Thursday, December 4, 2014

White House!






Alahai.....


Rupa-rupanya nak tengok White House kena masuk queue panjaaang. Sebelum tu kena pegi chop visa dulu baru boleh tengok dari seberang padang berhadapan White House. Oleh kerana kami tak tau fasal chop visa tak dapatlah nak masuk berbaris bersama orang yang dah dari awal pagi menunggu. 






Jadi kenalah jalan ikut jauh kalu nak tengok sangat White House tuh! Tak tau kenapa hari itu punya lah ramai polis peronda dan helikopter berlegar-legar  dan  pelawat -pelawat yang dah chop visa tu pun kena  berundur lagi ke belakang, bersama-sama dengan kami yang tak chop visa!







Punyalah jauh White House tu ...nampak kecik je ......




Madam Pah tanya saya....apa yang hitam-hitam kat atas white house tu? Oh..tu lah askar-askar sniper dok sprong kita ramai-ramai kat sini . Don't play-play maa...jangan silap bawak benda-benda  yang merbahaya dan mencurigakan  seperti  bom tangan ke, panah ke , senjata api ke atau pedang samurai .....nanti tak semena-mena mati tergolek  kena tembak  dek askar atas bumbung tuh!




Jadi, pegi kat sini je lah kite......







No comments: