Saturday, September 13, 2014

Pembedahan Ganti Lutut








knee being prepped in surgery


Google Search






Apabila pertama kali saya pergi ke bahagian Orthopedik Hospital Besar Kuala Lumpr saya terkejut jugak  bila tengok papan tanda Pembedahan Ganti Lutut. 10 tahun dulu saya tak berapa familiar dengan penggantian kepala lutut. Tetapi kini cerita tukar kepala lutut tu dah jadi biasa....

Pengalaman pertama menziarah ibu N yang tukar kepala lutut di Universiti Hospital pada tahum 1999 dulu tidak begitu dramatik sebab pembedahan berjaya dan ibu N sihat walafiat dengan lutut barunya hingga kini. Beliau berumur 92 tahun!

Tapi ada juga penukaran kepala lutut ni yang kurang berjaya. Oleh kerana kedua-dua lutut mengalami kesakitan yang amat sangat apabila hendak berjalan Kak R telah bertekad menggantikan kepala lutut yang baru supaya dapat berdiri dan berjalan dengan selesa.  Tapi malang sekali penukaran kedua-dua belah lutut itu kurang berjaya kerana banyak komplikasi yang berlaku  menyebabkan akhirnya beliau meninggal dunia.

 Makcik Sal juga menggantikan kedua-dua lututnya tetapi hanya satu lutut sahaja yang berjaya. Lutut yang sebelah lagi mengalami komplikasi. Lutut yang mengalami komplikasi itu menyebabkan kesakitan yang amat sangat sehingga beliau redha kakinya yang sebelah lagi di 'amputate'. Sekarang beliau hidup bahagia, walaupun kaki hanya tinggal sebelah sahaja!

Masa dulu-dulu, hanya orang tua-tua saja yang kena sakit lutut, tapi sekarang ramai juga orang yang belum tua mengidap sakit lutut!








No comments:

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...