Tuesday, November 11, 2014

Senyum Simpul







Saya kenal seorang makcik yang tak pernah solat walau pun masa tu umurnya dah lebih 50 tahun. Bila tiba waktu solat dia buat selamber dek je. Sanak saudara toksah kiralah, berbuih mulut mengumpat, mengutuk, memperli dia. Rupa-rupanya dalam ramai-ramai yang bermulut tak berinsuran tu adalah seorang anak buah makcik  yang telah mendapat hidayah untuk membawa makciknya ke jalan yang diredhai Allah......

Makcik marilah solat bersama saya maghrib nanti...

Takpelah, solatlah dulu...

Marilah makcik ( sambil memegang tangan makciknya ) biar Ani tunjuk cara ambik wudu'. Nanti makcik ikut apa yang Ani buat..

Ye lah.....( dengan mudah makciknya mengikut )

Nanti kita solat bersama, makcik berdiri di sebelah saya, ikut je apa yang saya buat, kalau makcik tak boleh baca ayat-ayat AlQuran, tak payah baca .

Akhirnya setelah selesai solat , barulah makcik bukak cerita...

Mak engkau tu ( adik makcik ) bila aku suruh ajar bersolat, dia ajar aku baca yang panjang-panjang, zikir banyak-banyak sampai tak boleh nak ikut....
( Sebab tu lah makcik tak berani mintak orang ajar solat )

Sebenarnya menurut cerita Ani pada saya, masa dulu dia pernah lalu di tepi telaga pada waktu pagi dan ternampak makciknya membasuh muka dan menadah tangan  dengan menyebut  lailahaillallah banyak-banyak kali sebelum menyapu mukanya.  10 tahun kemudian tiba-tiba saja Ani dapat ilham memujuk makciknya untuk bersolat.

Rupa-rupanya sejak hari tu hinggalah ke akhir hayatnya makcik tak lagi meninggalkan solat walaupun bacaan dalam solatnya tu begitu minima. Makcik pulak tiada mempunyai anak sendiri, yang ada hanyalah anak, menantu dan cucu-cucu angkat sahaja. Apabila makcik sakit kuat ,dia dihantar ke hospital dan kemudian meninggal di hospital .

Apabila Ani pergi ke hospital, punyalah terkejut dia bila dia nampak mayat makciknya yang terbujur kaku itu seolah-olah tersenyum.

Kak long , masa  Ani pegi hospital Ani nampak mayat  makcik macam tersenyum

Engkau jangan bergurau dengan aku Ani, engkau jangan nak buat-buat kata makcik ada bela hantu pulak.....

Saya agak geram jugak masa tu, sebab si Ani suka bawak cerita yang bukan-bukan - dulu masa arwah bapa saudara saya meninggal dunia di rumah mak saya dia kata ada bau wangi dalam bilik  Paksu Ucop - kalau betul ada bau wangi dah tentulah riuh sebuah rumah kata ada bau wangi....

Betul kak long , sumpah!  Makcik senyum di penjuru sebelah kanan mulutnya - macam senyuman anak dara yang malu-malu...

Saya pun terkejut dengan pengakuan  Ani. Saya berdoa semoga roh makciknya itu mendapat rahmat Allah dan di tempatkan dalam kalangan roh orang-orang yang beriman... aamin!



2 comments:

Anonymous said...

Islam tu mudah. Ibadat itu pun mudah. Tapi memang ada yang memayahkankannya. Saya dah kena. Cepat cepat saya lari tinggalkan grup tu..hihii...uh

Kerabu Jantung said...


..sebab dorang tu dah terlebih alim....buat bagi payah baru pengikut sanjung kehebatan mereka!

Entahlah...