Saturday, January 24, 2015

Pengakuan Seorang......




..pengidap diabetes...

Doktor dok marah I kuat makan manis , dia suruh I kontrol pengambilan gula..pot pet, pot pet...yang semua the do's and the dont's I dah tahu belaka.

I memang dah kontrol pun , I tak minum air bergas, minum teh pun tak bubuh gula....tapi I pantang nampak kuih manis..

Semalam I pergi kenduri akad nikah ,  besan kakak ipar  tu orang Kelantan. You tau lah dessert dia macam mana - segala akok, jala mas, tahi itik, cream caramel semua ada..dan semua sedap-sedap!

Jadi? You makan sesikit je lah ?

Hai.. mana boleh I makan sikit-sikit, I makan semua jenis kuih tu !!Tak tau  macam mana, mesti I kena marah lagi kalau gula naik.

Lain kali you kena duduk jauh-jauh sikit dari kuih muih tu!

Dah nampak nak buat macam mana, mula-mula ambik  sekeping of each, kemudian tambah pulak lagi satu round...

Tak kira lagi teh tarik ...That's self inflicting akak oii...



No comments: