Thursday, September 18, 2014

Waktu Yang Aurat





Apabila sampai pada ayat 58 Surah An-Nur tok Guru pun memberi sedikit huraian -






A058




Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Google Search

Rupa-rupanya pada waktu ada juga auratnya, iaitu pada 3 masa yang ditentukan iaitu sebelum solat Subuh, waktu Zohor dan selepas Isya' kerana pada ketiga-tiga masa itu seseorang akan melonggarkan pakaian mereka. Anak-anak kena minta izin jika hendak masuk ke bilik ibubapanya pada 3 waktu ini.

Seterusnya Tok Guru menerangkan iaitu kalau nak pegi rumah orang jangan pilih masa selepas solat zohor sebab masa itu tuan rumah hendak berihat selepas makan tengahari .Kalau perlu sangat kenalah minta izin, kalau tuan rumah benarkan bolehlah pergi , kalau tidak tangguh pada masa lain  yang lebih sesuai. Begitu juga pada waktu selepas Isya' kalau nak bertandang ke rumah orang perlulah minta izin tuan rumah dulu.

Rata-rata masyarakat kita segan nak beritahu mereka tidak bersedia menerima tetamu pada waktu-waktu tertentu. Sikap sopan santun orang kita kadang-kadang menyusahkan diri sendiri- sedangkan AlQuran telah memberi garis panduan tentang masa-masa yang dibenarkan menolak tetamu ( melainkan yang darurah).

Tambah Tok Guru lagi, kalau kita pergi ke rumah orang waktu makan tengahari jangan lah kata.... Ai  langkah kanan hari ni!  Menziarah waktu-waktu kebiasaan orang makan tengahari atau makan malam itu bukan langkah kanan.Tapi kalau kita menziarah lewat petang - kalau tuan rumah bawak keluar pulut durian ( atau lain-lain juadah ), baru dikira sebagai langkah kanan.

Ada juga orang yang dijemput ke majlis siang hari, tetapi dia datang waktu malam. Kalau tak dapat hadir pada masa yang ditetapkan ,beritahu tak dapat hadir. Jangan pulak nak kada'  pukul 10 malam masa semua ahli keluarga dah terkelepet dan dah nak masuk tidur!



No comments:

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...