Wednesday, May 28, 2014

Ego Besar







........tak tahu bila nak mengecil...sedangkan tanpa disedari masa terus berlalu meninggalkan kita..

Banyak perkara-perkara yang kita pertahankan dah ketinggalan zaman, banyak benda-benda yang menjadi kemegahan kita orang dah tak ambil peduli. Hanya tinggal diri yang mempertahankan keegoan sedangkan dunia dah berubah tanpa menoleh ke belakang lagi....

 Berapa puluh tahun dulu, saya pernah mendengar kata-kata orang pencen .....masih dalam service bolehlah buat menyombong, bila pencen nanti takde siapa yang nak pandang lagi. Kita akan dikenang atau dihurmati jika kita berbudi bahasa dengan orang, kalau kita menunjukkan ego yang tinggi, orang tak akan pandang kita sebelah mata!

Ada orang mengadu hal, x- boss dia dah pencen dan nak mengahwinkan anak sulungnya. dan bercadang nak menjemput tetamu lebih dari 1,000 orang. Orang tu pun risau bukan main. Dia kata dah pencen tak perlu panggil semua orang makan kenduri, ramai yang akan tak datang, tambah pulak priority dia vvip dengan vip. Memanglah betul-betul berlaku , tetamu yang marhain ramai yang datang. Meja vvip dan vip kebanyakannya kosong je.

Tak taulah.......


Sunday, May 25, 2014

Mata Hati










The Milky Way can be seen as a very large streak or arc across the night sky if the visibility conditions are good enough. This panoramic photo was taken at Death Valley. Wiki Search




Percaya tak, ada orang yang tak tengok langit,
 tak tengok awan,
 tak tengok bulan waktu malam
atau tak pernah tengok bintang berkelip-kelipan di langit.....
tak sedar pada pertukaran hari siang dan malam
cahaya matahari bertukar-tukar
dah pagi matahari mula cerah, dah tengahari matahari tegak atas kepala , dah petang matahari condong dan kemerah - merahan, dah malam.....matahari tenggelam dan hilang...


Mungkin mereka kata , sebab apa nak tengok? bukan tak biasa tengok, apa yang pelik? semua tu dah memang ada sejak kita celik mata........

Cubalah tengok.........

Kadang-kadang langit cerah, kadang-kadang gelap, hitam..
Tengoklah awan yang berarak , ada macam-macam bentuk, sekejap gitu sekejap gini,
Ada masa langsung takde awan, langit biru je
Ada masa langit putih.....
Ada malam penuh bintang, ada malam bintang hilang entah ke mana..ada malam yang suram
Ada masa bulan sabit , ada masa bulan penuh
 Pernah tengok bulan kesiangan? atau matahari petang begitu besar dan merah?


Kalau kita rajin menengok alam semula jadi, kadang-kadang kita tak sedar banyak persoalan yang terbenam jauh di sudut hati akan terjawab........Mungkin kita lebih mengenali AlKhaliq dengan lebih dekat...






Thursday, May 22, 2014

Gago Gilak , Bah!





Mek Jarah tengah goreng ikan tiba-tiba jiran sebelah depan  ding,dong, rupa-rupanya nak bagi bunga kantan yang dibawak balik dari kampung. Sambil tu berboraklah kejap .....

Jarah oiiiii , Jarah, apa benda yang berasap kat atas dapur ni - Tok Laki dok buat gago..
Laa.. ikan goreng aku habis hanguss.....Jarah punya terkejut ...alohlah asap sampai kelam....
Tok laki dia punyalah kepoh dok pi mai, pi mai dok  tunggu Jarah masuk dapur
Alohlah wei...bakpe abe tak tutup api dapur tu????
Dah berasap tu, nak buat macam mana?
Habih kalu biar lagu tu terbakarlah rumah abe wehhhhh....
Buleh dok tengok je kuali dah nak naik ke langit......!!@#$%%$^&*!!-mulalah Jarah naik loktang.
Amende Jarah mu kata apa kat abe?
LU BO KONG MAAA!!!!!



Friday, May 16, 2014

Trojan Horse










 The inside of Trojan Horse...

