Thursday, January 30, 2014

Beranilah Berubah!







 Anak-anak dengan bapa dah kurang betegur sapa , malah anak-anak  menjauhkan diri  sebab banyak benda yang mereka tak puas hati. Walau pun beberapa kali anak cuba ajak berbincang, tapi bapa tak ambik kisah ( katanya itu hal remeh temeh )
Apabila seorang demi seorang anak pergi bekerja di tempat lain, bapa masih tak ambik tahu

Setelah sekian lama , bila syarikat bapa beroperasi dengan gear 3 ( instead of 5 ) baru bapa tersedar - mulalah panggil anak-anak balik ke pangkuannya. Anak-anak dengan tegasnya telah beri syarat:

1. Buang semua sahabat-sahabat bapa yang jadi penasihat dan yang memegang jawatan yang tinggi-tinggi tu. Depa tu pandai menasihat tapi tak pandai buat kerja. Berhentilah jadi pak turut dan jangan lagi temakan gula-gula mereka .

2. Bapa harus merombak semula kakitangan dan pentadbiran syarikat , yang kurang menyumbang ke arah kemajuan syarikat patut diberhentikan . Ambil pekerja lain yang lebih handal dan lebih terserlah kebijaksanaan mereka ( ada belanar lagi orang bijaksana di Malaysia nih! ).

3. Jangan bagi adik bongsu jadi PR syarikat, nanti dia popular, syarikat lingkup sebab gaya hidupnya melebihi dari kebolehan dirinya.

Tiba-tiba ayah tersedar dari bodoh sombongnya  lalu memanggil semua anak-anaknya dan mula buat perancangan baru untuk kesejahteraan syarikatnya .

 Bukan senang nak sedar tu...nak kena berani ambil langkah yang tak popular, tegas dan tidak pengecut!

DENGAN LANGKAH YANG PALING NEKAD BAPA PUN MULA ME.................
( boleh buat ending sendiri )







Tuesday, January 28, 2014

SUCCESSFUL!




Wooo, finally I manage to reinstall my bloglist (  try and error ) after it has  been accidently deleted a few months ago
And I dah jumpa tempat untuk ubah suai blog template , walaupun terpaksa menjegilkan mata berjam-jam.
Template masih belum jadi , masa crop size elok  tapi bila masuk kat blog jadi pendek pulak.....
Letih weh main hide and seek dengan computer nih!.

Warga Emas Keseorangan?





 Masa dulu-dulu tak pernah dengar cerita orang-orang tua bercerai suami isteri, tapi sekarang ni dah jadi perkara biasa. Ramai je yang bercerai bila dah pencen . Habih pakat heran dan terkejut, mengapa bercerai di usia begini?

Sebenarnya orang tua-tua kat kampung tu ada juga yang berpisah ( estrange ) dengan suami tapi taklah bercerai, masih tinggal serumah. Mereka tidur di berlainan bilik dan masak periuk lain-lain. Selalunya  anak cucu tak faham mengapa jadi begitu, ada jugak yang tergelak perangai tok nenek mereka - buang tebiat agaknya, kata mereka. Hakikat yang sebenarnya ialah cinta dah lupus dan mereka dah tak sebulu - dok leh nok gi doh!

Ada jugak di kalangan pasangan yang bercerai kerana tak tahan perangai suami yang tak berubah dari muda sampai ke tua, maintain tak solat . Ada jugak yang maintain berjudi, maintain minum alkohol , maintain pukul isteri dan maintain main kayu 3,4,5,6,7,8,9,10.. Ada suami perangai macam jemuan ( bahasa utara ) hingga sampai satu tahap isteri  pun dok leh dok sekali doh !Bila tanggungjawab terhadap anak-anak dah habis , anak-anak dah bekerja dan berumahtangga , mereka mula mengambil langkah dengan jitunya untuk membebaskan diri dari  karenah suami dan kongkongan rumahtangga.

