ayah no entry, barang mak tak boleh usik, buku ayah tak boleh main-main atau baca baca. Dalam Islam sendiri hanya waktu tertentu saja yang dilarang masuk ke bilik ibu bapa tanpa izin iaitu selepas Isya' dan waktu Subuh.

Saya pun serabutlah dengan masalah kunci bilik tak kunci bilik nih, tapi suami saya kata kalau pembantu nak mandram kita, tak payah masuk dalam bilik tidur, air minum kita dan makanan yang kita makan hari-hari kat dapur tu, sudah cukup untuk mengenakan kita ( kalau pembantu kita berniat jahat! )


Friday, December 20, 2013

Masakan Orang Rompin!




Antara masakan paling kerap mak masak masa kecik-kecik dulu ialah...........


Ikan Singgang!     








 Ramai orang tak suka ikan singgang sebab plain sangat dan ada yang kata ikan singgang masakan orang malas, macam minum air sejuk je. Tapi saya suka sebab dari kecik dok makan nasi lauk ikan singgang! Ia macam sup herba....

Nak masak pun mudah :

Kepala atau isi ikan tenggiri
Lengkuas beberapa keping
Kunyit hidup beberapa keping
Bawang putih 2 biji - dibelah dua
Asam keping 2
Garam, serbuk perasa ( optional ), cili padi

Semua bahan rebus naik sekali - bila mendidih kuah baru masukkan ikan.

Hidangan sampingan - budu atau sambal belacan . Kalau tak makan budu atau sambal belacan picit  cili api bagi kuah pedas .

Kuah  ikan singgang  takde minyak, takde santan , hanya air semata- mata yang berperisa lengkuas, kunyit dan bawang putih!  Sesuai dengan orang yang banyak lemak........

Tuesday, December 17, 2013

Skandal Kampung





Masa kecik dulu kami berjiran dengan keluarga Ah Lek - isterinya kita panggil Mek Teh dan mereka ada seorang anak perempuan yang sebaya dengan saya ,namanya Abi ( mungkin Ah Bee ).

Setiap petang kami main bersama, kadang-kadang waktu makan kami makan bersama di atas pangkin, saya makan nasi saya dia makan nasi / bubur dia ( dalam mangkuk ) Abi duduk dalam rumah keluarga - extended family, ada tok, pak sedara dan mak sedara serta anak beranak mereka sekali. 2 orang papak saudara Abi jadi kaya raya kerana jadi supplier barang-barang makanan dalam tin, arak dan lain-lain ke Bukit Ibam ( yang masa tu ada kompeni lombong bijih ).

Masa saya sekolah darjah dua kami pindah ke rumah baru dan Abi juga telah pindah keluar dari rumah keluarga dan tinggal di rumah kedai.

Masa Rompin jadi makmur kerana pembukaan lombong bijih besi, mak Abi buka sebuah restoran - yang menjadi tumpuan semua orang yang bekerja ( orang yang tak kerja takdok pitih nak makan kat restoran! ). Abi pulak dah anak dara dan ada rupa ( hidung mancung sikit dan mata pun tak berapa sepet ) jadi cashier dan juga pelayan ( dulu orang luar tak diambil untuk bekerja dalam restoran - kalau ada pekerja pun untuk basuh pinggan dan kemas meja! )

Punyalah laku restoran tu bukan main , pegawai Melayu ramai yang makan di situ ( takde masak babi ). Saya tak tau rupanya Abi jadi tarikan utama di situ dan ramai lelaki tak kira toke Cina atau pegawai Melayu tergila-gilakan Abi. jadi ramailah yang bertunggu bertangga kat restoran tu adanya.....

Pernah terdengar mak dan Chek ( mak sedara ) bercakap...aka buat lepat
Neng Kho ( Mek Teh ) tu  dok jual anak dia.......
Mak dan Chek panggil Mek Teh dengan nama sebenarnya.

Orang Melayu panggil mak Abi Mek Teh, orang Cina panggil mak saya Ah Teh ( sebab nama mak Putih )





Sunday, December 15, 2013

Tabiat Lama Susah Dibuang.