Thirty soldiers hid in the Trojan horse's belly and two spies in its mouth. Other sources give different numbers: The Bibliotheca 50;[8] Tzetzes 23;[9] and Quintus Smyrnaeus gives the names of thirty, but says there were more.[10] In late tradition the number was standardized at 40.


Displaying photo 3.JPG



Factual explanations


Heinrich Schliemann, modern excavator of Troy
There has been modern speculation that the Trojan Horse may have been a battering ram resembling, to some extent, a horse, and that the description of the use of this device was then transformed into a myth by later oral historians who were not present at the battle and were unaware of that meaning of the name. Assyrians at the time used siege machines with animal names, often covered with dampened horse hides to protect against fire arrows; it is possible that the Trojan Horse was such.[12] 

It has also been suggested that the Trojan Horse actually represents an earthquake that occurred between the wars that could have weakened Troy's walls and left them open for attack.[14] Poseidon was a god of earthquakes, as well as of the sea and of horses.

Wiki Search

Best jugak dok copy- paste ni , tak payah fikir teruk-teruk. Just COPY-PASTE-COPY-PASTE!!


Thursday, May 15, 2014

Sedarkah Kita Bahawa........




............ rupa-rupanya banyak penyakit yang menghinggapi manusia datangnya dari binatang termasuk binatang ternak.

Seingat saya masa tahun 1970 - 1980an dulu kita dikejutkan dengan  ' Hand,Foot And Mouth Disease' yang didapati pada lembu telah  berjangkit pada manusia, terutamanya kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Pada masa tu penyakit ini lebih dikaitkan dengan negeri Kedah dan Kelantan, sebab banyak lembu-lembu diimport/ diseludup dari Siam ( dikatakan virus didapati pada lembu-lembu dari Siam ). Tetapi kemudiannya barulah kita mengetahui bahawa penyakit ini adalah melibatkan negara-negara lain di dunia ini.


Kemudian kita dikejutkan dengan virus HIV yang dikatakan berasal dari monyet di Afrika.


Left to right: the African green monkey source ofSIV, the sooty mangabey source of HIV-2 and thechimpanzee source of HIV-1. wiki search

Selepas itu menular pulak wabak selesema burung - yang didapati pada ayam iaitu Virus SARS. Pada awalnya virus ini dikesan di negara China, yang kemudiannya telah merebak ke serata dunia.


Pada tahun 2000 Malaysia pula gempar dengan Nipah Virus atau dikenali sebagai J Infection (JI) menyerang kanak 5 tahun ke bawah. Virus dikesan datangnya dari babi yang diternak di Negeri Sembilan.

Between late 1998 and 1999, the spread of a new disease of pigs, characterized by a pronounced respiratory and neurological syndrome, sometimes accompanied by the sudden death of sows and boars, was recorded in pig farms in peninsular Malaysia. The disease appeared to have a close association with an epidemic of viral encephalitis among workers on pig farms.

Kini seluruh dunia pula dikejutkan dengan MERS Virus yang terdapat pada unta di Negara Arab. Juga telah membunuh manusia.

Saudi Arabia warns of MERS virus risk from camels



Read more: Saudi Arabia warns of MERS virus risk from camels - Latest - New Straits Timeshttp://www.nst.com.my/latest/saudi-arabia-warns-of-mers-virus-risk-from-camels-1.593536#ixzz31pp9bgub




Kesemua penyakit di atas boleh membawa kematian kepada pengidapnya jika tidak ditangani lebih awal.








Monday, May 12, 2014

An Eventful ( Uneventful ) Day




Got stuck for 3 hours in Uncle Sam's Emb .

Our appointment was at 920, we arrive at 845, there was already 2 long queues outside the gate.

Instructions:
When should I come to the Embassy

. The time on the appointment letter is the time to arrive at the Embassy gate. It is not the time for your interview with consular officer.
.You are only allowed to come to the gate 15 minutes before appointment time. If you come too early, you  may be asked to leave the gate.

