Sunday, August 31, 2014

Jom Naik Bukit Kokol





Pi tengok matahari tenggelam....



..... naik Bukit Kokol Poring-Poring di Kota Kinabalu  waktu hampir senja - sampai di puncak bukit kabus begitu tebal dan cuaca  sangat  sejuk - tak nampak matahari.



Pakat-pakat minum teh o panas sambil menunggu dengan penuh harapan...( and I fell in love with the tea mug )





Kami hampir putus asa nak melihat matahari jatuh........kabus tebal, jarak penglihatan begitu dekat...





Kemudiannya kami berasa lega apabila lama kelamaan awan tebal berlalu ...





Cahaya di langit  mula berubah......





Dari puncak Bukit Kokol kami dapat lihat kaki langit bertukar menjadi kuning...matahari pulak berselindung di sebalik gumpalan awan hitam yang tebal....





Apabila awan berlalu kami nampak matahari menjadi semakin merah dan  turun dengan cepatnya ke arah kaki laut......





.........akhirnya terbenam di sebalik ufuk dengan meninggalkan cahaya kuning keemasan






Semasa kami turun dari puncak , kabus masih tebal di hadapan kami.....





Semakin kami menurun dari lereng bukit , kaki langit  masih cerah...walaupun matahari sudah terbenam
dan telah masuk waktu Maghrib


.........lampu-lampu pun mula dinyalakan menyebabkan kawasan bandar KK nampak berkerlipan...


Sayangnya kami tak dapat dengar azan Maghrib berkumandang!












2 comments:

ngasobahseliman said...

MasyaAllah! sangat cantik. I wish I could be there as well. Semoga satu hari sampai. Masa kerja dulu tak ada siapa sebut. Kalau tahu pasti sudah jelajah. Rezki Allah yang kurnia.

Kerabu Jantung said...


Rupanya Sabah sangat banyak tempat-tempat yang menarik yang belum tercemar dan belum dijarah oleh tangan-tangan manusia!

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...