... orang kita pun banyak kelemahan yang boleh diperbaiki kalau kita bersungguh-sungguh berusaha. Kita takde masalah meludah merata-rata atau mengorek hidung depan orang - tabiat begini agak susah nak diubah .

Baru-baru ni saya bertemu dengan dua orang kawan lama yang sedang bertugas di dalam AJK jamuan , mereka sedang  sibuk berbincang tentang menu dan hidangan makanan...

Kita mintak caterer buat hidangan buffet......
Eh...jangan...tak payah buffet , nanti orang beratur panjang ambik masa lama....
Takpe, kita buat 2 buffet station ,  taklah berebut sangat..
Buat buffet bahaya sikit nanti lauk tak cukup, kalau orang ambik lebih orang belakang tak cukup lauk , tinggal nasi dengan kuah je...
Eh takkanlah gitu pulak..kita hidang ayam dan kambing,  kalau orang tak makan ayam mereka boleh makan kambing, kalau yang makan kambing tak payah ambik ayam ( hidangan yang dipilih - briyani kambing, briyani ayam - either or kan? )..
Kalau hidang .nanti ada orang nak rasa semua yang ada.......lebih baik kita suruh katerer pack dalam bekas polisterin, sorang ambik satu.....takde masalah beratur panjang dan tak cukup lauk...


Memang pun berlaku ambik makanan lebih dari yang sepatutnya. Nampak makanan banyak terus naik tamak, ambik banyak-banyak ( lepas tu tapau pulak apa yang ada ) . Pernah seorang yang membasuh pinggan waktu kenduri memberitahu......
Sayang tengok banyak lauk pauk yang membazir . Ayam , daging - tergolek atas pinggan  terpaksa dibuang begitu saja - nak ambik pun tak boleh sebab dah kena gigit sana sikit, sini sikit ....






Thursday, December 12, 2013

Clash of Civilizations





The clash of civilizations that is happening around the world due to the expansions of tourism industries.


.........to tackle uncivilised reputation abroad and to combat lack of etiquette.....
.......behavioural advice is given in great detail. Among others, they include

" not to pick their nose in the public"
" not to pick their teeth with fingers "
" not to make slurping sound when eating noodles "
" no spitting "
" after taking a flight they must leave the life jacket underneath the seats "
" in Germany, only snap your fingers to beckon dogs , not human "
" not to occupy public toilets for long periods and leave footprints on the toilet seat "
" toilet flushing is a must "


Excerpt  from NST Fri Dec 6 2013 on Tourism and the clash of civilizations.

I hope we Malaysians don't  fall into the above categories !





Tuesday, December 10, 2013

Saturday, December 7, 2013

Apakah Kita Ada Pilihan ?





Orang-orang tua dulu jarang-jarang yang nak tinggal bersama anak-anak, kalau datang menziarahi anak cucu pun dok beberapa hari dah loghat nak balik kampung -  dok teringat ayam itik tak makan, daun rambutan tak bersapu, entah dah menimbun daun kering keliling rumah. Sebenarnya itu alasan saja , hakikat sebenarnya mereka dah rindukan kampung lamannya dan lebih senang tinggal di rumah sendiri.

Seorang sahabat yang kematian suami menceritakan semua anak-anak dia ajak tinggal bersama mereka, pilihlah anak mana yang dia selesa atau pun bergilir-gilir rumah. Anak-anak tak mahu dia tinggal sendirian . Pada mulanya untuk mengambil hati anak-anak pergi jugak duduk di rumah mereka, tapi tak sampai beberapa hari dah gaduh nak balik....

Bukan anak-anak tak layan , tapi duduk di rumah 'orang' ( walaupun anak sendiri ) rasa tak bebas. Pada hal dia tak payah buat kerja apa pun, makan pun dihidangkan dan duduk rehat-rehat je..Teringat juga dulu-dulu mak ayah tak boleh duduk lama-lama di rumahnya dan rumah adik beradiknya yang lain , kini barulah  faham.....