So we don't want to come too early , we might be asked to leave the gate. So  I thought 845 is the most appropriate time to arrive for a 920 appointment . Not realizing that everybody's appointment is at 920, so it is on first come first serve basis . I got no 103 and it was 9 to 12 wait. My head began throbbing, I felt lethargic and my eyes watery due to withdrawal syndrome ( didn't have time to  fix Nescafe this morning ).

Suddenly at 1100 the fire alarm triggered off, all of us had to vacate the building - it was such an excitement for me! I had the chance to stretch my legs and breath some fresh air outside the waiting room . After about half an hour later all of us were  called in and just before 1200 it was our turn for the interview. It went in a jiffy and we were given autorisation to entre'e US... 

Unlike MF who got a lot of wrong info in the net like she has to produce house grant to be able to get the visa. It made her so stressed up and sleepless the night before she went for the interview . But the interview went well for her and she got her passport with the the US Visa stamped on it in 2 days.

I think the consular officers are trained to read faces and differentiate people who are just visiting and who are going to get lost in the vast country of Uncle Sam's. Sometimes they may be quite prejudice in the judgement of bearded guys and  the name  Muhammad . Many young  guys who has been assigned by their company  to work short period in the US has been denied entry or given visa just for 6 month . Some of them may appear rowdy, may have Muhammad in front of their names , may come from religious school - but they are not Muslim terrorists.

Hish had a hard time when he was assigned - the journey was long , it was scorching hot summer with a long day and it was fasting month, he said...if he were to be assigned again, he  will not except it.  He had a bad time and it was such a hassle to enter US!






Thursday, May 8, 2014

Ada Mulut Nak Kena Sental.....






Ramai-ramai duduk di ruang menunggu.....
Eh, mana Abang Mat ni?
Ah...ada kat luar tu,tengah hisap rokok...
Eh, ye ke? I dah warning dia dari dulu lagi , kalau you nak merokok jangan sampai I nampak, anak-anak nampak  atau mak bapak I nampak ( sedikit naik angin )
( Cuba nak menenangkan keadaan ) Eh, engkau ni, betul ke kau nampak Mat,entah-entah orang lain yang merokok!
( Dengan blurrrnya ) Eh, tak kan lah aku tak kenal Mat? Engko tak caya engko keluarlah pegi tengok!
( Orang pencen  pun kena masuk campur )..Alah......merokok skit-skit tu oklah..kalau dia berbini dua lagi teruk!
Barulah reda sikit keadaan....sebab pakat-pakat takut hilang laki!


Senah oiii...tadi saya pi kenduri terserempak dengan Abang Aji kita
Eh, ya ka? tak tau pulak ada kenduri
Tu lah, hang ni baik sangat , hak belah nu melawa sakan....pakai barlian lip lap lip lap..
( Pucat muka Senah, menggigil tangan menahan kesedihan dengar cerita Abang Aji dia dok melaram dengan bini muda!)
Oii Kiah!! hang kata lagu tu no, minggu lepaih aku nampak Abang Dolah kat kedai kain ( ada pulak kaki mengacah )
Hang biaq betui....
Tu  lah, hang dok sebok laki orang, laki hang lagi teruk...
Kiah pun merah padam muka, siap singsing lengan balik nak kerabu laki dia ( dengan tak usul periksa lagi dah! )



Tuesday, May 6, 2014

Best Jadi Orang Besar....






Boleh jerkah-jerkah orang boleh maki-maki orang........

Iye ke?

Pernah berlaku pada seorang pegawai tinggi yang kena hampok dek  orang atasan dia aka menteri  kerana tidak meluluskan permohonan anak buah seorang  yang ternama.

Dan cara dia menghampok tu sungguh tak beradab sekali, iaitu menjerit-jerit marahkan pegawai tinggi tu depan semua staff . Lepas tunjuk perangai buruk tu relaks je masuk bilik, tak rasa bersalah dan yang penting sekali tak rasa malu atas perbuatannya .

Masa dulu  ada yang ingat kementerian yang dikendalikan itu macam harta makayah dia sendiri, dan tak terfikir satu hari nanti dia tu akan kalah pilihanraya dan hilang jawatan.