Yang trajiknya ada suami yang bercerai dengan isteri di umur keemasan terpaksa tinggal di rumah orang tua , atau hidup kesunyian  atau sakit keseorangan.  Mungkin masa tu baru menyesal bahawa isteri tu adalah anugerah Allah, kena jaga baik-baik......takdok bini gak susoh benar weh.......

Tidak dinafikan, suami pun ada masalah dengan isteri yang paling cemburu, paling kontrol, paling tu paling ni, akhir sekali ada jugak suami mengambil langkah jitu ( bila dah hilang takut kat bini ) keluar rumah dan terus ghaib tak dapat dikesan walaupun dengan radar . Puas isteri dok berbomoh, tok laki dok kelik jugok!



Friday, January 24, 2014

Still Snowing?













December snow

Displaying photo 2.JPG





January snow
Displaying photo 4.JPG


Beautiful Life had a hard time shoveling snow in front of her front door!



                                                                             







Wednesday, January 22, 2014

Purple Sprays




I love all shade of purple flowers...
One day I caught a little bird sucking the flower and I was not fast enough to record it...

Monday, January 20, 2014

Bu-Du Bukan Voodoo...........2





Budu sebagai appetizer!



















Cara nak sediakan budu:

Beberapa ulas bawang kecik potong nipis
Cili api ikut suka, separuh potong halus, separuh lagi dibiarkan begitu ( bagi yang suka lebih kaw, boleh patahkan lagi cili tu )
Asam limau ( bagi naik bau )
Tomato biji ( bagi lawa dan tambah perisa )
( ada jugak yang steam budu sekejap , kata depa nak bagi masak )

Nak lawan dengan budu, kena ada ikan , udang atau sotong bakar
Juga ulam-ulaman lain ikut pilihan sendiri seperti kobis, kacang panjang, peria katak ( kalau suka boleh celur sikit ) , kocang botor dan lain-lain.......





Sambil dress up budu, bolehlah bakar ikan........








Saturday, January 18, 2014

Bu-Du Bukan Voodoo.......1






10 tahun yang lalu saya suruh anak lelaki saya pegi beli fish sauce dekat pasar kecil di kawasan perumahan tempat saya tinggal.

Mak kedai ni tak de jual fish sauce...
Eh, mana boleh, mak baru je tengok, banyak ada fish sauce kat situ
Tanya dah budak yang jaga kedai, dia kata takde!
Cuba tengok lagi sekali....
Tapi sos sotong adalah.....
Tu lah fish sauce nya! memang dia ada gambar sotong kat botol tu!
Oooh...padanlah budak tu tak tau .

Saya pun terfikir, pandai jugak orang Siam ni, buat fish sauce letak gambar sotong lepas tu expot ke seluruh dunia, laris bukan main. Mungkin ada yang sangka fish sauce tu dibuat dari sotong, makin orang suka sebab ia sangat exotic!





Saya sungguh teruja bila tengok budu dimasukkan dalam botol yang comel , ada pakej! nampak cerah macam Thai fish sauce. Kita pun boleh eksport budu a.k.a fish sauce yang setanding dengan Siam atau Vietnam. Buat packaging yang lebih elok dari fish sauce depa tu! Kita pun nak guna senang, tiada was-was!

Malaysian Fish Sauce!

Mungkin fish sauce kita ada perasa yang lebih istimewa seperti perasa serai , limau nipis atau daun limau purut  atau lain-lain yang sesuai. Lepas tu tampal gambar udang karang besar-besar supaya budu Malaysia lebih gempaq  dari  fish sauce yang diimport melalui Sungai Golok tuh!









Tuesday, January 14, 2014

Lose - Lose

Egypt Protest


google search
The aftermath.......
eg051
google search





Syrian protest







The aftermath......
Bombed out vehicles Aleppo.jpg
google search



Game over?


google search
Far from it!

