Thursday, February 26, 2015

Doktor Atau Lain Dari Doktor?






Ada di kalangan ibu bapa tidak membuat membuat keputusan yang terbaik jika ada anak- anak mereka ditimpa penyakit yang kronik terutamanya apabila melibatkan pembedahan.

Ramai yang terlalu emosional, ramai pulak yang mendapat tentangan ibubapa dan keluarga, ramai juga yang tak yakin pada perubatan moden, ramai lagi yang lebih suka pada perubatan tradisional. Tidak kurang jugak yang merujuk kepada kedua-duanya.

Lebih 20 tahun dulu saya pernah berhadapan dengan seseorang yang anaknya baru berumur beberapa bulan telah disahkan doktor  telah mendapat  ( prostate cancer ? ). Doktor yang merawat bayi tersebut telah menyarankan supaya melakukan pembedahan untuk menyelamatkan nyawa bayi itu.  Kedua ibubapa berkeras untuk merujuk kepada perubatan tradisional iaitu dengan menyapu susu kambing di bahagian prostate bayi itu dengan harapan ia akan sembuh ( mungkin banyak lagi perubatan tradisional lain yang diamalkan untuk berubat ). Malangnya setelah beberapa bulan kemudian bayi tersebut telah meninggal dunia. Dan kedua ibubapa itu tidak pun menyesal kerana mereka yakin telah mengambil pilihan yang betul pada masa itu.

Pada masa yang sama seorang kanak-kanak telah sekian lama mengidap penyakit yang juga memerlukan pembedahan. Mengikut ceritanya anaknya hampir nak mendapat organ dari seorang penderma, malangnya pembedahan anaknya ditangguhkan kerana organ itu diberi pada pesakit lain yang sedang bertarung antara hidup dengan mati. Dengan tiba-tiba pula kedua ibubapa itu berubah fikiran dan berkeras tidak membenarkan anak mereka dibedah. Pelbagai alasan yang diberi, antaranya anaknya takut/ tak mahu dibedah. Dan mereka sangat yakin dengan keputusan mereka itu, bahawa itulah yang terbaik bagi anaknya (? )

Kalaulah kedua ibubapa kepada kedua orang  bayi dan kanak-kanak itu pergi melawat wad pembedahan dan melihat berapa ramai bayi dan kanak-kanak lain yang telah selamat menjalankan pembedahan - mungkin mereka akan menukar keputusan untuk menyerahkannya pada doktor yang pakar dalam bidang masing-masing...

Wallahu a'lam



3 comments:

Anonymous said...

Salam kak kj, bukan pembedahan saja pelalian yg wajib pun ada puak yang tak mahu. Haram katanya. Satu perkara yg kita pasti banyak penyakit bahaya seperti polio, campak dapat dikawal melalui pelalian. Seharusnya perlu ada usaha baru dtg tawakal.

Anonymous said...

Opps sorry...anon is UH..hehe

Kerabu Jantung said...


Betul tu UH ,

Ada yang sanggup tengok anak menderita sebab pegangan dan kepercayaan mereka mengatasi segala-galanya!

Zaman Kanak-Kanak.....5

  Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam m...