Tapi Alhamdulillah sekarang ni ramai yang dah tak berani nak buat tak tentu kalu. Kalau tidak... cerita mereka akan tersiar meluasnya di cyber space! Hah, dia pulak yang kena maki!! Maklumlah kalau nak maki orang boleh anonymous!








Sunday, May 4, 2014

Kirimkan Doa...





Cerita fasal jenazah  timbul  apabila seorang sanak saudara meninggal dunia beberapa hari yang sudah. Alhamdulillah jenazah selamat dikembumikan dengan segera . Masa kenduri ataupun kematian barulah bertemu saudara mara jauh dan dekat. Masa beramai-ramai inilah macam-macam cerita keluar .

Terkeluar pulak  cerita pengkebumian yang dilewatkan lebih dari 24 jam. Ada yang rasa kesal keadaan itu berlaku, tapi kami tak dapat berbuat apa-apa sebab yang meninggal tu ada anak cucu sendiri. Jenazah ibu terlantar lebih dari 24 jam sebab menunggu anak balik dari luar negara. Orang berziarah pun dah lama balik, tukang baca AlQuran pun dah lama katam dan dah serak suara. Sedara mara dah keluh kesah,  tak berani nak bersuara - itu hal ibu dengan anak. Kita tak boleh memandai-mandai.

Masa saya muda-muda dulu mak selalu kata, kalau mereka mati dan kami berada dikejauhan, tak perlu tunggu lagi. Selesaikan jenazah dengan segera sebab kalau tunggu pun tiada guna , buat menyiksa mayat. Kalau tunggu anak pulang dari jauh nak tengok muka mak atau ayah kali terakhir, itu tak adil bagi simati. Bila mati hubungan simati terputus dengan alam dunia kecuali anak-anak yang soleh yang mendoakannya. Daripada biarkan mayat mak ayah terbujur kaku bermalam bersiang ,  doa anak yang soleh itu lebih bermanfaat!

WalLahu 'a'lam!

Friday, May 2, 2014

Bersegeralah.......





Arwah mak meninggal dunia pada tahun 2005 jam 6 petang - sedara mara lelaki dok bincang nak kebumikan esok paginya, tapi pak sepupu sarankan lepas Isya malam tu.  Abang sepupu saya ( mak saudara dan bapa saudara semua dah tiada ) yang mengelolakan hal kematian  tanya saya, kebumi malam ni atau esok? saya kata selesaikan malam ni. Abang Yahaya kata boleh, Abang uruskan orang gali kubur dan Mah ( saya  ) uruskan orang mandi.

Setelah hampir masuk waktu Maghrib kumpulan  mandi mayat ( 3 orang semuanya ) datang menyiapkan kain kafan. Bila masuk waktu Maghrib mereka pun bersolat, selepas solat kami pun jadi penolong  mandikan jenazah mak. Saya tukang hulur air, arwah Makcik Gayah membantu  meratakan air ke badan emak dan Dah adik saya membantu menggosok dan menyabun badan mak.

Sambil meratakan air Makcik Gayah pun berkata..........Abe Teh ( mak saya ) bersih sangat orangnya,  suka mandi, suka bersiap....bagi air banyak-banyak ,  mandi puas-puas, sabun bagi wangi - wangi .......

Sedang elok selesai mandi dan kafan orang lelaki pun balik dari masjid ( selepas Isya ) terus solat jenazah mak, lepas tu terus bawa ke kubur. Lebih kurang pukul 10.30 malam pengkebumian selesai dijalankan.

Kalau ada masalah besar dalam keluarga , kita mestilah cari jalan terbaik untuk meyelesaikan masalah  itu. Dalam hal kematian pula kita kena usaha untuk menyegerakan urusan pengkebumian.Kalau kubur dah sedia, orang mandi jenazah pun ada, kelengkapan dah ada, kain kafan , kenderaan semua dah ada, kita kena gerakkan bagi ia berjalan dengan lancar dan segera.

Orang Pantai Timur tiada masalah tanam mayat waktu malam. Selalunya dalam masa 5 jam atau selebih-lebihnya 6 jam, InsyaAllah urusan jenazah boleh selesai.