Selagi tak jadi padang jarak padang terkukur.....





Sunday, January 12, 2014

Perihal Ikan Bilis.....









File:Mae sot dried fish 01.jpg
Google search

Pada tahun 1960an dulu ikan bilis menjadi makanan utama orang-orang Melayu. Orang Rompin ( dan jugak orang Pantai Timur ) menggunakan ikan bilis secara meluas - buat sambal tumis, jemput-jemput ikan bilis, guna ikan bilis sebagai rencah dalam sayur. Bila saya kawin dengan orang utara ada terkejut budaya sikit masa tu, depa tak guna ikan bilis  tapi guna udang jenis kecil warna putih dan berkulit nipis, buat cucur udang, sambal tumis udang dan buat rencah dalam sayur.

Tak lama kemudian ikan bilis naik harga - sebab ikan bilis dah jadi makanan eksotik . Harga bilis pun melambung naik berbelas hingga berpuluh ringgit sekilo. Oleh kerana nakkan yang murah kena beli ikan bilis yang besar dan keras dan tulang berseranggah serta warnanya dah kepam.  Ada pun ikan bilis yang comel-comel dan kecik molek dihantar ke Singapura.

Tapi akhir-akhir ni ramai jugak orang takut nak makan ikan bilis banyak-banyak takut kolesterol tinggi.Mengikut  pakar dietetik, kalau nak makan ikan bilis, buang semua kepala dan tulang-tulang, kemudian rendam dalam air lepas tu perahkan airnya sebab tulang, kepala ikan dan garam pada ikan bilis tu boleh membantu meninggikan kolesterol!

Masa dulu di rumah saya tak kurang dengan bekalan ikan bilis, tak cukup dengan tu, beli pulak  kiub ikan bilis buat rencah dalam nasi goeng, sayur, sup , mi, mihun . Tapi sekarang dah tak lagi....dah tak beli ikan bilis dan dah buang kiub ikan bilis sebab kolesterol dok maintain 5 ke atas dah berapa lama! Walau bagaimana pun ikan bilis yang ada dalam nasi lemak tu tetap dimakan juga - sekali sekala dan dua kali dua kala  beli ikan bilis goring + tempe atau sambal ikan bilis + petai  untuk buat ubat kolesterol!




Wednesday, January 8, 2014

Banjir, Banjir, Banjir!










Mengingatkan saya pada tahun 1960an dulu , kami semua di Kuala Rompin tak tahu betapa seriusnya masalah orang yang kena banjir. Maklumlah masa tu tv pun tak ada, kalau ada pun cerita-cerita banjir di ceruk kampung dan ulu banat  takde sapa yang tahu kesusahan mereka. Masa dulu bantuan yang mereka dapat betul-betul dari usaha wakil rakyat  dan  pejabat daerah.

Setiap tahun ada wakil dari wakil rakyat datang ke rumah saya ( dan orang-orang lain ) bagi beras satu paket , susu tin , sadin , gula dan minyak masak. Mak pada mulanya tak terima sumbangan tu sebab katanya kami tak ada banjir. Tapi ketua pemuda ( yang mengagih-agihkan bantuan )  menerangkan pada mak walaupun tak banjir tapi hujan lebat siang malam orang tak dapat cari makan dan pasar pun separuh bukak sebab takde ikan, sayur yang dijual. Orang kampung susah nak dapat makan dan semua jalan keluar masuk ke Rompin terputus.

 Nok ghoyak bui masa dulu orang kampung sangat-sangat bergantung pada tok wakil mereka . Wakil rakyat dan orang-orangnya, wanita dan pemuda bekerja keras membantu rakyat  dengan pelbagai cara. Tapi bila negara dah kaya , timbul pulak satu strata baru dalam  masyarakat .  Mereka dah  ada class maa -  dah tak setaraf  dengan orang-orang kampung . Depa dah jadi golongan elite dan nouveau rich yang mengasingkan diri mereka dari rakyat jelata! ( bila dah dapat senang buat menyombong pulak.....)