Macam mana nak mengatasi masalah ibu atau bapa yang sudah kesaorangan  yang degil sangat tak nak duduk dengan anak-anak :-
Kena ada anak yang tinggal bersama mereka...
Cari maid menjaga mereka..
Anak-anak cucu  datang bergilir-gilir tidur  di rumah mereka..
Kalau semuanya tak sesuai.......
Kena ada satu institusi yang memelihara orang-orang tua , siap dengan kelengkapan dan penjaga-penjaga yang professional serta ada doktor-doktor yang merawat mereka supaya mereka boleh hidup lebih selesa dari..... errrr....jika mereka tinggal dengan anak cucu...

Seorang sahabat saya berbangsa German  memberitahu, orang-orang tua di sana akan menjual rumah mereka  dan  hasil jualan rumah digunakan untuk membayar kos untuk tinggal  di Old Folks' Homes @ Retirement Homes@ Nursing Homes.

Suatu masa nanti kalau perkara yang sama berlaku di Malaysia .....sorrylah anak-anak -  hangpa tak dapat pesaka rumah gadang...rumah dah kena jual untuk bayar kos penjagaan  ibu bapa semasa ada hayat mereka.....




Thursday, December 5, 2013

Masa Mencemburui Kita?




Dalam suatu majlis kenduri kahwin yang kami hadiri baru-baru memberi beberapa kejutan pada saya..

Eh..Az..bukan ke you masuk IJN dua minggu lepas?
Iye, I dapat stroke
Aih, stroke? sihat walafiat macam takde apa- apa je?
Haah, mild strok , masa tu I tengah main golf, tiba-tiba I rasa pening dan peluh jantan merecik-recik keluar.
Dorang bawak I pegi IJN - dan dan tu jugak doktor masuk stent . Nasib baiklah cepat, kalau tak I tak tau apa jadi!
( Tak semua orang yang bernasib baik macam tu! )

Eh, you tahu, K dah meninggal dunia minggu lepas
Takde sapa beritau, tapi minggu lepas tu A meninggal dunia, kena strok!
M confirm pankreas cancer, dah 4th stage
Iye ke?
( Lepas pencen cerita fasal sakit kronik, masa muda jarang dengar orang sakit kronik! )

Teringat pulak masa muda-muda dulu - sibuk dengan kerja dan jaga anak, bila jumpa kawan-kawan cerita fasal pembantu rumah , fasal kerjaya - orang tu dah naik pangkat , orang ni pegi buat masters kat US dan sebagainya..
( Dok dengar cerita ...My husband dapat tu, dapat ni, .. dok buat menyohor kat orang! )

Sambil-sambil tu sibuk beli rumah, mulalah pulak menghias rumah - sapa ada rumah besar, sapa pulak dok rumah kecik, perabot impot ke beli kat kedai Ah Hong...
( Masa muda dunia kita punye! )

 Bila anak dah besar, sibuk pulak fasal sekolah anak-anak- hantar tuition kat mana , sekolah mana , anak sapa dapt 40 As , anak sapa pegi belajar overseas, anak sapa dapat Dean's list
( Tak termasuk cerita anak sapa dropout! Anak dia pandai, anak orang semua ngong )

Lepas tu dok cerita kat orang anak dia pulak dapat kerja bagus, gaji besar! dapat menantu hebat-hebat.
( Puas hati anak  dah berjaya - DUNIA...LIHATLAH... )

Lepas tu dapat cucu
Lepas tu bela cucu
Lepas tu dapat banyaak ubat dari hospital
Lepas tu.....
Lepas two... ..
Lepas two , three pulak..........










Tuesday, December 3, 2013

Sore Throat!









Down with sore throat - a bad one with severe headache and stiff neck. I thought my blood pressure had jumped sky high , so off me go to see the doctor .It was such a relief when my blood reading is 120/80 . 
The doctor told me my headache and stiff neck caused by viral infection of my tonsil hence I was prescribed with antibiotics , orange pills to relax my muscle, brown pills for headache , blackcurrent flavour  lozenges to sooth my throat,  blood red gargling salt water and cherry flavour cough mixture.



Consultation time took about 2 - 3 minutes + the above ubat cost me rm95!

Gargling with salt water at home, drink fresh lemon juice with salt,  sip tablespoons of lime juice with soya sauce  or chewing cloves - never seemed to work for me!