Saturday, June 14, 2014

Kemunting Lagi!




Musim panas pokok kemunting berbunga lebat dan berputik
Saya suka pokok yang renek dan rendang ni, bunganya nampak manis dan pink!




Setau saya pokok ini tak pernah disiram,dibaja atau dibelai, dia hidup sendiri berbunga dan berbuah sepanjang masa.Dulu saya pernah buat posting pokok kemunting di musim hujan rupanya di musim panas daun-daunnya lebih cantik.





Pokok kemunting ini dah hidup lebih 30 tahun, hanya sepokok ini sahaja  . Padang kemunting di belakang rumah yang dulumya berekar-ekar luas sudah menjadi taman perumahan. Kalau pokok di depan rumah pusaka  ni mati, dah tiada lagi pokok kemunting di kawasan kampung saya ( mungkin ada di kampung lain ).
Saya harap suatu hari nanti ada orang yang pandai menyemai anak-anak pokok kemunting supaya ia tidak pupus.




3 comments:

abu haniff said...

salam kak, kg akak kt mana?sy sedang mencari anak-2 kemunting ni huhuhuh

Kerabu Jantung said...


wassalam
kat Rompin Pahang. tapi gambar2 ni diambil dari satu pokok je kat depan rumah.
boleh bagitau mcm mana nak biakkan pokok kemunting adakah dari dahan?

Unknown said...

boleh buat tut....lagi cepat dari semai....geramnya tengok...

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...