Saturday, December 20, 2014

What's Up?






My Samsung yang hanya boleh buat panggilan dan sms  tu dok buat fasal je sekarang ni.  Tengah-tengah bercakap tiba-tiba dia padam terus,  kelam kabut nak hidupkan semula, kena pegi caj bateri  dulu baru  boleh  sambung sembang.

Kawan-kawan dok buat bising, nak WhatsApp tak dapat...

You tukarlah telefon, pakai yang ada whatsApp tu,senang kita nak forward info kat you!

Ha-ah lah, tiap-tiap pagi kita dapat tazkirah. Pagi tadi kita dapat info tentang silaturrahim - bestlah.. Rupanya silaturrahim tu sangat penting kalau seseorang tu nak masuk syurga...

Memang bagus akak oii, tapi orang yang dok wassapwassap tu ada ke dia selalu dok  bersilaturahim ?Kalau tak,  orang kata cakap je pandai tapi  buatnya tak.

( Aii? macam sakit hati je? )

Ramai juga orang yang masih bertahan tak nak privasinya dicerobohi.

Seorang kawan pergi bercuti di sebuah tempat yang tak ada internet, selepas 10 hari dia balik dia dapati hp dah penuh dengan whatsapp - katanya hampir 300 mesej . Jenuh jugak nak mendelete sebab sms yang melambak-lambak tu dah basi setelah 10 hari berlalu!

My sepupu kat kampung dok risau selalu ketinggalan bila ahli perkumpulannya nak buat perjumpaan sebab depa tu boleh wassapwassap je, sedangkan hp dia takde aplikasi wassap. Jadi dia pun beli hp baru yang boleh wassap - happy bukan main , katanya dia dah tak lagi ketinggalan sebab dah masuk dalam circle wassapwassap tuh!

Seminggu dua kemudian dia menelefon saya.....Serabutnya aku mesej dok masuk bertalu-talu, bila tengok macam-macam benda yang diforwardkan dek ahli-ahli kumpulan. Ceramah segala tok-tok guru ada, sembang-sembang kosong pun ada, pendek kata semuanya ada.

Doh, kalu dok wat serabut bakpe tak block je?

Tu lah kalau kita dah satu group, semua benda yang ahli forward masuk dalam hp kita walau pun kadang-kadang tak kena mengena dengan kita. Grup aku ni ada 20 orang lebih...dah tu ada 4 orang yang dok berwassap sesama sendiri dok cerita hal depa -  alahai boringnya. Le ni tiap-tiap hari kerja mendelete mesej je.....

Come back to my hp yang dah nyawa-nyawa ikan tu - everybody asked me to throw that poor Samsung in the 'blind well' aka perigi buta. Budak tadika pun dah pakai hp swipe dan berwassap - I am way, way behind - dah ketinggalan zaman tahap kronik.....kate depe.

Well.....if my friends can't get me through my boleh terjun bangunan punya hp - just call my house phone........




2 comments:

Anonymous said...

Mmg serabut group whatsapp ni. I hv a few which i put on silent mode. Nk block takut org kecik hati . pernah jgk kena removed which am so glad..hahaha anti social..uh

Kerabu Jantung said...


Kalau hari-hari kena update serabut jugak lama-lama kan?

Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...