Lepas tu dan selepas lepasnya hingga kini pemimpin-pemimpin dah susah nak bersua muka dengan rakyat. Kalau nak melawat kampung kena ada majlis sambutan, buat sepanduk, palu kompang , makan atas meja khas dan makanan pulak tak sama dengan nasi kawah orang kampung! Ada pulak yang isteri-isteri mika tu yang tunjuk agah kat oghe kapong..(.ek eleh... salah tempat nak menunjuk tu akak oiii! ).....Tak kira lagi awak-awak pemimpin  yang berlagak macamlah boss dia tu dapat pegang jawatan sampai langit runtuh!



Google search
Kurrrr - ku-ku- kuuuuuuuu.....cock -a -doodle- dooooooo

Macam ayam jantan......berkokok siang malam!










Monday, January 6, 2014

Banjir!




Setiap kali berlaku banjir nama Rompin antara daerah yang tersiar dalam suratkabar dan tv, dan ramailah sedara mara dan kawan-kawan akan menalipon saya ..eh, kampung you macam mana, teruk banjir.

Oleh kerana Kuala Rompin terletak ditepi pantai , takdelah banjir tapi kampung-kampung yang menghala ke jalan Pekan dan penduduk-penduduk tepi sungai yang sentiasa dilanda banjir. Masa dulu banjir tak sebesar sekarang, habis sekampung ditenggelami air dan terpaksa berpindah ke tempat tinggi. Habis rosak semua harta benda dek terendam air.

Yang menjadi masalah musim tengkujuh ialah bekalan ikan, ayam dan sayur-sayuran sangat berkurangan di pasar. Saya masih ingat di tahun 60an dulu, bila musim hujan telur dan sardin serta ikan masin jadi makanan utama. sayur pulak pucuk ubi atau keladi dan makanan sampingan ialah ubi kayu dan ubi keledek, sebab bila musim hujan ubi digali dan dijual dengan banyaknya di pasar.

Sekarang ni, walau pun hujan petir panah memanah pun bekalan ikan, ayam dan daging tetap cukup di pasar, sebab ikan dan daging impot banyak ada. Cuma masalahnya orang Rompin ( termasuklah adik saya ) tak lalu makan ikan yang dipanggil ikan kotak ( ikan import ) .Kata mereka dah  takde rasa ikan, entah berapa lama dah disimpan dalam freezer , entah banyak mana bahan pengawet di bubuh pada ikan dan daging! Sebenarnya depa tu dah spoil habis meter sebab selama dok kat kampung tak pernah makan ikan yang kena jeruk dalam air batu!

Bagi kita yang dok kat bandar takde pilihan lain melainkan beli aje ikan dan daging impot dari India, Bangladesh  dan  Thailand . Dah biasa tengok ikan yang merah mata dan pecah perut. Nak pegi mengail sendiri pun sungai dan laut jauh......



Thursday, January 2, 2014

Kalau Dah Kreatif...













Pokok pegaga ni sebenarnya duduk dalam bekas , tapi tak tau macam mana boleh tumbuh berselerak dengan banyaknya  kat atas rumput ...



Azri anak Din  agak kreatif sikit, bila dia mesin rumput yang penuh dengan pegaga, dia tinggalkan setompok di depan pintu dapur rumah , bagi menyenangkan mata menengoknya.....

Azri mengikut ayahnya memotong rumput sejak dia  di tingkatan dua lagi. dia banyak pengetahuan tentang pokok-pokok, dan pernah bagi tips macam mana nak hilangkan anai-anai . Mereka dua beranak dengan seorang lagi pekerja  boleh buat macam-macam lagi selain potong rumput - boleh tebang pokok besar, dan lain-lain kerja rencam berkaitan dengan laman rumah....

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...