Tuesday, February 17, 2015

Pegi Kenduri ...




....bersama rakan sebaya yang ada macam-macam penyakit yang datang selepas pencen.....


E..eh, nanti kejap, I tak boleh makan lagi - kena cucuk ( insulin ) dulu!

Hah!? macam mana you nak cucuk tu, ada sick bay ke kat sini?

Tak payah, I cucuk kejap aje dekat washroom.

Oii, sedap kaki kambing tu, I dah lama pantang tak makan kambing urik asid tinggi!

Takpelah, makan sekali je!

Mana boleh, you nak suruh dia jalan terhenjut-henjut lagi ke?

Rupanya tuan yang empunya body dah angkat bukan satu, tapi 3 ketul daging kambing ke dalam pinggannya!😕

Nanti I ambikkan kueh untuk you!

Jangan! I nak maintain gula tak bagi naik!

Eleh , 2,3 keping je bukan boleh efek apa-apa pun....

No,no,nooo....tak mau. pegi pulang balik kuih tu!

I dah ambik untuk you, makanlah!

Akhirnya dia makan kesemua 4 keping yang diambil untuk dirinya dan 4 keping lagi yang diambil untuk kawannya tuh!

Eh, you makan habis ke kuih tu?!

Habis you tak nak I makanlah sorang!

Akak oiiiiiiiiiii............cubalah bawak-bawak mengucap sket.......

Doktor suruh i makan roti bagi turun berat badan..tapi mana boleh tahan makan roti?
Dia pun menimbunkan pinggannya dengan nasi minyak sepenuh - penuhnya dengan semua lauk yang ada......😸

Ye lah awe weh, biar mati kerana makan jangan mati tak makan......
Bagi puas hati!






No comments: